Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Oleh isma daud

Berita:

Pada 11 Julai 2009 yang lepas saya dan beberapa orang guru pengakap SMK Rosli dhoby membuat kunjungan mesra ke Rumah Seri Kenangan, Sibu.

Lawatan ini adalah lawatan amal sambil belajar dari pasukan pengakap sekolah dan pelajar Pendidikan Khas agar mereka turut mengharga warga emas dan tahu menyayangi mereka yang telah lanjut usia. Syukur Alhamdulillah niat yang murni ini telah dimakbulkan Allah SWT dan saya sifatkan lawatan ini adalah berjaya mencapai objektifnya.

Seramai 60 orang pelajar telah menyertai lawatan sambil belajar ini. Berikut beberapa keping gambar yang sempat saya rakam sebagai kenangan sepanjang berada di rumah Seri Kenangan ini.


Pendaftaran pelajar yang ingin menyertai lawatan

Berhimpun jam 6:50 pagi menunggu rakan-rakan pelajar lain


Menaiki bas, dua bas digunakan

Pagar Masuk Rumah Seri Kenangan Sibu yang sentiasa menggamit insan prihatin berkunjung ke sini

Berjalan menuju ke dewan

Laporan

Rombongan ini sampai ke Rumah Seri Kenangan ini sekitar jam 8:30pagi. Kami disambut oleh Encik Ibrahim; seorang pegawai bertugas dan Pn Josephin ak Jaro mewakili pengetua Rumah Seri Kenangan; Puan Syarifah Aini.

Kami kemudiannya diberi taklimat ringkas oleh Pn Josephin mengenai penghuni di sini dan juga jadual kegiatan harian mereka sehari-hari.

Sehingga kini jumlah penghuni seramai 65 0rang.

Berikut dipaparkan beberapa aktiviti mereka agar sentiasa cerdas dan sihat walau diusia yang lanjut.

Di antaranya membuat barangan hiasan, berkebun, berlagu termasuk poco-poco. Semua aktiviti mereka adalah ringan-ringan sahaja. Bagi pihak pengurusan pula mereka ada menyediakan kuih dan pelbagai jenis pau.

Dihujung lawatan para pelajar telah membuat sedikit kerja amal di kawasan asrama dan persekitaran rumah orang tua ini. Walaubagaimanapun gambar-gambar kami tidak dapat untuk menyiarkannya demi menghormati permintaan pengurusan Rumah Seri Kenangan.

Antara aktiviti lain yang dilakukan oleh para pelajar ialah menghiburkan warga tua ini dengan beberapa nyanyian dan tarian.

Saya sendiri sempat menulis beberapa doa harian untuk warga muslim yang menghuni di sini.

Lawatan kami berakhir sekitar jam 12:00 tengahari. Sekalung budi dan penghargaan kepada pengetua dan staff rumah Seri Kenangan serta warga emas yang sudi menerima kunjungan kami kali ini. Semoga lain kali kami dapat berkunjung lagi.

Comments

student... said…
ermm...sy sdg mncri artikel yg brkaitan ngn warga tua...jd, sy bc blog yg ustaz tlis nie.ape agknya yg kita dpt rse bila gi sna..sayu aje ht...tp klu ade gambr mmg agak lg ok.tp seprti yg ustaz kate tu..hormat permintaan diorg...so trima ksh byk2..skurg kurang nya sy ade idea utk membuat tugasan sy.
eKaikHa said…
salam ustaz.sy ika dari usm.persatuan sy nak buat jamuan raya di rumah orang tua2.tapi saya tidak tahu aktiviti apa yang nak dijalankan selain makan2.saya nak minta pandangan ustaz kalau tidak keberatan tentang hal ini.tq
isma daud said…
Untuk eKaikHA;

Salam Adik... semoga sihat wal afiat.

Ustaz sempat masuk ke blog adik. Selamat datang ke dunia blog dan selamat berkarya.

Ustaz harap adik banyak bersabar kerana setiap ujian yang datang itu banyak hikmah yang boleh kita pelajari...ustazpun biasa difitnah walaupun ustaz hanya menyampaikan kebenaran dakwah yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Tujuan ustaz menulis di sini adalah untuk respond kepada mesej yang adik tinggalkan di blog ustaz.

Untuk melawat ke rumah orang tua kita mungkin boleh buat persiapan. Di antaranya;

1. menyediakan hamper makanan kering seperti biskut...dapatkan maklumat berapa ramai penghuni di situ kerana mereka sangat sensitif seperti budak2, mesti cukup dan adil kerana tidak mahu ada yang merajuk.. mereka boleh simpan.

2. poskad/kad yang ada himpunan doa, poster yang mengandungi ayat quran, dan apa yang boleh mendekatkan diri mereka kepada Allah (khusus untuk penghuni Islam).

3. rancang aturcara program yang sesuai dengan usia mereka; suai kenal, lagu2 yang sesuai... mereka sebenarnya suka bercerita dan kita seharusnya menjadi pendengar kepada mereka.. kita cuba membahagiakn mereka.

4. aturkan aktiviti khidmat bakti seperti membersih kawasan asrama mereka.. pastikan ianya mendapat keizinan daripada warden atau pengetua rumah org tua..

5. jaga tuturkata atau cara kita mendekati mereka...mereka ada masalah peribadi mereka sendiri. jangan paksa mereka, jangan marah kerana ada yang degil. bila orang datang mereka cuba tunjuk perangai..ya macam budak2.kena sabar. Jangan cepat terasa dengan mereka kalau ada yang bertindak tidak menyenangkan kita...ini persedian mental.

6. anggaplah mereka seperti ibubapa kita juga layan mereka dengan sopan dan mesra.

Harap adik dapat sedikit gambaran sebelum membuat lawatan kerumah orang tua. wassalam!!!
Unknown said…
Salam 'alaik ustaz..

sy aishah dari USIM...insyaallah persatuan saya akan mengadakan lawatan ke rumah Seri Kenangan Seremban akhir bulan 4 ni..Diantara aktiviti yang dimuatkan dalam kertas kerja adalah seperti gotong-royong, kelas fardhu ain, solat berjemaah(tazkirah ringkas)dan sembang santai. Persoalan di sini sy tidak tahu sama ada aktiviti yg telah ditetapkan itu bersesuaian dengan keadaan penghuni yakni warga tua itu sendiri...Mohon pencerahan dari ustaz dan penambahbaikan aktiviti yang lain. syukran :-)
isma daud said…
Wa'alaikumussalam DIMAC USIM,

Warga emas ini sangat menghargai kita jika ada sumbangan dan penghargaan seperti hamper makanan, hadiah walaupun kecil. Prihatin juga dengan kesihatan warga emas ni. Setiap aktiviti tu biar bukan saja menghiburkan seperti persembahan pentas (ikut kesesuaian penghuni), tp mengingatkannya kepada Allah SWT (warga muslim). Bawalah bahan bacaan berbentuk keagamaan yang mudah difahami. Jangan banyak atau panjang sangat sesuatu aktiviti, bagi peluang mereka berehat dan tidak terlalu letih.

Saya setuju aktiviti sembang santai... kena ada sentuhan zahir dan batin.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?