Lagi : Buku Hina Nabi

Oleh isma daud: Saya belum membaca dan melihat buku ini. Tapi setiap usaha menghina nabi dan ahli keluarganya mesti dibantah dan ditentang oleh umat Islam. Berikut saya pinjam siar artikel di blog << http://www.shahabudeenjalil.com/ >>

Juga boleh baca bantahan berkaitan : Kurang Ajar, Lagi Hina Nabi.. oleh Ibnu Hasyim


atau klip terus kepada tajuk di bawah;

"Jewel of Medina" - Satu Penghinaan kepada Umat Islam


Jika sebelum ini dengan buku "Satanic Verses" oleh Salman Rushdie dan kartun menghina Nabi Muhamad di akhbar di Denmark, kini dengan "The Jewel of Medina" pula yang ditulis oleh badut baru bernama Sherry Jones. Di atas adalah gambar muka depan sebuah buku tersebut yang menghina junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W dan mencabar umat Islam keseluruhanya.

Buku ini dikatakan menceritakan kisah fiksyen mengenai isteri Nabi Muhamad S.A.W, Aishah R.A. Buku ini mendapat kritikan yang hebat di kalangan pengkaji-pengkaji sejarah Islam barat dan juga telah ditolak oleh penerbit Random House Publishing Group. Alasan yang diberikan adalah buku ini bakal mewujudkan suasana tidak senang di kalangan orang Islam.

Namun buku ini dijual di Amazon.com, suatu portal penjualan buku yang terbesar di dunia.

Kita di Malaysia harus menyarankan hal ini kepada kerajaan untuk mengharamkan buku ini sejak dari awal dari memasuki negara ini.



Shahabudeen Jalil
10 Oktober 2008

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?