Fikir Sejenak : "Lepak Sihat"
Intro;
Berita Harian: Lelaki minta mahkamah penjara anak suka lepak
LAGOS: Seorang bapa mengheret anak lelakinya berusia 20 tahun ke mahkamah Syariah di utara Nigeria kerana suka membuang masa dan meminta remaja itu dipenjarakan kerana enggan melakukan aktiviti produktif, lapor agensi berita NAN, semalam.
“Dia tidak mendengar kata dan memalukan keluarga. Saya bosan dengan perangai jahatnya. Tolong penjarakannya supaya saya boleh bebas.” Sama’ila Tahir dipetik sebagai berkata.
Tahir memberitahu mahkamah anaknya enggan ke sekolah dan menuduhnya menjadi ahli kumpulan jenayah. Budak itu dipenjara enam bulan dan 30 sebatan kerana tidak patuh ibu bapanya. - Reuters
____________________________________________
Intro di atas tu nak cerita betapa buruknya kesan lepak ni kepada kaki lepak yang tidak tentu hala. Bapanya pun tidak tahan lagi dengan kerenah anaknya sehingga mahu mahkamah penjarakan anaknya itu.
Sementera tu, tengok pula, video ni sekadar intro kepada tajuk kita "Lepak Sihat". Lepas tu boleh lah kita sama-sama fikir baik-buruknya.
Apa maksud "budaya lepak" pada setengah orang ???
Bila sekumpulan manusia berkumpul dan berada ditempat-tempat awam yang menjadi tumpuan awam tanpa tujuan tertentu atau tidak melakukan sesuatu perkara khusus selain daripada berbual kosong dan bergelak ketawa sahaja. Lebih daripada itu melakukan perkara yang sia-sia dan bercanggah pula dengan syarak atau petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.
Orang kita mana ada yang lepak. Mereka kalau lepak pun bukan lepak kosong , ada matlamat dan tujuannya.
Kalau kita tanya "Kaki lepak" mereka sama sekali tidak setuju dengan definisi di atas kerana mereka berada di situ ada tujuannya. "Mana kosong; kami ada tujuan dan alasan kami sendiri". Tujuan mereka ialah untuk berhibur, berkenalan, menenangkan fikiran dan bersuka ria.
"LEPAK SIHAT"
Kami bukan lepak sebarang tau tapi "lepak sihat" tau.
Antara sebahagian contoh dan alasan mereka yang mendakwa "lepak sihat";
- Orang lama-lama yang minum di kedai kopi sambil bincang isu semasa dan politik negara berjam-jam lamanya. Ini memantapkan kefahaman dan menghadam kefahaman isu politik dalam dan luar negara. Inilah "dewan rakyat" mereka.
- Para remaja yang makan dan lepak di restoran sama-sama kawan, bincang-bincang, gelak-ketawa; mereka dapat menghilangkan stress setelah penat satu hari belajar atau dapat in-put baru tentang apa yang mereka telah belajar atau akan belajar.
- Kaki lumba motosikal pula beri alasan ini menambah skill mereka dalam pemanduan dan dapat memberi kepuasan diri bila dapat menarik perhatian orang lain. Lagi pun tidak semua orang akan berbuat seperti mereka.
- Mat gitar atau mat muzik pula berkata ini adalah langkah mereka nak jadi artis popular satu hari nanti. Sekarang ini jadi arti s lebih berpeluang nak berjaya dan cari harta. Mula dengan main-main, mana tahu menjadi kan...kan...

rempit juga budaya lepak? -gambar hiasan
- Mat gitar atau mat muzik pula berkata ini adalah langkah mereka nak jadi artis popular satu hari nanti. Sekarang ini jadi arti s lebih berpeluang nak berjaya dan cari harta. Mula dengan main-main, mana tahu menjadi kan...kan...
gambar hiasan
Segalanya asalnya harus, tapi hukum tu boleh berubah jadi haram, jadi makruh . Tengok pada niat dan matlamat atau tujuan mereka lepak lah. Tengok pada kesan yang timbul selepas tu.
Bagi yang nak lepak ni kena pastikan hak-hak Allah SWT tidak diabaikan seperti menjaga waktu solat, menjaga dan menutup aurat dengan sempurna, menjaga batasan halal dan haram dalam berhimpun jika bergaul lelaki dan perempuan, menjaga pandangan mata dan jaga tutur-kata supaya tidak bergossip nanti timbul pergaduhan dan persengketaan pula.
Betul ke alasan mereka ni boleh kita sifatkan sebagai "lepak sihat"? Bolehkah Lepak ni?
Segalanya asalnya harus, tapi hukum tu boleh berubah jadi haram, jadi makruh . Tengok pada niat dan matlamat atau tujuan mereka lepak lah. Tengok pada kesan yang timbul selepas tu.
Bagi yang nak lepak ni kena pastikan hak-hak Allah SWT tidak diabaikan seperti menjaga waktu solat, menjaga dan menutup aurat dengan sempurna, menjaga batasan halal dan haram dalam berhimpun jika bergaul lelaki dan perempuan, menjaga pandangan mata dan jaga tutur-kata supaya tidak bergossip nanti timbul pergaduhan dan persengketaan pula.
Nasihat Rasulullah SAW Kepada Mereka Yang Nak Lepak...
Satu bentuk lepak yang sihat boleh diusahakan dan diberi panduan agar mereka yang suka melepak ini tidak melakukan sesuatu yang boleh merosak diri, harta benda awam dan keselamatan diri dan orang lain.
Rasulullah saw pernah bersabda: "Jauhilah kamu daripada duduk ditepi ( bahasa kita kat sini lepaklah) . Lalu para Sahabat berkata: "Kalau kami terpaksa berda ditepi jalan?" Rasulullah SAW memberi nasihat: "Jawablah salam bila orang memberi salam, Tundukkanlah pandangan, Cegahlah kekejian, Suruhlah kepada yang makruf dan Cegahlah yang mungkar".
Kalau kita dapat menjaga nasihat Rasulullah SAW ini, saya kira inilah bentuk "lepak sihat" sebenar.
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Daripada tanda kesempurnaan Islam seseorang itu, dia meninggalkan perkara yang sia-sia."
Bagi kaki lepak tu renung-renungkanlah agar lepak anda itu tidak jatuh pada perkara yang haram pula. Haram itu dosa dan dosa itu maksiat dan maksiat itu neraka tempatnya....
Cuba bandingkan pula "lepak" sihat" anda dengan apa yang digariskan oleh Rasulullah SAW.
- isma daud.

Comments