Posts

Showing posts with the label Monolog Hati

Manisnya Berjuang

Oleh isma daud Manisnya berjuang bila kita rasa manisnya bersama Allah SWT. Orang ugut kita, orang cuba tutup rezeki kita, orang sekat peluang kita; kita terus jalan... Sbb Allah SWT sudah bantu hati kita untuk thabat dan teguh pendirian.  Orang lihat kita susah dan sakit sedangkan Allah SWT telah hiaskan hati kita dengan iman. Allah gantikan kesempitan dengan kelapangan. Apa yang sebenarnya berlaku diluar jangkaan kerana kepahitan itu Allah SWT palitkan kepada hati yang kufur, fasiq lagi sukakan maksiat.  Kemanisan yang Allah SWT beri kepada pejuang di jalan Allah SWT, halawahnya tidak dapat dikongsi-kongsi. Sedang ramai orang mencari halawah dan bahagia pada hati tetapi dia menghindari lorong dan laluan ini. Mereka yang meletakkan matlamat duniawi sukar memahami kenyataan ini sbb mereka hanya terpesona dengan perhiasan lahiriah saja. Orang berjuang ada yang dikayakan Allah SWT tetapi kekayaannya tidak mengalpakannya, jika sebaliknya ia menjadi miskin papa; kemiski...

Suka Duka 16 Tahun di SMK Rosli Dhoby, Sibu

Oleh isma daud Salam perjuangan!!! Sejak kali pertama saya memijak kaki ke SMK Rosli Dhoby pada 19/01/2000; saya merasa bangga kerana saya dapat berkhidmat di sebuah sekolah yang namanya seorang pejuang Sarawak; Rosli Dhoby. Saya mengambil semangat dan ruh perjuangannya yang kental, berani menegak kebenaran, sanggup menerima risiko dan berpegang kepada prinsip. Atas semangat itu saya bekerja dalam pasukan dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran. Bahkan saya bangga mendapat jolokan panggilan "Ustaz Rosli Dhoby". Biasanya ahli masyarakat lebih mengenali saya sebagai Ustaz Rosli Dhoby berbanding nama saya sendiri. Langkah pertama apabila saya sampai ke sekolah ini, saya mendekati semua lapisan insan yang bekerja di sini daripada peringkat pentadbir, rakan-rakan guru dan kakitangan sekolah. Saya bergaul mesra dengan mereka, mengutip mutiara ilmu, pengalaman dan kemahiran mereka. Pergaulan mesra ini mewujudkan bi-ah yang sihat dan muamalah yang harmonis sehingga memudahka...

Masih Di SMK Rosli Dhoby, Sibu

Oleh isma daud Hari ini adalah hari pertama memulakan hari persekolahan bagi penggal ke 2 bagi tahun 2012. Sepatutnya hari ini saya telah memulakan tugas saya di sekolah baru. Sekolah yang mana saya telah dipindahkan. Mengikut surat perpindahan yang telah saya terima, saya sepatutnya melapurkan diri pada 1 Jun yang lalu. Saya memohon perpindahan biasa antara negeri ke Terengganu tapi keputusannya saya dipindahkan ke Johor. Ke Muar Johor. Bukan isu ke Muar atau mana-mana tempat tapi saya mohon ke Terengganu dan mahu balik ke Terengganu. Kalau tidak pindah pun saya senang berada di Sibu. Biarpun pada satu saat, saya bagaikan berputus asa dengan apa yang berlaku kepada saya dengan sikap sebilangan kecil masyarakat Islam di sini. Namun dalam tempoh perkhidmatan saya di sekolah ini, saya sangat berbangga dan gembira di sini. Apapun hari ini saya mendapat kata-kata semangat daripada rakan-rakan sekerja dan saya mengharapkan mereka ikhlas dalam kata bicara mereka. Mungkin dalam situasi...

Cikgu Mat Bin Tani ; Sahabat, Guru Dan Rakan Sejawat

Image
Oleh isma daud Maaf Cikgu Mat, saya menulis perihal cikgu dalam catatan Blog Ustaz Rosli Dhoby kali ini. Setahun lepas bila cikgu Mat beritahu saya bahawa cikgu Mat mahu berpindah ke Kabong; saya cukup sedih , cukup terkesan sehinggalah cikgu Mat menintakan dalam mesej bahawa cikgu Mat gagal berpindah. Dalam pada itu anak dan isteri pula dapat berpindah awal tahun ini. Kenangan bersama dengan Cikgu Mat Bin Tani; "Maulidur Rasul 2008". Luka hati saya terubat kerana masih ada rakan dalam meneruskan banyak kerja yang telah kita rancangkan bersama. Selepas itu bila Saudara Shahbandi Bin Han mendapat berita berpindah ke tempat baru, sekali lagi hati saya diduga. Sedih sangat. Sejak itu saya rasa nawaitu saya mahu berpindah perlu diperkukuhkan. Perasaan ingin bersama ibu saya benar-benar menguji hati dan perasaan saya. Saya kuatkan semangat dan saya isi juga borang pindah secara online. Hari ini saya benar-benar rasa kehilangan seorang sahabat, guru dan rakan sejawat. B...

Hari Guru Terakhir Di SMK Rosli Dhoby

Image
Oleh isma daud 25 Mei dijadikan sebagai Hari Guru SMK Rosli Dhoby. Hari ini Hari Guru terakhir saya di sini. Hari yang amat sedih buat saya. Saya tidak pernah membayangkan hari ini menjadi milik saya. Walaupun tiada majlis untuk saya berucap memberi sepatah dua dan memohon maaf kepada semua, saya tetap diraikan oleh warga sekolah. wajah-wajah yang tak mungkin saya lupakan Dalam majlis ringkas di hujung persembahan pelajar saya telah dihadiahkan dengan "Pasu Sarawak" sebagai tanda kenangan-kenangan. Sayangnya saya tiada kamera untuk merakamkan detik itu. Terima Kasih!!! Paling teruja sekali hari ini semua memakai warna hijau. Tema Pakaian tahun ini ialah HIJAU. Warna kegemaran dan kesukaan saya. Turut sama diraikan ialah Cikgu Norlaili dan Ustazah Saadah Nor yang sama-sama dapat berpindah ke negeri masing-masing. Melalui jamuan kelas ke kelas, saya mengambil peluang untuk menyampaikan pesanan dan ucapan kepada pelajar agar mereka terus bersemangat, cekal hati dan...

Kawan Itu Belum Tentu Sahabat!!!

isma daud : " Saya sedang sedih kerana kawan-kawan... rupanya banyak jenis kawan dalam dunia ini... semoga saya dikurniakan seorang sahabat yang setia dan baik hati." **** memetik kata-kata ini sekadar menggambarkan rasa hati, entah siapa pemilik kata2 indah ini, terima kasihlah... Kata mak, К∂ω∂Ν tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang... kata abah, К∂ω∂Ν tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.. kata atuk, К∂ω∂Ν tu seperti air, terus mengalir.. kata nenek, К∂ω∂Ν tu bak bulan, dipuja & disanjung tp nun jauh di sana.. kate sedare, К∂ω∂Ν tu mcm makanan, kawan makan kawan!! kata abang, К∂ω∂Ν tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata.. kata kakak, К∂ω∂Ν tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan.. kata adik, К∂ω∂Ν tu macam biskut, sekejap ade sekejap ✗de.. kata aku, К∂ω∂Ν tu ✗ kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT !...

Bila Sahabat Terima Arahan Berpindah...

Image
Oleh isma daud Masjid An-Nadwah belum siap sepenuhnya pembinaannya. Tapi rakan-rakan yang kuat berusaha sudah ada yang terima surat arahan berpindah. Sedangkan tenaga dan buah fikiran mereka masih saya perlukan. Pembangunan An-Nadwah selama ini atas semangat kerja gotong-royong. Bila ada seorang dua yang berpindah terasa kekosongannya. Berat rasanya memikirkan akan hal ini. Setelah Cikgu Ruzila berpindah ke Perak, kini seorang lagi staf dalam proses dipindahkan. Sudah dapat arahan perpindahan pun tapi saya belum bersedia menerima hakikatnya. Masih berdoa agar ada keajaiban dan berdoa agar ada pertimbangannya. Cikgu Ruzila dan sahabat saya ini antara tenaga penting yang kuat membantu. Bukan saja kerja membangunkan masjid, kerja-kerja keceriaan sekolah juga amat memerlukan tenaga seumpamanya... Ya Allah Berikan kami pembantu-pembantu yang dapat mempermudahkan kami meneruskan misi ini. Semuanya adalah untuk meninggikan syiar agamaMu. Kepada sahabat-sahabatku, aku sentiasa ber...

SAPS Dan Rungutan Para Guru Yang Di Bawah... Dengar-dengarkanlah!!!

Image
isma daud : turut menyelami dan merasai apa yang guru-guru lain rasa... begitulah nasib guru yang kerjanya tidak pernah berkurangan malah bertambah dari semasa ke semasa walaupun seringkali diwar-warkan akan diusahakan agar beban tugas guru dikurangkan.   Terbaru SAPS ini. Guru tidak bermasalah kalau sekadar mahu isi markah ke dalam sistem, tapi server kepada sistem itu biarlah kuat menampung bebanan pelayar dalam satu-satu masa. Ini baru 500 orang sudah kacau-bilau bila sistem down. Sudahlah para guru diberi dateline dalam menyiapkannya dan ada guru besar atau pengetua ambil sikap tidak memahami orang bawah yang menghadapi langsung bebanan tugas ini.  Saya sedih bila pengetua anggap mereka yang tidak siapkan dalam tempuh ditetapkan sebagai tidak bertanggungjawab kerana sekolah kena jawab dengan jabatan nanti.... siapa kena jawab? Jawabnya; Pengetua, pengetua akan salahkan mereka yang dibawahnya pula.... kasihan guru-guru kita, mereka sentiasa berada dikandang orang ...

Biduk Berlalu , Kiambang Bertaut

Image
Oleh isma daud Berbakti Secara Senyap-senyap Lebih Damai Alhamdulillah , sudah hampir separuh perjalanan tahun 2011 ini. Sedari awal tahun 2011M @ 1432H ini, banyak sekali rasanya nikmat dan rezeki Allah SWT yang datang pada tahun ini. Amat terasa betapa nikmat Allah SWT itu datang satu persatu. Apa yang mampu seorang hamba itu lakukan ialah melahirkan rasa syukur kepada penciptanya yang memberi segala nikmat itu. Maha Besar Allah SWT yang memberikan nikmat kepada seseorang itu dengan pelbagai cara. Firman Allah SWT dalam surah al-Qalam; ayat 32; "Mudah-mudahan Tuhan kami menggantikan kami (yang hilang itu) dengan yang lebih baik daripadanya, (dan ucaplah ketika Dia telah mengurniakan nikmat yang baru) sesungguhnya kami kepada Tuhan kami sangat berharap lagi sangat gemar)". Sungguh!!! Gerak awan hitam dan mendung telahpun berlalu pergi. Cerita sedih dan menekan perasaan kian hilang dibawa oleh bilah-bilah hari yang berlalu. Semuanya tinggal kenangan sahaja. Sebagai in...

Di Hari Yang Sama Dua Tahun Dulu, Apakah Sama Dengan Hari Ini?

Oleh isma daud Terkenang kembali, sebuah duka lama setiap kali datangnya hari Jumaat cuti sempena "Good Friday". Dua tahun dulu pada hari yang sama, saya dikutuk dan dianggap sebagai " orang luar " yang tidak diperlukan di Sibu ini. Hanya kerana salah menegur pemimpin Islam dan pemerintah di dalam khutbah Jumaat. Maka berkatalah " orang dalam " kepada saya bahawa saya orang yang tidak tahu bertempat menegur pemimpin. Dan kini saya mengenang lagi hari yang bersejarah dalam hidup saya. Dalam Khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh MUIS hari ini mengajak rakyat Sarawak supaya taat kepada pemimpin yang diberi mandat sekali lagi dalam PRN Sarawak Ke 10 pada 16 April 2011 yang lalu. Ini kerana kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada hari tersebut adalah kerajaan yang sah , yang mendapat undi majoriti Rakyat Sarawak dan amalan ini selaras dengan perintah agama yang menyuruh mentaati Allah, Rasul dan pemimpin yang dilantik rakyat.   Dengan mimbar jumaat hari in...

Unjuran Dibuat , Harapan Tidak Kesampaian

Image
Oleh isma daud Sahabatku seorang kaunselor sekolah yang penuh jiwanya dengan sifat kasih sayang, seorang yang berkarisma dan bermotivasi tinggi bertanya; " Apa ustaz fikirkan hari ini? ". Terpancul keluar daripada mulutku sepatah perkataan yang tersedia ada dibenakku. Tidak perlu lama aku berfikir untuk mengeluarkannya kerana ia sudah ada bersarang di situ dan berlegar-legar dalam hati dan jiwaku. " Unjuran "; ujarku. Sekian lama persoalan unjuran ini bermonolog dalam fikiranku kerana ia masalah yang tidak kunjung selesai dari setahun ke setahun. Dalam jiwaku bermonolog sepi; Buat sementara waktu, apa dayaku. tidak semua yang aku mahu, akan aku dapat,  aku hanya mampu berharap kerana usaha itu bukan ditanganku, usaha itu ditangan orang lain. apa yang ada dalam milikanku hanyalah doa dan harapan. agak-agaknya akan aku perolehi apa yang aku mahu?  "Tidak semua dapat ku ungkapkan dengan kata-kata , jika aku hanya mampu berdoa sahaja. Hanya bisikan hatiku s...

Kenangan Mengusik Rasa

Image
Oleh isma daud Malam ini keras pula mata, jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1:30 pagi. Sebentar tadi sudah nyenyak terlena. Bila bangun waktu pagi begini rasa sepi benar-benar mencengkam jiwa. Waktu sesuai bertahajjud menghadap yang maha esa. Tapi datang kecenderungan untuk meninta di blog hamba ini. Insya Allah seusai luahan rasa, meneguk sedikit suasana sunyi ini untuk mengadu pada Ilahi. Sebelah petang tadi sempat ke Jabatan Pendaftaran Negara, Sibu untuk buat MYKAD anak sulung saya yang baru saja genap usianya 12 tahun. Sudah besar anakku. Nanti akan menduduki UPSR pula tahun ini. Doaku siang dan malam agar anakku beroleh kejayaan dalam pelajarannya. Yang lebih penting dia nanti menjadi anak yang solehah dan menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain. Selesai saja urusan di JPN, Sibu terus ke kedai baiki komputer, CPU rosak pula. Ape citanya pun entahlah.... seminggu kata tuan kedai... "nanti kamek call bila siap". Selepas itu ke Pasar Sibu pula. Almaklum...

Syukur... Masih Mampu Berlari

Image
Oleh isma daud Terima kasih dan penghargaan kepada Cikgu Mohd Azam yang merakamkan gambar ini sempena Sukan Olahraga SMK Rosli Dhoby tahun ini.  Izinkan saya melekatkannya di sini yang saya ambil di laman Facebook tuan yang di"tag"kan ke facebook saya... Sengaja saya letakkan gambar ini di Blog Ustaz Rosli Dhoby ini, bagi menzahir dan melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana sehingga saat ini saya masih sihat dan mampu berlari.... menginsafkan saya atas nikmat dan kurnia Allah SWT yang tidak terhingga ini. Ketika Hari Permuafakatan sekolah baru-baru lalu masih mampu menderma darah kerana tekanan darah saya berada ditahap masih normal.... syukur buat sekian kalinya saya masih mampu berbakti walaupun pada hari itu ramai yang mahu menyumbang tetapi disebabkan tekanan darah mereka tinggi, mereka tidak mampu melakukannya. Mudah-mudahan setitis darah saya dapat memberi peluang kehidupan kepada insan lain yang sangat memerlukannya. Insya Allah dengan kesihatan y...

Apa Yang Saya Rasa , Dari Kotak Minda Ke Papan Blog

Image
Oleh isma daud Hari ni, sepagi-pagi saya memurnikan blog saya yang dhaif ini. Sungguh blog ini sangat saya sayangi. Di sini saya mencurahkan apa yang saya rasa dan saya fikirkan. Biarpun saya mula berjinak dengan facebook, tetapi ia sama sekali tidak dapat menggantikan blog ini, tidak juga ia sesekali memuaskan hati saya kerana di sini menjadikan saya lebih puas mencurah apa yang saya rasa, dapat membina paparan blog sendiri dan mempunyai nilai yang tersendiri. Tidak kisahlah ia menjadi perhatian orang atau tidak. Yang penting hati saya puas berbicara di sini. Di blog ini saya pernah dikeji, diletakkan "dikandang" orang yang bersalah. Di sini saya pernah mendapat teman dan sahabat. Di sini pernah saya membantu insan-insan yang memerlukan bantuan dan khidmat nasihat. Namun saya hari ini tidak berminat menjadi "kaunselor tidak bertauliah" lagi. Banyak sungguh kisah suka dan duka yang saya tempuhi biarpun hanya berkreatif di blog. Sungguh kisah duka amat mengesan...

Usia Kian Senja, Perjalanan Hampir Sampai

Image
Oleh isma daud  catatan gambar : bersama bapa mertuaku yang sentiasa memotivasikan jalan dakwahku. Detik-detik masa berlalu. Tanpa sedar usia kita merangkak pergi. Hari ini genap usiaku 38 tahun. Satu usia yang menuntut muhasabah yang banyak. Semoga Allah memberkati perjalanan hidupku selama ini. Selangkah usia ke hadapan, selangkah kaki hampir sampai ke destinasi. catatan gambar : wajah sepi bondaku yang tercinta, yang sentiasa jauh dengan anaknya. catatan gambar : Gambar kenangan di LT Sultan Mahmud, Kuala Terengganu , 2 Jun 2010. "Ya Allah, Engkau berkatilah ibuku yang telah bersusah-payah melahir dan membesarkan aku di dunia ini. Engkau berkatilah dia dihayatnya yang masih ada" "Ya Allah , Engkau kasihanilah bapaku yang telah menyebabkan aku hadir ke sini. Engkau ampunkanlah dosa-dosanya dan Engkau letakkan dia di kalangan hambaMu yang Engkau redhai di alam sana" "Ya Allah, Engkau sempurnakanlah cahaya mereka dan letakkan mereka di kalangan ham...

Perasan Murung Dan Lupa ; Kerana Sibukkah atau Penyakit???

Image
Oleh isma daud Tekanan dalaman yang ada dalam diri menjadikan diri ini kurang berkeyakinan dan bersemangat lagi. Setiap-satu datang ujian mengganggu jiwa dan perasaan. Terasa jauh dari ketenangan. Apa saja yang hendak dilakukan dibayangi rasa kemalasan yang amat sangat. Sungguh saya cuba tapi cepat pula datang kejemuan... Masalah? Masalah yang mungkin orang kata masalah ciptaan sendiri. Kegagalan mengurus diri sendiri. Pengurusan diri yang lemah. Dalam pada itu, datang masalah lain sejak dua tiga minggu ini.... Kenapa akhir-akhir ini terlalu kerap lupa. Lupa itu dan lupa ini? Hilang fokus dan perhatian. Ambil satu barang , letak satu tempat kemudian lupa. Hilang barang yang berharga dan tidak berharga. Hilang kunci, jam tangan , kad ATM dan macam-macam lagi. Janji pun boleh lupa. Semalam boleh lupa anak yang saya tumpangkan di rumah sahabat kerana selepas solat Jumat, ada beberapa urusan sehingga sudah balik separuh jalan baru teringat anak tertinggal di rumah kawan. Kena pusi...

Pengumuman Henti Kuliah Sementara Dan Sedikit Catatanku Sementara Kaki Terpacak Di Sibu

Oleh isma daud Kesempatan cuti sekolah selama 3 minggu, mengizinkan saya dan ahli keluarga kembali berziarah ke kampung halaman sendiri di Terengganu Darul Iman menjenguk ibu dan keluarga mertua. Pengumuman Kepada ahli qaryah dan ahli jamaah masjid/surau sekitar Sibu; Dalam tempoh ini semua kuliah saya di masjid Darul Halim, Sibu dan Surau Darul Firdaus, Jalan Apollo, Sibu bermula dari 28 Mei 2010 sehingga 19 Jun 2010 dihentikan. Sementara itu kuliah Tafsir di Tadika Didik Ria akan bermula 20 Jun 2010 sehari selepas saya kembali ke Sibu, insya Allah. Harap Maklum. Harapan Mudah-mudahan 3 minggu ini memberi peluang kepada saya untuk membina keyakinan diri untuk kembali menabur khidmat bakti kepada masyarakat Sibu. Biarpun saya sedar tidak semua orang suka dengan kehadiran saya, namun kebaikan hati mereka yang cintakan ilmu dan perjuangan Islam, masih memberi semangat yang tersisa untuk terus berada di sini. Semoga Allah SWT tidak mensia-siakan perjuangan saya d...

Nota Terakhir Seorang Ayah

Image
Oleh isma daud catatan : Wajar kisah ini dibaca oleh mereka yang mahu menilai sejauh mana kemajuan dan kemewahan yang ada di bumi Malaysia ini benar-benar sampai dan dinikmati oleh setiap warganya. Hati saya tersentuh membaca kisah sedih sebuah kehidupan seorang lelaki yang bertarung dengan kemiskinan dan kekecewaan untuk terus hidup dicelah-celah kemewahan sang penguasa di negara tercinta ini yang akhirnya nekad menamatkan hidupnya dengan membunuh diri dengan sekeping nota, beberapa ringgit duit dan catatan sejumlah hutang, RM160. Apa patut difikirkan oleh mereka yang sedang melabur besar dengan janji harta dan pembangunan di Sibu sekarang ini menjelang PRK Sibu, 16 Mei nanti? ~ dua malam lepas, semasa hadir di sebuah surau saya dengar kisah menteri luluskan rm100K, menteri ni luluskan rm500K, sekolah ni dapat  rm1juta.... betul ke angka2 ni menjelang PRK Sibu 16 Mei nanti. dan banyak lg peruntukkan sedang dijanji dan diluluskan... ~ malam tadi saya dengar satu pihak m...

Hanya Berhenti Di Titik Ini, Hati Menjadi Tenang

Image
Oleh isma daud Tidak mudah melupakan sesuatu yang sukar dan pahit dalam hidup. Sejarah hitam yang menjelajari dalam bilah-bilah kehidupan silam selalu sahaja bertandang. Setiap yang datang itu menggamit memori yang kelam dan suram. Perasaan sedih, kecewa dan marah silih berganti menguasai diri. Dan setiap kali aku cuba menafikannya, setiap kali itu juga perasaan itu bagai kukuh bertahan. Astaghfirullahal 'adzim!!! Hidup ini memang sukar. Jarang sekali ia menyebelahi dan adil untuk kita. Apa yang kita harap tidak mudah menjadi kenyataan, apa yang dirancang lain pula ketentuanNya. Ya...siapalah kita bila berada di hadapan pemilik sebenar kepada segala ketetapan dan ketentuan. Dia memiliki segalanya. Hanya berhenti dititik ini saja, hati menjadi tenang dan mampu menerima kenyataan. Berada dititik ini barulah terbit rasa syukur dicelah kekecewaan, kesedihan dan kemarahan. Baru terasa akan hikmahnya akan setiap ketentuan yang berlaku biarpun bukan itu yang aku harapkan. Ya All...

Kenangan Di Kuching ~ Hari Terakhir

Image
Oleh isma daud Catatan : Ahad, 4 April 2010. Selama tiga hari di Kuching, meninggalkan kenangan yang cukup indah dan beerti. Kali terakhir saya memandu ke Kuching pada tahun 2005. Ke Kuching atas tugasan rasmi banyak kali. Guna kapal terbang le...Tapi memandu kereta iswara saya tu ke Kuching, ini kali ke 3. Kereta ni dah bawa kami sekeluarga ke Lundu, Semantan, Bau, Santubong, Serikin, Kota Samarahan, Tebedu, Serian...kebanyakkan tempat di sebelah Kuching. Masa tu masih ramai sahabat2 saya berada di sana. Tidur di rumah mereka dan berkonvoi pula ke pelbagai destinasi.. Kini mereka semua sudah balik ke Semenanjung, ataupun dah berpindah ke Bahagian lain. Dalam perjalanan kali ini saya dan rakan2 konvoi warga smk Rosli Dhoby menginap di Hotel Marlin Inn, tapi buruk sikitlah hotel ni... dengan harga yang dibayar tu rasa ada lagi hotel lebih berpatutan harganya...tapi tak mengapalah asal selesa untuk semua aktiviti ahli konvoi, semua orang boleh menginap di situ, di satu tempat sahaj...