Posts

Showing posts from May, 2009

Qatru Nada - Bicara Ikhlas Seorang Teman yang Menghargaimu

Oleh isma daud Dalam saya membelek-belek album lama, lalu terjumpa satu nota yang mengimbau kenangan dan nostalgia lama sewaktu belajar di Sekolah Menengah Agama "Atas" Sultan Zainal Abidin tahun 1991 yang lalu. Catatan ini dituliskan oleh seorang sahabat lama. Dan catatan itu sudah kabur kerana dakwatnya sudah kembang...kucuba amati dan coretkan kembali agar ianya tidak hilang di telan dek zaman; Sahabat; "Sesungguhnya jalan daawah adalah jalan yang penuh onak dan duri. Dan; apa yang kita hadapi sekarang adalah tidak seperit yang diwajahkan oleh Allah SWT kepada para An'biya' dan para Sahabat Baginda SAW. Oleh itu teruskanlah penerokaanmu hingga ketitisan darah yang terakhir......Allahu Akbar!!!" Dan Sahabat, renungilah bicara ini dalam perjalanan hidupmu sebagai pesanan dari seorang sahabat yang pernah menyelusuri indahnya saat bersama di bawah teratak SMA"A"SZA. " Janganlah Kamu Kagum Dengan Kebolehanmu Janganlah Kamu Kaget Dengan Kepetahan

Setiap Berita Fasiq Mesti DiSelidiki

Image
Mungkin apa yang berlaku kepada hamba Allah yang bergelar siswi ini boleh dijadikan iktibar bahawa sesuatu berita perlu bahkan wajib kita selidiki agar kita tidak menganiayai sesiapa. Dalam surah Al-Hujurat, ayat 6; Allah SWT berfirman; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ . (6) سورة الحجرات "Apabila datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita hendaklah kamu selidiki (halusi); jika tidak nanti kamu akan menjatuhkan hukuman kepada sesuatu kaum dengan tidak sebenar kerana kejahilan kamu lalu menjadikan kamu atas apa yang kamu lakukan itu penuh dengan penyesalan". - isma daud . Semoga kisah yang dipaparkan dalam hmetro dapat dijadikan teladan; Siswi rela bogel Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad ahmadshahrul@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Angkara tuduhan palsu kononnya dia terbabit dalam klip video lucah, seorang pelajar perempuan institusi pengajian t

Boleh Belajar Dari Singapura...

Image
Oleh; Puan Ainon Mohd Presiden, Universiti Terbuka PTS ainon@pts.com.my Buku-buku PTS Dibekalkan ke Masjid-masjid Singapura. Buku-buku PTS sekarang dapat dibaca di perpustakaan masjid-masjid di Singapura. Ini adalah berkat hasil usaha agen PTS di negara itu. Dari 69 masjid, sekarang sudah ada 70 buah masjid di Singapura. Masjid-masjid yang baru itu dibina menggunakan wang daripada sumbangan masyarakat Islam sendiri. Pengurusan Tanah Wakaf Di Singapura, sudah ada fatwa yang membolehkan tanah-tanah wakaf yang kecil-kecil, terbiar dan tidak produktif itu dijual. Wang daripada jualan tanah-tanah itu digunakan bagi membina masjid dan lain-lain harta kekal. Harta itu kemudian disewakan, dan wang sewanya digunakan bagi membiayai program-program kebajikan. Di Malaysia sekarang, nilai tanah-tanah wakaf yang kecil-kecil, bertaburan di sana-sini, dan semak samun ditumbuhi lalang, dianggarkan lebih daripada RM1.3 bilion.

Bak Menyalak Bukit, Tiada Faedahnya

Oleh isma daud Saya dapati sikap masyarakat Islam Sibu kepada majlis agama berada ditahap paling tidak memuaskan. Sikap tidak kisah dengan majlis ini dibimbangi akan memasukkan mereka dalam golongan "kelima" yang boleh membawa kecelakaan sebagaimana yang disifatkan oleh nabi kita Muhammad saw. Celaka kerana tidak minat dengan ilmu, tidak suka mendengar, tidak mahu belajar dan jauh sekali mahu menjadi alim dalam bidang ilmu agama yang memungkin mereka menjadi guru dan penunjuk jalan kepada kebenaran dan pada masa sama mampu mencegah kemungkaran. Sekadar berkongsi pengalaman menjelajahi surau dan masjid di sini adakalanya solat maghrib ada dua orang saja, masa berkuliah datanglah dua tiga orang sampai isyak menambahlah sehingga lapan - kesepuluh orang. Itupun syukurlah kalau tidak berkuliah dengan tiang masjid atau surau ajelah.... Ada surau yang ahli jamaahnya setakat tu saja; tidak menambah dan tidak mengurang. Kalau 10 orang, 10 oranglah sampai akhir. Dan banyak surau yang s

Buang Bayi; Pelajar Sekolah Agama Dakwa Di Rogol Kawan

LATEST : Student arrested for throwing away baby KUANTAN: A female student of a religious secondary school, near here, was arrested after admitting that she had thrown away a baby boy near a house in Balok Makmur. She claimed she had been raped and the child was the result. Kuantan police chief ACP Mohd Jasmani Yusoff said the 16-year-old's mother brought her daughter to the Kuantan police headquarters around 11am Friday. "The student confessed and was arrested under Section 318 of the Penal Code for concealing the birth. “However, she was then sent to the Tengku Ampuan Afzan Hospital (HTAA) for postpartum treatment," he said when met by reporters, here. He said the student had also filed a police report stating that a friend had raped her and that had led to her pregnancy. "Police are investigating the student's report," he said. On Thursday, the body of a newborn baby boy was found wrapped in newspaper with a note in a village in Balok Makmur. The body w

Atas Apa Yang Allah Tahu; Tersisip Erti & Pengajaran BuatKu Yang Bergelar Suami

Image
Oleh isma daud Gambar-gambar ini tersebar secara meluas di alam maya siber ni. Saya rasa tuan punya badan yang terlibat perlu menjelaskan " status " mereka agar tidak mendatangkan fitnah kerana mereka dikaitkan sebagai penghibur seni Islam dan pendakwah pada Jalan Allah . Berita mereka telah berkahwin tersebar tapi masih dalam persoalan awam. Kebenarannya hanya tuan badan yang tahu. Tuan punya badan perlu berani menjelaskan " fitnah " ini daripada diam. Walaupun diam itu kadangkala ada baiknya -pada sesetengah keadaan - tapi yang ini masalah "berita kahwin" jangan disorot-sorotkan. Dua hari lepas orang rumah tuan punya badan pun hebohkan dekat media akan masalah yang tak dapat dipertahankan lagi. Bersuaralah agar tidak keruh keadaan. Pada saya dengan situasi yang menampakkan mesra itu patut diperjelaskan. Kalau mereka " suami isteri " ada kewajaran tapi jika sebaliknya amat menyedihkan!!! Banyak berita sensasi mengenainya menjadi bualan, yalah

"Bila Saya melakukan Perkara Yang Sama... Seronok Rupanya!!!"

Oleh isma daud Sejak saya ber" uzlah " daripada hadir ke surau dan masjid buat seketika; mengingatkan saya kepada peringatan saya kepada mereka yang tidak datang solat berjamaah dan hadir kuliah agama. Dua tiga hari ini saya melakukan perkara yang sama apa yang saya ucapkan kepada mereka ini. Mungkin Allah SWT mahu merasakan kepada saya perasaan mereka yang tidak suka ke masjid. Rupa-rupanya seronok dan tidak peliklah mereka begitu terperosok ke bumi bila terdengar suara azan dan kuliah agama. Dengan memekakkan telinga dan membutakan hati maka surau dan masjid tidak payah dikunjungi. Keseronokan ini kerana diulit oleh perasaan santai bersama keluarga dan menonton televisyen mahupun keluar makan-makan bersama ahli keluarga ke tempat yang kita suka. Saya sendiri malam tadi dapat bersama keluarga ke sebuah pusat membeli-belah di bandar Sibu ni sehingga isteri saya menyindir saya; "Biasanya waktu ini abang berkuliah di masjid!!!". Rupanya itu keseronokan yang saya tingg

Jika Kuliah Dipadamkan, Hiburan Diagungkan... Itulah Gantinya

Image
Diciplak dari blog Masdarwahid KM Sarawak Bangga dengan Penyanyi, TKM Pula mahu meng 'HAWAII' kan Miri. alahaiiiiiiiiiiiiiii theborneopost 25 Mei 2009 Apa nak jadi dengan pemimpin Sarawak minggu ini. Selepas kenyataan Ketua Menterei Sarawak beberapa hari lalu yang bangga dengan kejayaan penyanyi realiti TV (realiti atau fantasi?), kini Timbalannya pula Abang Johari Abang Openg yang juga Menteri Perumahan mahu mengHAWAIIkan Miri atas alasan untuk pelancongan. alahai.... mungkinkah ini berkaitan dengan kemerosotan ekonomi Sarawak? Kalau ya pun, janganlah mengagung2kan negara lain apalagi Hawai yang terkenal dengan syurga maksiat di dunia. Apa, tak de ke pantai Di Malaysia ini yang boleh diungkapkan sehingga terpacul dimulut beliau berkenaan Pantai Maksiat itu? KM Sarawak Bangga dengan Penyanyi Pentas Sia2. Juara Akademi Fantasia Ketujuh (AF7) Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz yang baru pulang ke Bumi Kenyalang semalam menerima perutusan amanat daripada Ketua Menteri Taib Mahmud. Am

Airmata mengalir... Dalam azab ada nikmat, syukur ya Allah!!!

Oleh isma daud Dalam solat pagi ini entah mengapa berbeza benar dengan solat subuh yang lain. Air mata laju mengalir. Satu malam saya bermuhasabah diri mencari hakikat dan ketenangan diri. Mencari kelemahan dan kekuatan diri. Mencari kesilapan, kesilapan dan kesilapan yang dilakukan terhadap diri sendiri, isteri, anak-anak, kepada keluarga,rakan-rakan, masyarakat dan paling utamanya kesilapanku kepada Allah SWT. Berhenti daripada menyampaikan dakwah, kuliah agama bagaikan sedang mencabut ruhku sendiri. Isteriku; Engkaulah insan pertama yang dapat merasakan kedukaanku. "Abang! Kuatkah abang melalui situasi baru. Biasanya abang tidak diam di rumah... abang mesti kuat dan tabah." Bersara (sebentar) daripada kebiasaan sesungguhnya sangat menyakitkan. Kepada Allah SWT saya memohon agar memberi kekuatan agar saya dapat kembali untuk terus berdakwah pada jalannya dengan lebih gigih dan berani. Kepada ustaz Zawawi Ismail (kawan lama sewaktu di Jordan, tapi sekian lama terputus hubun

Bersikap Adil Atau Pra-Sangka Yang penuh Prejudis

Oleh isma daud Hari ini; episod malang kepada majlis ilmu di Sibu. Saya dimaklumkan bahawa Urusetia Saudara Baru (USB) Sibu di bawah HIKMAH pun diarahkan supaya memberhentikan Kuliah Tafsir Al-Quran atas alasan sudah banyak program dijalankan dan kelas ini akan membebankan mereka. Lagi pun tafsir tidak sesuai kepada saudara baru. Sepatutnya kelas IQRA' saja mungkin sesuai. Apa dongeng alasan puak ini. Langsung tidak masuk akal alasan untuk menutup kelas tafsir ini. Mengikut ahli jawatan kuasa USB mereka diarahkan begitu dalam satu mesyuarat JK baru-baru ini. Mereka setakat ini berkeras mahu meneruskan program bermanfaat ini dan cukup berfaedah kepada mereka membina fikrah dan pengisian beerti khususnya kepada mereka yang menjadi saudara seIslam. Kenapa Kuliah ini mahu diberhentikan juga? Tidak cukupkan kuliah agama di Surau dan masjid telah di"berhenti"kan secara terhormat oleh edaran terbaru pekeliling baru-baru ini. Menurut JK USB mereka telah menjelaskan kenapa majlis

Jika masjid Surau Pintunya di"kunci", Rumah Saya Boleh Menjadi Ganti...

Oleh isma daud PENGUMUMAN! Sejajar dengan arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak JAIS, Sibu dan MAIS; saya akan memberhentikan semua kuliah saya di surau dan masjid selaras surat pekeliling yang diedarkan Majlis Agama Islam Sarawak yang tidak membenarkan sesiapa yang tidak bertauliah menyampaikan sebarang ceramah, kuliah dan khutbah. Kecuali program yang diadakan dipremis persendirian seperti kuliah tafsir di Tadika Didik Ria akan terus berjalan sepertimana yang dirancangkan. Saya ini sekadar anak dagang di Sibu, baik orang layan saya baik juga saya membalasnya. Saya hanya ingin berbakti. Tetapi jika orang sudah tidak sudi, apa erti pada yang memberi. Kata orang; " Hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong ". Kepada masyarakat Sibu yang berbaik hati dengan saya selama ini, saya ucapkan terima kasih. Rumah saya masih terbuka luas kepada sesiapa yang dahagakan ilmu pengetahuan. Rumah saya boleh saya jadikan markaz untuk semua kuliah saya, jika anda sudi. Saya akan lebi

Surat Pekeliling Larangan Berkhutbah, Menyampaikan Kuliah Yang diedar ke seluruh Masjid dan Surau Agama Sebenarnya Untuk Siapa?

Oleh isma daud Sekitar jam 11 malam (21/05/2009); saya menerima satu mesej daripada seorang teman yang tekun menghadiri kuliah saya di surau dan masjid sekitar bandar Sibu; katanya ada berita sensasi untuk ustaz. Apabila berjumpa hari ini dia terus menunjukkan edaran pekeliling yang dihantar oleh pihak Majlis Agama Islam Sarawak yang menguatkuasakan peraturan mengajar agama, membaca khutbah dan lainnya sebagaimana termaktub dalam pekeliling yang diedarkan ke masjid dan surau bertarikh 21 Mei 2009. Pekeliling ini sudah ada dan sudah lama disimpan sehingga para ustaz yang mendidik anak bangsa di sekolah mendapat ruang mengajar di surau dan masjid. Begitu juga mereka dijemput oleh JK surau, masjid dan aktiviti masyarakat untuk menyampaikan kuliah dan pelbagai program keagamaan sekitar bandar Sibu ini .Selama itu surat pekeliling ini disimpan dan kehadiran para ustaz sentiasa dialu-alukan biarpun ramai daripada mereka dari ustaz-ustaz semenanjung. Mereka tiada masalah disini. Ruang dakwah

Pembinaan Surau An-Nadwah terus berjalan atas semangat derma ikhlas dan gotong-royong

Image
Oleh isma daud Ada tiga perkara yang akan kekal menjadi saham yang berkekalan biarpun seseorang telah meninggal dunia iaitulah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh. Begitulah mafhum hadis nabi saw. Sejak awal tahun 2009; kami warga SMK Rosli Dhoby mula merancang untuk membesarkan ruang surau yang juga digunakan sebagai tempat pembelajaran dan solat Jumaat yang kian sempit berbanding ahli jamaah yang ada.Jumlah ahli jemaah yang mencecah 400 orang dalam satu-satu solat Jumaat dijalankan menyebabkan ruang solat benar-benar perlu diperluaskan. Puas juga saya selaku pengerusi surau mencari dana disamping derma daripada ahli jamaah sehingga memungkinkan harapan membesarkan surau ini . Akhirnya berjaya dijalankan secara berperingkat-peringkat. Semuanya dijalankan dengan semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Semangat gotong-royong adalah asas menjayakan separuh daripada pembinaan ini. Sebenarnya masih banyak dana yang diperlukan bagi men

Masihkah Guru Dihormati Dan Dihargai; Selamat Hari Guru

Image
Oleh isma daud ' Guru Pembina Negara Bangsa ' - Tema Hari Guru 2009. Guru sekali lagi diletakkan dibarisan utama untuk membina negara yang cemerlang. Tugas mereka sekarang ini bukan sahaja untuk melahirkan insan seimbang bahkan mengorak langkah yang lebih besar iaitu membina negara bangsa. Dengan misi negara sekarang ini yang mahukan rakyat Malaysia hidup dengan lebih harmoni dan saling hormat-menghormati sehingga setiap insan berasa mereka adalah rakyat Malaysia dan tiada apa-apa perasaan bahawa mereka terkurang daripada hak sebagai seorang rakyat Malaysia. Biarpun banyak halangan yang perlu ditempuh seperti halangan sejarah; ianya tidak seharusnya dijadikan halangan untuk membentuk sebuah bangsa "Malaysia". Kita tidak mampu mengubah apa-apa yang ditentukan Allah SWT kepada kita, namun kita masih ada ruang yang dikurniakan Allah SWT untuk membina sesuatu yang utuh disebalik perbezaan yang ada. Sepatutnya kita melihat bahawa perbezaan yang ada mampu menguatkan kita.

Perkembangan Terbaru Sahabatku; Mohd Fauzi Mahmud

Oleh isma daud Ini berita yang dikirim oleh sahabat saya sekitar jam 9:40 am hari ini. Dan beberapa mesej lain turut masuk ke hp saya memaklumkan perkembangan terbaru sahabat saya; Saudara Fauzi Mahmud yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kedah sejak 5 Mei lalu. Dr Fadli Adam menulis dalam mesejnya: "Ambe pergi melawat - Fauzi Mahmud yang koma - ptg kelmarin di Hospital Penang n ni pemerhatian ambe....keadaannya kritikel lagi wlupun dah boleh buka mata n gerak tangan kerana no respond diberi. Dia nampak blur n blank n gerak kaki n tangan mcm mnggeletar dgn tidak terkawal smd saraf akibat bleeding otak or krn tahan sakit. Bhg kanan (kaki, tangan, bahu n rusuk) yang patah dah dioperate oleh doktor sbhgnnya. Sekarang ni BP (tekanan darah)pulak yg naik n dktor stabilize dengan ubat. Hrp tolong doakan n buat sembahyang hajat utk dia since nothing much yg hospital can do utk "baiki" except control n monitor keadaan dia je... Esok gi lagi n maklum perkembangan. T

Adik Ipar Dan Abang Ipar Ibarat Maut

Image
Sumber : hMetro Onar abang ipar pada waktu malam KLANG (12 Mei): Seorang guru kaunseling sebuah sekolah menengah kelu dan tidak mampu berkata-kata selepas seorang pelajar perempuannya berusia 14 tahun meluahkan masalahnya yang kerap diraba dan dicumbu abang iparnya sendiri. Lebih memeranjatkan apabila mangsa mendakwa abang iparnya itu kerap ‘merayap’ dalam gelap untuk mencabulnya ketika isteri, emak dan adiknya sedang nyenyak tidur pada waktu malam. Malah, suspek yang berusia 22 tahun turut tidak menghiraukan kewujudan ibunya yang sering tidur bersebelahan tidak jauh dari katil mangsa semata-mata untuk memuaskan hajat liarnya itu. Sumber polis berkata, kejadian biadab itu terbongkar selepas mangsa yang menuntut dalam tingkatan 3 sebuah sekolah menengah di Klang dan tidak tahan dengan kelakuan abang iparnya itu berjumpa guru kaunseling berkenaan. Menurutnya, dalam kejadian terbaru jam 10.15 pagi minggu lalu itu, mangsa memberitahu guru kaunseling berkenaan berhubung tindakan abang ipar

Sahsiah Cemerlang Dunia Dan Akhirat - Bah 2 (Siri 3/ Akhir)

Oleh isma daud Bah. 2 (Siri 3/ Akhir) (Artikel ini adalah sambungan daripada kuliah saya kepada guru-guru Islam di SMK Methodist). Sila klik link/posting terdahulu; 1. Kuliah Kepada Guru-Guru Islam Di SMK Methodist 2. Sahsiah Cemerlang Dunia Dan Akhirat - Bah 2 3. Sahsiah Cemerlang Dunia Dan Akhirat - Bah 2 (Siri 2) . Setelah saya membincangkan beberapa faktor untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat; kini saya ingin menggariskan beberapa ciri sahsiah mereka yang akan beroleh kecemerlangan dalam hidup baik kehidupan duniawi maupun ukhrawi; baik di peringkat individu maupun sebuah masyarakat dan negara; Ciri-ciriNYA… Cemerlang 7 – Orang yang mengamalkan Pergaulan Yang Sihat Dan Baik; Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda; "Orang Muslim (yang sebenar) ialah orang yang selamat orang lainnya daripada (kejahatan) lidah dan tangannya". Mungkin beberapa sifat dibawah ini boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita, jika kita tidak dapat melakukan semuanya, jangan k

Sahsiah Cemerlang Dunia Dan Akhirat - Bah 2 (Siri 2)

Oleh isma daud (Artikel ini adalah sambungan daripada kuliah saya kepada guru-guru Islam di SMK Methodist). Sila klik link/posting terdahulu; Bah 1 : Kuliah Kepada Guru-Guru Islam Di SMK Methodist Sila klik link/posting terdahulu; Bah 2 : Sahsiah Cemerlang Dunia Dan Akhirat - Bah 2 ( Siri 2 ) Setelah saya membincangkan beberapa faktor untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat; kini saya ingin menggariskan beberapa ciri sahsiah mereka yang akan beroleh kecemerlangan dalam hidup baik kehidupan duniawi maupun ukhrawi; baik di peringkat individu maupun sebuah masyarakat dan negara; Ciri-ciriNYA… CEMERLANG (3) - Sahsiah yang cintakan ilmu pengetahuan , dengan ilmu seseorang itu dapat; - tahu batas iman dan kufur - tahu halal dan haram - tahu hak dan bathil - tahu mana khaliq dan makhluk. Rasulullah adalah seorang yang “ ummi ” diubah oleh Allah SWT menjadi seorang yang berilmu dengan perintah “ Iqra ’ ” melayakkannya menjadi rasu

Sahsiah Cemerlang Dunia Dan Akhirat - Bah 2

Oleh isma daud (Artikel ini adalah sambungan daripada kuliah saya kepada guru-guru Islam di SMK Methodist). Sila klik link/posting terdahulu; Bah 1 : Kuliah Kepada Guru-Guru Islam Di SMK Methodist ( Siri 1 ) MUKADDIMAH Firman Allah SWT; لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ . ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ - سورة التين Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang Yang rendah". - Surah At-Tiin; ayat 4-5. Setelah saya membincangkan beberapa faktor untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat; kini saya ingin menggariskan beberapa ciri sahsiah mereka yang akan beroleh kecemerlangan dalam hidup baik kehidupan duniawi maupun ukhrawi; baik di peringkat individu maupun sebuah masyarakat dan negara; Ciri-ciriNYA… CEMERLANG (1

Kuliah Kepada Guru-Guru Islam Di SMK Methodist

Oleh isma daud Bermula jam 8.00am (Sabtu) ; saya menyampaikan satu kuliah bertajuk " Membina Sahsiah Cemerlang di Dunia & Akhirat ". Kedatangan saya disambut oleh Al-Fadhil Ustaz Adnan Rosdi selaku pengerusi majlis pagi ini. Kuliah ini berakhir jam 9.45 pagi. Ada beberapa perkara yang saya bincangkan, di antaranya; 1. Sahsiah muslimah; iaitu mereka yang membina diri bersumberkan wahyu iaitu al-quran dan sunnah. Kejayaan bagi mereka ialah apabila mereka dapat mematuhi sedaya upayanya akan suruhan Aallah SWT dan berusaha sedaya usahanya meninggalkan larangan Allah SWT. Menyelamatkan diri mereka daripada neraka Allah SWT dan memastikan kehidupan mereka mendapat keredhaan Allah SWT. Sahsiah mereka selari dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW kerana baginda adalah qudwah hasanah kepada semua manusia. Idola yang lain merupakan khayalan manusia itu sendiri kerana mereka tidak mendapat bimbingan wahyu secara langsung daripada Allah SWT. Allah SWT yang menurunkan syari