Posts

Showing posts with the label Warga SMK Rosli Dhoby

Suka Duka 16 Tahun di SMK Rosli Dhoby, Sibu

Oleh isma daud Salam perjuangan!!! Sejak kali pertama saya memijak kaki ke SMK Rosli Dhoby pada 19/01/2000; saya merasa bangga kerana saya dapat berkhidmat di sebuah sekolah yang namanya seorang pejuang Sarawak; Rosli Dhoby. Saya mengambil semangat dan ruh perjuangannya yang kental, berani menegak kebenaran, sanggup menerima risiko dan berpegang kepada prinsip. Atas semangat itu saya bekerja dalam pasukan dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran. Bahkan saya bangga mendapat jolokan panggilan "Ustaz Rosli Dhoby". Biasanya ahli masyarakat lebih mengenali saya sebagai Ustaz Rosli Dhoby berbanding nama saya sendiri. Langkah pertama apabila saya sampai ke sekolah ini, saya mendekati semua lapisan insan yang bekerja di sini daripada peringkat pentadbir, rakan-rakan guru dan kakitangan sekolah. Saya bergaul mesra dengan mereka, mengutip mutiara ilmu, pengalaman dan kemahiran mereka. Pergaulan mesra ini mewujudkan bi-ah yang sihat dan muamalah yang harmonis sehingga memudahka...

Ucapan Salam Aidil Fitri Buat Semua

Image
Oleh isma daud Buat kali ke 8 kami sekeluarga beraya di Sibu , Sarawak. Dalam kesempatan ini saya & keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran. Selamat Hari Raya 1433H , Maaf Zahir Dan Batin kepada semua warga SMK Rosli Dhoby khususnya Guru-Guru Muslim, JK PIBG, Pelajar-pelajar Muslim yang tekun berpuasa dan semua yang meraikannya. Kepada semua pengunjung Muslim blog ini. Salam Aidil Fitri juga buat anda semua.  Salah dan silap maaf diminta ,  Semoga diampun segala dosa,  Menjadi insan baru suci hati bersih jiwa, Dari kejauhan Ku ucapkan Selamat Hari Raya. Kullu 'Aamin Wa Antum Bi Khair. Taqabbalallahu To'atakum, Minna WaminKum Taqabbal Ya Kariim!!!. Ramadhan Pergi Hati Sedih, Semoga Berkat dan Rahmat Dapat Diraih.

Masih Di SMK Rosli Dhoby, Sibu

Oleh isma daud Hari ini adalah hari pertama memulakan hari persekolahan bagi penggal ke 2 bagi tahun 2012. Sepatutnya hari ini saya telah memulakan tugas saya di sekolah baru. Sekolah yang mana saya telah dipindahkan. Mengikut surat perpindahan yang telah saya terima, saya sepatutnya melapurkan diri pada 1 Jun yang lalu. Saya memohon perpindahan biasa antara negeri ke Terengganu tapi keputusannya saya dipindahkan ke Johor. Ke Muar Johor. Bukan isu ke Muar atau mana-mana tempat tapi saya mohon ke Terengganu dan mahu balik ke Terengganu. Kalau tidak pindah pun saya senang berada di Sibu. Biarpun pada satu saat, saya bagaikan berputus asa dengan apa yang berlaku kepada saya dengan sikap sebilangan kecil masyarakat Islam di sini. Namun dalam tempoh perkhidmatan saya di sekolah ini, saya sangat berbangga dan gembira di sini. Apapun hari ini saya mendapat kata-kata semangat daripada rakan-rakan sekerja dan saya mengharapkan mereka ikhlas dalam kata bicara mereka. Mungkin dalam situasi...

Cikgu Mat Bin Tani ; Sahabat, Guru Dan Rakan Sejawat

Image
Oleh isma daud Maaf Cikgu Mat, saya menulis perihal cikgu dalam catatan Blog Ustaz Rosli Dhoby kali ini. Setahun lepas bila cikgu Mat beritahu saya bahawa cikgu Mat mahu berpindah ke Kabong; saya cukup sedih , cukup terkesan sehinggalah cikgu Mat menintakan dalam mesej bahawa cikgu Mat gagal berpindah. Dalam pada itu anak dan isteri pula dapat berpindah awal tahun ini. Kenangan bersama dengan Cikgu Mat Bin Tani; "Maulidur Rasul 2008". Luka hati saya terubat kerana masih ada rakan dalam meneruskan banyak kerja yang telah kita rancangkan bersama. Selepas itu bila Saudara Shahbandi Bin Han mendapat berita berpindah ke tempat baru, sekali lagi hati saya diduga. Sedih sangat. Sejak itu saya rasa nawaitu saya mahu berpindah perlu diperkukuhkan. Perasaan ingin bersama ibu saya benar-benar menguji hati dan perasaan saya. Saya kuatkan semangat dan saya isi juga borang pindah secara online. Hari ini saya benar-benar rasa kehilangan seorang sahabat, guru dan rakan sejawat. B...

Terima Kasih Adie!!!

Image
Oleh isma daud Malam semalam, satu majlis ringkas diadakan sempena perpisahan dengan salah seorang rakan kami ke sekolah baru. Saudara Shahbandi Bin Han akan berkhidmat di SK Kpg Banyok, Sibu setelah berkhidmat di SMK Rosli Dhoby, Sibu sebagai pembantu makmal selama 9 tahun 9 Bulan. Beliau telah memberi khidmat bakti dan sumbangan yang cemerlang sepanjang berada di sini. Saudara Shahbandi Bin Han menyampai ucapan perpisahan kepada ahli jamaah masjid Penglibatan beliau dalam kerja-kerja membangunkan surau yang sekarang ini masjid serta menyiapkan sepanduk-sepanduk sehingga SMK Rosli Dhoby menjulang juara dan naib juara beberapa kali. Cikgu Mat Bin Tani mewakili JK BADAI menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Saudara Shahbandi Sebenarnya kami benar-benar rasa kehilangan kawan dan pemimpin dalam kerja-kerja menyiapkan kerja-kerja tambahan di Masjid An-Nadwah ini. Juadah yang disedia dan dimasak sendiri oleh rakan-rakan Apa pun, setiap sesuatu ada titik nok...

Bila Sahabat Terima Arahan Berpindah...

Image
Oleh isma daud Masjid An-Nadwah belum siap sepenuhnya pembinaannya. Tapi rakan-rakan yang kuat berusaha sudah ada yang terima surat arahan berpindah. Sedangkan tenaga dan buah fikiran mereka masih saya perlukan. Pembangunan An-Nadwah selama ini atas semangat kerja gotong-royong. Bila ada seorang dua yang berpindah terasa kekosongannya. Berat rasanya memikirkan akan hal ini. Setelah Cikgu Ruzila berpindah ke Perak, kini seorang lagi staf dalam proses dipindahkan. Sudah dapat arahan perpindahan pun tapi saya belum bersedia menerima hakikatnya. Masih berdoa agar ada keajaiban dan berdoa agar ada pertimbangannya. Cikgu Ruzila dan sahabat saya ini antara tenaga penting yang kuat membantu. Bukan saja kerja membangunkan masjid, kerja-kerja keceriaan sekolah juga amat memerlukan tenaga seumpamanya... Ya Allah Berikan kami pembantu-pembantu yang dapat mempermudahkan kami meneruskan misi ini. Semuanya adalah untuk meninggikan syiar agamaMu. Kepada sahabat-sahabatku, aku sentiasa ber...

Tahniah Warga Muslim SMK Rosli Dhoby ; Kembali Juara Kategori Sepanduk

Image
Oleh isma daud Sekalung Penghargaan Dan Tahniah Kepada Semua Warga SMK Rosli Dhoby khususnya yang terlibat secara langsung dengan perarakan dan sepanduk sempena Maulidur Rasul 1433H/2012 di Dataran Sibu pada 5 Februari 2012, dua hari lepas. Tema sambutan tahun ini; "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH". Tahniah, rangkul 2 piala; JOHAN Kategori Sek Men & Johan keseluruhan beserta wang tunai. Disiplin, Persefahaman Dan Fokos ; rahsia kejayaan SMK Rosli Dhoby...harap ini permulaan yang baik bg warga kita pada tahun ini. Sekadar renungan dan tazkirah; Apapun; untuk ingat Rasulullah tak perlu masa dan ketika..tidak ada perintah, nas dan seruan untuk sambut Maulidur Rasul ini, kalau setakat berarak , makan-makan; Abu Lahab yang dilaknat Allah SWT dalam surah AlMasad terlebih dulu lebih dulu rai kelahiran nabi sehingga menyembelih 100 ekor unta dan memerdekakan hambanya yang bernama Thuwaibah, juga ibu susuan Nabi saw. Kepada orang beriman, ingatan kepada nabi s...

Suasana Sambutan Ramah Tamah Aidil Fitri SMK Rosli Dhoby 2011

Image
Oleh isma daud 24/09/2011 Program Solat Hajat Peperiksaan Awam Peringkat SMK Rosli Dhoby diadakan serentak dengan Sambutan Ramah Tamah Aidil Fitri. Walaupun bulan Syawal hampir kepenghujungnya, sambutannya masih hangat di sana sini. Pelbagai program sambutan dirancangkan agar sambutannya menjadi meriah dan bermakna sekali. Untuk menjimatkan masa, dua program diadakan serentak. Bermula jam 8:00 pagi masjid An-Nadwah telah dipenuhi oleh para ibu bapa, pelajar dan warga sekolah. Tepat jam 8:20 pagi Yang Dipertua PIBG SMK Rosli Dhoby telah mengambil tempat bersama tetamu jemputan lain. Di antara yang hadir pada pagi ini ialah En Aziz Bin Arshad (Nazir, PPD Sibu), Ustaz Hasbullah Bin Sabli (JAIS) dan Ustaz Ahmad Syukri Bin Yusof ( Guru Agama, SMK Lanang, Sibu). Program solat hajat dimulakan dengan bacaan Yaa Siin, dipimpin oleh Ustaz Hasbullah dan imam solat Hajat ialah Ustaz Ahmad Syukri. Selesai sahaja solat hajat di Masjid, para tetamu semua beredar ke Dewan Seri Perkasa un...

Bumbung Bangunan Pentadbiran SMK Rosli Dhoby Kena Serangan Ribut

Image
Oleh isma daud Catatan Peristiwa : Bumbung Bangunan Pentadbiran SMK Rosli Dhoby kena angin ribut dan menyentap atap sehingga jatuh di Gelanggang Permainan lewat petang semalam (Ahad). Tiada kecederaan jiwa berlaku kerana pada masa itu tiada pelajar bermain di kawasan tersebut dan sudah hampir ke waktu berbuka puasa. Angin kencang yang datang secara tiba-tiba mengakibatkan kerosakan teruk bahagian bumbung yang menempatkan buku teks dan perpustakaan. Usaha membersih dan memastikan keselamatan harta-benda dan pelajar telah diambil tindakan sewajarnya. Walaubagaimana pun, kerja membersih dan membaik pulih bahagian kerosakan tersebut memakan masa yang memerlukan tindakan segera pihak yang terbabit. Musibah adalah satu tragedi.... Pada hari yang sama tragedi tanah runtuh di di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang , Cameron Highland telah meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah. Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang terletak kira-kira dua ...

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Rosli Dhoby Kali Ke 35 , 20-21 Julai 2011

Image
Oleh isma daud Sukan Olahraga SMK Rosli Dhoby Sejak semalam saya terlibat dalam menjayakan sukan tahunan sekolah di Stadium Tun Zaidi, Sibu. Tahun ini saya ditugaskan sekali lagi di bahagian Penyelia Peserta bersama dengan Tn Hj Hamzah Bin Beeran selaku ketua. Kami dibantu oleh pembantu pegawai di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 6. Tuan Pengetua Dan YDP PIBG Di sini saya masukkan beberapa keping gambar berkaitan tugasan saya kali ini. Nak cakapnya, dua hari ini berada di Stadium Tun Zaidi. Kami Warga SMK Rosli Dhoby berkumpul  , bertugas dan bersukan di situ. Makluman Penting : Pada Hari Jumaat nanti sekolah macam biasa, cuma pelajar sesi pagi akan balik pada jam 9:00 pagi dan pelajar sesi petang akan sambung pada jam 9:10 pagi sehingga jam 11:30 pagi. Sementara guru ada sesi taklimat di bilik Komputer (ICT).  Bagi yang ada masa kosong boleh mengikuti sesi ini bermula jam 7:00 pagi di tempat yang sama. Sesi taklimat dipecahkan mengikut kekosongan...

Gambar-Gambar Sekitar Sambutan Israk Dan Mikraj

Image
Oleh isma daud Berita Lewat Dek kerana ada masalah teknikal meng"upload" gambar, berita ni jadi basi sedikit,  jadi siaran berita berkaitan Sambutan Israk Dan Mikraj Peringkat Sekolah tersangkut di bahagian "draff" blog ini. Tak apalah malam ni cuaca baik, line internet pun bagus. Ustaz Mohd Nazri Bin Ismail (SMK Agama Sibu) Ceramah Israk Dan Mikraj disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazri Bin Ismail (Guru Bahasa Arab, SMK Agama Sibu) dengan tajuk ; " Israk Dan Mikraj Satu Rehlah Tarbawiyyah ". Ceramah ini diadakan di Dewan Sri Perkasa, SMK Rosli Dhoby pada Hari Rabu, 6 Julai 2011 jam 10.10 pagi. Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazri telah mengambil masa 2 jam untuk mengupas tajuk yang diberikan kepadanya. Terima kasih ustaz..... Sebagai catatan peristiwa, saya rakamkan beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan daripada ceramah berkenaan. Ustaz Mohd Isa Beri Ucapan Alu-aluan Sebelum Ceramah Bermula Majlis Dimulakan Dengan Bacaan Al-Q...

Larian 1 Murid 1 Sukan SMK Rosli Dhoby

Image
Oleh isma daud Gambar-gambar adalah ehsan SMK Rosli Dhoby; FB. Pada 2 Julai 2011 serentak seluruh negara larian 1 Murid 1 Sukan dilangsungkan. Turut sama warga SMK Rosli Dhoby. Semoga Sentiasa Amalkan Cara Hidup Sihat Sepanjang Masa.