Bukan Senang Untuk Berkumpul Bersama, Belawai Menghimpun Rahmat
Oleh isma daud Sengaja saya rakamkan gambar ini dalam blog ini. Sekeping gambar boleh mencerita segalanya, sekeping gambar juga menjadi sesuatu yang amat beerti suatu hari nanti. Kerana ia akan jadi kenangan buat selamanya. Bergambar kenangan di hadapan Masjid Rejang, Belawai Walaupun lama kenal dan berkhidmat di Sibu ini sehingga ada yang mencecah 11 tahun atau lebih, jarang kami dapat bersama kerana sentiasa sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Cuti sempena hari Gawai tahun ini, kami dari lapan keluarga ustaz dan ustazah di Sibu melepaskan lelah dan penat bekerja dengan berkonvoi ke Belawai. Masing-masing kami berasal dari " Kelantan " dan Terengganu yang disifatkan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Sarawak sebagai " guru agama pantai timur semenanjung " yang membawa anasir negatif di Sarawak. Sebenarnya rasa rindu kepada pemandangan laut dan pantai yang menggamit rasa ingin datang kami ke Belawai ini. Lagipun jalan yang menghu...