Posts

Showing posts with the label Artikel

Isu rotan Kartika: BN diperangkap 'negara Islam' ciptaan sendiri

Ramlan Joharee ANALISIS harakahdaily.net KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Di tengah-tengah kekecohan berhubung hukuman rotan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno, terdedahlah kelemahan kerajaan Barisan Nasional melalui sikap berdolak-daliknya dan hipokrasi dalam pelaksanaan undang-undang syariah. Selasa lalu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menggesa Kartika, yang didapati bersalah kerana minum arak, supaya merayu hukuman enam sebatan yang perlu dihadapinya. Tindakan beliau dilihat dibuat kerana kebimbangan kerajaan selepas dikejutkan dengan liputan meluas media antarabangsa berkenaan kes itu, yang sudah tentu akan menjejaskan imej keterbukaan pentadbiran sekarang yang cuba diketengahkannya. Pada sebelah malamnya pula, hanya beberapa minit sebelum berbuka puasa, Najib bangkit setapak lagi meminta pihak berkuasa agama supaya tidak mengutamakan hukuman rotan. "Hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir,"kata beliau yang mungkin telah menyedari Kartika tidak akan merayu...

Rasulullah saw Berjihad Seusia Hayat

Oleh isma daud Firman Allah SWT; {يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ} Maksudnya: "Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali". -Surah at-Taubah; ayat(73) Rasulullah saw telah menghabiskan masa, tenaga, usianya dalam melaksanakan jihad bagi menegakkan agama Allah swt. Seluruh hayatnya dikorbankan untuk menyampaikan dakwah demi meninggikan kalimah Allah swt di atas muka bumi ini supaya yang makruf itu tertegak manakala yang mungkar pula terkubur binasa. Rasulullah saw telah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT sebagaimana dalam yang saya utarakan tadi. Bahkan Nabi Muhammad saw telah meneruskan semua usaha nabi-nabi terdahulu dalam jihad menegakkan agama Allah SWT. Allah SWT berfirman; {وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَه...

18SX : Padah dedah seks depan kanak-kanak

Sumber : Berita Harian . Oleh Mohd Azis Ngah azis@bharian.com.my KUALA LUMPUR: Sikap sesetengah pasangan suami isteri yang melakukan seks di depan anak berusia antara empat hingga tujuh tahun dikesan antara faktor menyumbang kepada peningkatan 80 peratus pendedahan seks kanak-kanak dan remaja yang kini dianggap berada pada tahap membimbangkan. Walaupun beranggapan tindakan itu tidak akan memberi kesan kepada anak mereka, ia sebenarnya mengundang padah kerana memberi kesan psikologi besar kepada anak kecil yang pada tahap usia begitu dikategorikan mempunyai ingatan cukup kuat. Ramai yang tidak mengetahui, pada peringkat usia pertengahan kanak-kanak antara empat hingga tujuh tahun, kanak-kanak hanya akan menonton apa yang berlaku, belajar secara pemerhatian. Bagi mereka, melihat aksi ibu bapa berpelukan, berciuman dan melakukan seks, tidak memberi sebarang makna. Namun, apabila masuk ke peringkat sekolah bermula seawal usia tujuh tahun, peluang untuk melihat semula aksi yang pernah dili...

Dakwah Kepada Non-Muslim

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM; 11:06:00 Tanggungjawab dakwah adalah terletak kepada semua umat Islam. Ianya bukan kerja khusus untuk golongan tertentu sahaja. Jika kita beranggapan kerja dakwah terletak pada ustaz atau golongan ulamak sahaja, anggapan ini perlu di perbaiki dengan segera. Kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda " sampaikan apa yang kamu terima daripada ku walaupun ianya sedikit ". Kehidupan berbilang bangsa di negara kita Malaysia adalah sesuatu yang sangat unik.Percampuran budaya antara berbagai bangsa berlaku tanpa disedari. Islam tidak melarang kita untuk mengamalkan budaya bangaa mana pun asalkan ianya tidak bertentangan dengan hukum Islam. Demikian hebatnya Islam yang telah memurnikan apa sahaja budaya bangsa didunia menjadikan ianya sebagai budaya Islam. Firman Allah SWT dalam Surah Al Hujurat ayat 13: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّه...

Solat Gerhana Matahari 26 Jan 2009 Jam 04:30 ptg

Image
Bahan ilmiah (dengan edit) Sumber : razor SOLAT GERHANA / BULAN / MATAHARI Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda : "إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم) Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.” S...

Qhadhak-Qhadar : Merubah Nasib Diri Bukan Sekadar Berserah

Image
Oleh isma daud Selepas solat subuh hujung minggu ; saya menyampai kuliah sepertimana biasa di Masjid Darul Halim, Sibu. Dan selepas kuliah para jamaah akan dihidangkan dengan sedikit sarapan pagi. Kami akan duduk atas kerusi dan meja bulat sebagai tempat bersarapan sambil berdiskusi. Suasana lebih harmoni dan tidak terlalu formal. Jadi sesiapa saja sudi bertanya dan kurang sedikit rasa malu mereka. Bahkan ada para jamaah lain boleh mencelah menokok tambah dan memberi pandangan mereka. Jadi diskusi itu menimbulkan minat bertanya dan berbincang sehingga lahir pelbagai idea dan membantu saya dalam memberi jawapan. Dan di sinilah para jamaah akan mengemukakan soalan-soalan yang menjadi kemusykilan mereka dalam perkara agama Islam khususnya berkaitan dengan keperluan hidup harian mereka. Mungkin semasa berlangsungnya kuliah mereka bimbang mengganggu konsentrasi jamaah lain kalau mereka bertanya atau mengganggu perbicaraan saya dalam kuliah yang sudah saya juruskan dalam tajuk tertentu yang ...

Akhirnya Perintah Solat Di Akui Kekuatannya

Image
Malaysiakini KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. Lebih membanggakan bu...

KEBENARAN YANG TIDAK TERANCANG AKAN KALAH KEPADA KEBATILAN YANG TERANCANG

Image
Oleh muhammadhanif " Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya : “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahf : 13 – 14) Golongan muda (syabab) adalah merupakan aset penting dalam memastikan kesinambungan gerak kerja Islam. Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini. Ayat di atas tel...