Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Oleh isma daud

Hamba Allah bertanya;

i. Apakah hukum memakan ubat yang diproses dengan tanduk rusa ?

Saya menjawab soalan ini sekadar apa yang saya tahu dan Alhamdulillah saya cuba maklumat dan ianya selaras dengan apa yang dapat saya rujuk kepada kenyataan dalam blog pejabat Mufti Negeri Kedah; berikut kenyatannya;

Juzuk-juzuk ( anggota-anggota ) binatang kecuali ikan dan belalang yang bercerai padanya sama ada binatang-binatang itu halal dimakan ataupun haram sama ada hidup atau pun mati tanpa sembelihan yang sah adalah najis kecuali rambut dan bulu.

Manakala juzuk-juzuk binatang yang bercerai daripada binatang yang halal yang hidup atau yang mati dengan sembelihan yang sah maka ianya adalah bersih.

Tanduk rusa yang diceraikan daripada rusa yang hidup atau yang mati adalah najis kecuali mati dengan kerana sembelihan yang sah pada syara’ maka ianya adalah bersih yang harus dimasukkan ke dalam ramuan ubat-ubatan dan jika najis adalah diharamkan dimasukkan ke dalam ubat-ubatan.

Para fuqaha di dalam semua mazhab bersepakat tentang najis juzuk-juzuk binatang yang bercerai atau yang terpotong daripada binatang yang hidup sekalipun ia binatang yang halal kecuali rambut dan bulu kerana sabda Rasulullah SAW :


ماقطع من البهيمة وهى حية فهو ميت- رواه الحاكم


Maksudnya : Barang yang dipotong daripada binatang yang hidup adalah najis. Islam melarang (mengharamkan) berubat dengan benda-benda najis kecuali di dalam keadaan darurat.


ii. Hukum membuat perhiasan tanduk rusa di dinding rumah?

Kedudukan hukum membuat perhiasan di dinding rumah dilihat kepada niat dan pengunaannya. Penggunaannya menentukan hukumnya. Kalau ia bersih diharuskan dengan syarat tidak ada kaitan dengan kepercayaan tahayyul dan khurafat. Kepercayaan itu menjatuhkan seseorang kepada syirik. Dalam pergunaan biasa seperti untuk perhiasan tidaklah menjadi haram bahkan harus jua.

Jika tanduk itu najis maka najis jugalah penggunaannya. Haramlah hukumnya.

Semoga bermanfaat. Wassalam.

Comments

Anonymous said…
salam'alaik ustaz,

saya ada soalan berkenaan mandi wajib.

situasinya ialah selepas mandi wajib sekali tu, tiba2 saya didatangi perasaan was-was mnyebabkan saya terfikir "tadi aku x gosok lagi bhagian siku dan dan bahgian belakang tangan." tapi saya cuba melawannya dgn berkata mandi tadi pun lebih setengah jam, di bawah shower pulak tu, xkan la x smpai air ke situ. perlu saya jelaskan bhw saya sememangnya mngalami kes was2 yg berat, dan saya cuba lawan perasaan tu dgn cara itu tadi- juga dgn niat melatih diri supaya jgn ikut was2 tu.

jd, mcm mn dgn mandi wajib sy td, adakah sah? dan adakah btul cara saya melawan perasaan tu tadi?

yg keliru
Unknown said…
Dlm fekah terletak atas perasaan ZAN iaitu 70-30.slps selesai mandi,tiba2 ada rasa zan adkh aku basuh lg or tidak,maka hukumnya dikira sudah basuh
Unknown said…
Dlm fekah terletak atas perasaan ZAN iaitu 70-30.slps selesai mandi,tiba2 ada rasa zan adkh aku basuh lg or tidak,maka hukumnya dikira sudah basuh
roy said…
Assalamualaikum..bolehkah pisau yang pemegangnya dari tanduk rusa digunakan untuk sembelih..
jati said…
Halalkah tanduk yg najis itu jika di samak

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?