Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Oleh isma daud

Banyak sepanduk yang dipamerkan memiliki nilai kreatif sentuhan moden dan tradisi hasil kerja tangan kontijen yang bertanding. Sepanduk yang memiliki 3 dimensi (3D) terus mendapat perhatian para hakim dalam pertandingan sepanduk setiap tahun.

Inilah wajah sepanduk yang diolah dengan kreativiti sepenuhnya oleh pasukan sepanduk masing-masing. Sepanduk-sepanduk kali ini bertunjangkan tema ; 1Malaysia 1Ummah. Berikut adalah sepanduk yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera untuk tatapan bersama.

Juara Sepanduk Sekolah Menengah : SMK Sibu Jaya, Sibu

Naib Juara Sekolah Menengah: SMK Rosli Dhoby, Sibu

Tempat Ketiga Sekolah Menengah : SMK Bukit Assek, Sibu.

Sepanduk Sekolah Menengah Agama Sibu : Kreatif Layak Berada Dalam 3 Terbaik.

Sepanduk SMK Methodist Sibu

Johan Sekolah Rendah Dan Keseluruhan : SK Abang Ali, Sibu.


Naib Johan : SK Agama (MIS) Sibu, Sibu

Tempat Ketiga : SK Sentosa Sibu

Sepanduk SK Kpg Bahagia Jaya Sibu : Layak Berada Di Dalam 3 Teratas

Sepanduk Gabungan Antara Sekolah-Sekolah Rendah Sibu

Banyak lagi sebenarnya sepanduk-sepanduk yang dipamerkan kerana dalam perarakan kali ini telah melibatkan 75 kontijen, disifatkan sebagai penglibatan terbanyak dalam sejarah perarakan Maulidur Rasul di Sibu.

Walaupun dalam setiap pertandingan sentiasa ada keputusan yang dianggap kontroversi, tetapi pertandingan sepanduk ini adalah bertujuan memeriahkan dan menzahirkan semangat cintakan Rasulullah saw bukannya mencari kemenangan semata-mata. Kemenangan itu sebagai bonos dan rezeki kepada kontijen setelah bersusah payah menyiapkannya. Semuanya melambangkan semaangat kerjasama dan komitmen dalam sesebuah organisasi itu sehingga dapat menghasilkan sesuatu kerja dengan sempurna dan terbaik.

Kepada semua kontijen, anda adalah juara kerana telah melakukan yang terbaik . Tahniah!! Tahniah!!!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?