Ulasan Buku: Pelajari rahsia kecemerlangan Khadijah

Tajuk: Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah
Penulis: Ashadi Zain
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Cetakan Pertama: 2008
Harga: Semenanjung RM14/Sabah & Sarawak RM17

“SEMBILAN persepuluh rezeki adalah daripada perniagaan.” Maksud hadis itu biasa kita dengar, malah ada menjadikannya perangsang menceburi bidang perniagaan.

Perniagaan dan Islam seiringan dari awal, kerana sahabat dan isteri Nabi s.a.w sendiri, iaitu Khadijah binti Khuwailid menjalankan perniagaan.

Malah, budaya masyarakat Arab, amalan berniaga menjadi sebahagian kehidupan mereka, cuma sebelum Islam mereka berniaga dengan taktik kotor, menindas golongan yang kecil dan lemah.

Khadijah seorang ahli perniagaan terbilang dan yang banyak berjasa kepada Islam dan Nabi s.a.w. Malah, beliau menyumbang bakti kepada masyarakat Arab kerana tidak pernah lupa menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Ramai mengagumi ketokohan Ummul Mukminin itu dalam perniagaan, tetapi berapa ramai mengenalinya secara lebih dekat dan menyelami rahsia kecemerlangannya?

Seorang perunding kepada usahawan, Ashadi Zain, cuba membongkar rahsia kejayaan itu melalui bukunya bertajuk Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah.

Kajiannya menyentuh pelbagai aspek ketokohan Khadijah dalam memajukan perniagaan dan turut diselitkan dengan perihal sahabat Nabi s.a.w yang dominan dalam bidang perniagaan.

Ashadi adalah seorang penulis prolifik yang sudah menerbitkan lebih dari 20 buah buku. Sebuah majalah tempatan menobatkan buku beliau bersama Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, Cerita-cerita Motivasi untuk Usahawan sebagai buku bisnes terbaik tahun 2004.

Sebuah lagi buku beliau ialah Idea-Idea Bisnes Untuk Usahawan turut tersenarai sebagai antara 10 buku bisnes terbaik.

Beliau juga pernah terbabit dalam beberapa perniagaan dan mempunyai pengalaman sebagai jurujual, dengan lebih daripada seribu ejen jualan di bawah kumpulannya.

Dalam buku itu beliau memulakan penceritaan dengan biografi Khadijah dari awal, iaitu dari anak kepada usahawan, Khuwailid bin Asad (M 585 Masihi) dan ibunya Fatimah bin Za'idah (M 575 Masihi), daripada Bani Amir yang mempunyai kaitan dengan keluarga Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w adalah suaminya yang ketiga. Sebelum itu beliau adalah isteri kepada Abu Halah Hind bin Zarah dan Ateeq bin Aaith, namun kedua-duanya terkorban.

Dilihat dari sudut latar belakang keluarga, memang beliau mewarisi kekayaan bapanya. Tetapi tanpa kemahiran dan ketabahan, mana mungkin seorang wanita yang dua kali kematian suami (sebelum berkahwin dengan Nabi s.a.w) boleh meneruskan kelangsungan perniagaan bapa.

Beliau menguruskan perniagaannya dengan baik, sehingga muncul antara usahawan paling kaya di Makkah.

Menurut Ashadi, Khadijah menggunakan konsep 'empowerment' iaitu sikap yang berlawanan dengan pengurusan ala kuku besi atau autokratik.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?