Posts

Showing posts with the label Motivasi

Masih Di SMK Rosli Dhoby, Sibu

Oleh isma daud Hari ini adalah hari pertama memulakan hari persekolahan bagi penggal ke 2 bagi tahun 2012. Sepatutnya hari ini saya telah memulakan tugas saya di sekolah baru. Sekolah yang mana saya telah dipindahkan. Mengikut surat perpindahan yang telah saya terima, saya sepatutnya melapurkan diri pada 1 Jun yang lalu. Saya memohon perpindahan biasa antara negeri ke Terengganu tapi keputusannya saya dipindahkan ke Johor. Ke Muar Johor. Bukan isu ke Muar atau mana-mana tempat tapi saya mohon ke Terengganu dan mahu balik ke Terengganu. Kalau tidak pindah pun saya senang berada di Sibu. Biarpun pada satu saat, saya bagaikan berputus asa dengan apa yang berlaku kepada saya dengan sikap sebilangan kecil masyarakat Islam di sini. Namun dalam tempoh perkhidmatan saya di sekolah ini, saya sangat berbangga dan gembira di sini. Apapun hari ini saya mendapat kata-kata semangat daripada rakan-rakan sekerja dan saya mengharapkan mereka ikhlas dalam kata bicara mereka. Mungkin dalam situasi...

Suasana Sambutan Ramah Tamah Aidil Fitri SMK Rosli Dhoby 2011

Image
Oleh isma daud 24/09/2011 Program Solat Hajat Peperiksaan Awam Peringkat SMK Rosli Dhoby diadakan serentak dengan Sambutan Ramah Tamah Aidil Fitri. Walaupun bulan Syawal hampir kepenghujungnya, sambutannya masih hangat di sana sini. Pelbagai program sambutan dirancangkan agar sambutannya menjadi meriah dan bermakna sekali. Untuk menjimatkan masa, dua program diadakan serentak. Bermula jam 8:00 pagi masjid An-Nadwah telah dipenuhi oleh para ibu bapa, pelajar dan warga sekolah. Tepat jam 8:20 pagi Yang Dipertua PIBG SMK Rosli Dhoby telah mengambil tempat bersama tetamu jemputan lain. Di antara yang hadir pada pagi ini ialah En Aziz Bin Arshad (Nazir, PPD Sibu), Ustaz Hasbullah Bin Sabli (JAIS) dan Ustaz Ahmad Syukri Bin Yusof ( Guru Agama, SMK Lanang, Sibu). Program solat hajat dimulakan dengan bacaan Yaa Siin, dipimpin oleh Ustaz Hasbullah dan imam solat Hajat ialah Ustaz Ahmad Syukri. Selesai sahaja solat hajat di Masjid, para tetamu semua beredar ke Dewan Seri Perkasa un...

Hiwar Mencari Ketenganan Hati..... Guru & Murid

Image
Oleh isma daud Tidak sampai Hati Untuk Mengecewakan...  Dalam Penat Tetap Layan Tidak semestinya berada dalam hutan saja bermasalah, hidup di tanah lapang pun ada masalah. Ingatlah hanya dengan berzikrullah akan Menenangkan Hati assalamualaikum uztd...saya nak tnya...apakah ubat paling mujarab ketika kita berada d dalam kesedihan...??n cara2 nak tenangkan hati... Hiwar Mencari Ketenganan Hati..... isma daud  : banyak soalan dekat kotak pesanan.... takda mood nak jawab.. maafkan ustaz buat ketika ini. Balas :  ye uztd xpa...n harap uztd dpt jwb d lain hari..coz dfikiran rasa mmrlukan... isma daud  : sesuatu jawapan kepada satu-satu soalan bukan hanya sekadar jawapan, ia memerlukan skill kerana orang yang bertanya memerlukan satu cadangan penyelesaian... kalaupun tidak menyelesaikan, membantu seseorang meringankan beban fikiran dan perasaannya. Balas :  ye uztd...mmg xmudah nak wat suma 2...pa2 pun...syukran jazilan ya uztd... isma dau...

Unjuran Dibuat , Harapan Tidak Kesampaian

Image
Oleh isma daud Sahabatku seorang kaunselor sekolah yang penuh jiwanya dengan sifat kasih sayang, seorang yang berkarisma dan bermotivasi tinggi bertanya; " Apa ustaz fikirkan hari ini? ". Terpancul keluar daripada mulutku sepatah perkataan yang tersedia ada dibenakku. Tidak perlu lama aku berfikir untuk mengeluarkannya kerana ia sudah ada bersarang di situ dan berlegar-legar dalam hati dan jiwaku. " Unjuran "; ujarku. Sekian lama persoalan unjuran ini bermonolog dalam fikiranku kerana ia masalah yang tidak kunjung selesai dari setahun ke setahun. Dalam jiwaku bermonolog sepi; Buat sementara waktu, apa dayaku. tidak semua yang aku mahu, akan aku dapat,  aku hanya mampu berharap kerana usaha itu bukan ditanganku, usaha itu ditangan orang lain. apa yang ada dalam milikanku hanyalah doa dan harapan. agak-agaknya akan aku perolehi apa yang aku mahu?  "Tidak semua dapat ku ungkapkan dengan kata-kata , jika aku hanya mampu berdoa sahaja. Hanya bisikan hatiku s...

Syukur... Masih Mampu Berlari

Image
Oleh isma daud Terima kasih dan penghargaan kepada Cikgu Mohd Azam yang merakamkan gambar ini sempena Sukan Olahraga SMK Rosli Dhoby tahun ini.  Izinkan saya melekatkannya di sini yang saya ambil di laman Facebook tuan yang di"tag"kan ke facebook saya... Sengaja saya letakkan gambar ini di Blog Ustaz Rosli Dhoby ini, bagi menzahir dan melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana sehingga saat ini saya masih sihat dan mampu berlari.... menginsafkan saya atas nikmat dan kurnia Allah SWT yang tidak terhingga ini. Ketika Hari Permuafakatan sekolah baru-baru lalu masih mampu menderma darah kerana tekanan darah saya berada ditahap masih normal.... syukur buat sekian kalinya saya masih mampu berbakti walaupun pada hari itu ramai yang mahu menyumbang tetapi disebabkan tekanan darah mereka tinggi, mereka tidak mampu melakukannya. Mudah-mudahan setitis darah saya dapat memberi peluang kehidupan kepada insan lain yang sangat memerlukannya. Insya Allah dengan kesihatan y...

Pekerja Bahagia, Bekerja Kerana Allah SWT

Image
Oleh isma daud 1 Mei diumumkan sebagai Hari Pekerja . Hari Pekerja bercuti??? Menurut Wikipedia , Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei. Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja. Namun bagi saya, hari pekerja ini seharusnya dijadikan hari kita membuat refleksi diri dan bermuhasabah bahawa sejauhmana kita memahami dan menghayati konsep bekerja itu menjadi sebab kita memperolehi kebahagiaan sebenar baik kebahagian hidup di duni...

Guru Pedalaman

Oleh isma daud Ehsan dari FB : Mohd Isa Abd Razak melalui Kelab Guru Pensiangan :   Para pendidik dan mantan pendidik wajar menonton video ini. Nota : Terima Kasih atas perkongsian bagi renungan dan perbincangan bersama. Satu tempat yang bernama Saliliran Sekadar Renungan Dan berfikir agar kita lebih bersyukur. Tempat Bukan Alasan ~ Kejayaan Milik Sesiapa Sahaja Yang Rajin Berusaha Dan Tidak Patah Semangat.

Menyumbang Tidak Semestinya Dengan Harta Benda

Oleh isma daud Siang tadi bila kami berbincang persoalan kesibukan kerja dan bebanan bidang tugas baik di sekolah maupun di luar tugasan rasmi, kami dalam group "JaPS,UPIM Sibu" cuba memujuk hati kami agar sentiasa ikhlas kepada Allah dalam melaksanakan tugas dan amanah yang terpikul di bahu kami. Kata seorang ustazah dalam group ini; " Sepatutnya kita semua bersyukur kerana kita semua ditaqdirkan dapat memberi sumbangan kemahiran dan keilmuan yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Mungkin kita tidak mampu menyumbang harta benda tapi kita kita masih mampu menyumbang dari sudut tenaga, masa dan upaya. " Ya, memang benar kata ustazah tu, saya setuju sangat-sangat. Menyumbang tidak semestinya dengan wang ringgit. Kadangkala kita boleh menyumbang tanpa mengeluarkan belanja. Bukan orang yang kaya dan berada saja boleh menyumbang, orang miskin pun boleh memberi dan membuat sumbangan. Pernah para sahabat yang miskin harta bertanya kepada Rasulullah bagaimana orang mu...

Bukan Sekadar Aktiviti Tetapi Sebuah Tarbiyyah Melahirkan Insan Soleh

Image
Oleh: isma daud Masih terngiang-ngiang di telinga saya akan kata-kata seorang insan yang ada kuasa bahawa kerja solat adalah kerja individu yakni fardhu ain, yang berdosa itu hanya individu bukan dosa sesiapa. Kita tidak menanggung dosanya jika mereka tidak solat...jika dia solat dia dapat pahala, dia tidak solat dia berdosa.. Itulah kata-kata mudah kerana mahu melepas tanggungjawab memikul amanah bagi mendidik dan mentarbiyyah anak-anak menjadi insan soleh. Malangnya kata-kata itu terpancul keluar daripada mulut insan berkuasa.... Agama ini milik individu saja baginya. Dia lupa kepada apa yang difirman Allah SWT yang mafhumnya.; "Jaga olehmu akan diri dan keluargamu daripada api neraka." Mungkin dia mentafsirkan ahli di sini sebagai antara seorang anak dan bapa mereka sahaja. Orang lain tidak termasuk dalam ayat ini. Maka saya berdiri sebagai seorang da'i dan pendidik ; ada pandangan berbeza. Sungguh seseorang menanggung dosanya sendiri. Tetapi selagi sese...

Berhijrah Di 1431H atau Berhijrah pada 2010M?

Image
Oleh isma daud Tidak sampai beberapa jam lagi tirai 2009M akan melabuhkan diri dan tangga-tangga detik masa membawa kita ke tahun baru 2010.M Ramai orang menantikan tahun baru dengan azam dan semangat baru dan tidak kurang pula sekadar mengingat kembali azam lama yang mahu diperhangatkan kembali. Kepada sesetengah orang kehadiran tahun baru masehi lebih teruja dan terasa di jiwa berbanding dengan kedatangan tahun baru hijrah. Tidak perlu hebahan dan kempen, orang secara sedar akan kehadirannya. Namun sebahagian orang bagai lupa akan detik tahun baru hijrah. Saya ada bertanya kepada beberapa orang  muda belia yang saya temui, ternyata mereka teraba-raba dalam menentukan bulan hijrah. Tanpa sedarpun mereka sudah melewati garis kedatangan tahun baru 1431H. Biar apapun; kesedaran untuk menanam azam dan niat untuk berhijrah mesti ada. Jika kita berhijrah dengan menjadikan Iman dan Islam sebagai sandarannya, Allah dan rasul menjadi matlamatnya; sudah tentu hijrah kita akan diterima...

Catatan sebelum Berangkat, Ada nasihat Kepada yang Tinggal

Oleh isma daud Hari ini saya dan keluarga akan kembali ke kampung halaman yang jarang-jarang saya menjenguknya. Tidak seperti orang lain, yang balik kampung macam pergi pasar saja pergi pagi balik petang menggambarkan kerapnya balik kampung. Sementara saya balik kampung menjadi nikmat besar kerana balik hanya dipenghujung tahun sekali sekala. Jika sewaktu balik itu ada raya, rayalah. Ada kenduri, kendurilah saya, ada kematian berziarahlah saya. Untuk balik bagi semata-mata raya, kenduri-kendara atau kematian setakat ni belum lagi. Saya balik sekeluarga hanya dipenghujung tahun kerana inilah cuti yang agak panjang daripada biasa. Kembalinya saya ke kampung halaman saya kali ini dengan harapan dapat menukar suhu dan cuaca Sibu yang mungkin lebih aman dan damai tanpa saya. Setelah label pemecahbelah dan pembawa elemen tidak sihat dicop atas diri saya sejak pertengahan tahun ini oleh pihak yang tetiba pandai membuat cop dan mengecop orang, saya mengharapkan bahawa cop itu tertanggal a...

Masih Ada Jalan Luas Di Hadapan. Mengapa Jalan Sempit Itu Yang Kita Pilih?

Oleh isma daud. Firman Allah SWT; Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (6) Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (7) - Surah Al-Kahfi; ayat 6-7. Ayat di atas memberi rangsangan kepada Nabi Muhammad saw supaya tidak mudah berputus asa atas tindakan orang-orang yang kafir dan mereka yang menentang dakwah baginda. Begitulah jalan orang-orang yang berdiri atas landasan dakwah, hati dan jiwa mereka sentiasa diuji oleh Allah SWT. Saya sesekali juga sukar memujuk hati agar terus tabah dan kukuh bertahan atas jalan dakwah dan mengajak manusia kepada jalan Allah SWT. Bila mengenang mereka yang memandang sepi kepada kerja dakwah; terasa juga hati. Bertanya juga hati kepada diri yang dhaif ini; de...

Berpuasalah Tapi Jangan Lupa...

Oleh isma daud Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya kini sudah masuk hari ke 12 berada dalam bulan Ramadhan 1430H. Dalam tempoh 12 hari berpuasa sepatutnya kita membuat pemerhatian dan penilaian semula terhadap 1/3 daripada puasa yang telah kita lakukan. Semoga matlamat daripada berpuasa itu benar-benar tercapai dan akhirnya beroleh kejayaan serta redha Allah SWT. Semoga EMPAT perkara ini menjadi pemerhatian kita , yang boleh kita perbaiki dari masa ke semasa dalam menjalani ibadat puasa kali ini. 1. Kesegaran Iman : Iman adalah tenaga dan kekuatan dalaman yang menjadi motivasi untuk menggerakkan ibadah dalam bulan Ramadhan. Apakah kita masih bermotivasi untuk meneruskan aktiviti yang mampu membangunkan jiwa kita sepanjang Ramadhan atau sudah mulai longlai sedikit demi sedikit? Mampukan kita mengawal keinginan nafsu dan emosi kita? Bagaimana kekuatan kayuhan langkah kaki kita untuk pergi ke mesjid atau surau bagi menunaikan solat secara berjamaah? Bagaimana tadarrus Al-Qur...

Aku Bukan Robot , Aku Ada Jiwa

Oleh isma daud Mutakhir ini saya bagaikan kehilangan kata bicara. Beberapa kali cuba menulis; tiba-tiba datang rasa kekosongan, bagaikan dipaksa-paksa. Daya fikir bagaikan kaku dan ilham bagaikan mati dek kerana kurangnya membaca dan terhadnya pergaulan dengan masyarakat sekitar. Biasanya ilham dan daya fikir menulis datang dari pembacaan dan juga pengalaman. Pengalaman itu datang daripada pemerhatian kita terhadap alam semesta serta pergaulan kita seharian dengan mereka yang kita hidup bersamanya. Apa yang berlaku mutahir ini cukup menjemukan. Saidina Ali berkata ;"Jangan biarkan hatimu mati kerana jemu". Kesibukan kerja menjadikan kehidupan seharian bagaikan robot yang sudah diatur dan disusun segala programnya. Semuanya mengikut jadual dan tiada kebebasan berfikir dan berkarya. Bermula dari bangun daripada tidur sehingga tidur semula tiada yang baru.... yang sama juga. Batas pergaulan pun tidak ada yang baru. Asyik berjumpa dengan orang yang sama juga. Pengalaman pun sama....

Qatru Nada - Bicara Ikhlas Seorang Teman yang Menghargaimu

Oleh isma daud Dalam saya membelek-belek album lama, lalu terjumpa satu nota yang mengimbau kenangan dan nostalgia lama sewaktu belajar di Sekolah Menengah Agama "Atas" Sultan Zainal Abidin tahun 1991 yang lalu. Catatan ini dituliskan oleh seorang sahabat lama. Dan catatan itu sudah kabur kerana dakwatnya sudah kembang...kucuba amati dan coretkan kembali agar ianya tidak hilang di telan dek zaman; Sahabat; "Sesungguhnya jalan daawah adalah jalan yang penuh onak dan duri. Dan; apa yang kita hadapi sekarang adalah tidak seperit yang diwajahkan oleh Allah SWT kepada para An'biya' dan para Sahabat Baginda SAW. Oleh itu teruskanlah penerokaanmu hingga ketitisan darah yang terakhir......Allahu Akbar!!!" Dan Sahabat, renungilah bicara ini dalam perjalanan hidupmu sebagai pesanan dari seorang sahabat yang pernah menyelusuri indahnya saat bersama di bawah teratak SMA"A"SZA. " Janganlah Kamu Kagum Dengan Kebolehanmu Janganlah Kamu Kaget Dengan Kepetahan...

Sahsiah Cemerlang Dunia Dan Akhirat - Bah 2 (Siri 3/ Akhir)

Oleh isma daud Bah. 2 (Siri 3/ Akhir) (Artikel ini adalah sambungan daripada kuliah saya kepada guru-guru Islam di SMK Methodist). Sila klik link/posting terdahulu; 1. Kuliah Kepada Guru-Guru Islam Di SMK Methodist 2. Sahsiah Cemerlang Dunia Dan Akhirat - Bah 2 3. Sahsiah Cemerlang Dunia Dan Akhirat - Bah 2 (Siri 2) . Setelah saya membincangkan beberapa faktor untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat; kini saya ingin menggariskan beberapa ciri sahsiah mereka yang akan beroleh kecemerlangan dalam hidup baik kehidupan duniawi maupun ukhrawi; baik di peringkat individu maupun sebuah masyarakat dan negara; Ciri-ciriNYA… Cemerlang 7 – Orang yang mengamalkan Pergaulan Yang Sihat Dan Baik; Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda; "Orang Muslim (yang sebenar) ialah orang yang selamat orang lainnya daripada (kejahatan) lidah dan tangannya". Mungkin beberapa sifat dibawah ini boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita, jika kita tidak dapat melakukan semuanya, jangan k...

Sahsiah Cemerlang Dunia Dan Akhirat - Bah 2 (Siri 2)

Oleh isma daud (Artikel ini adalah sambungan daripada kuliah saya kepada guru-guru Islam di SMK Methodist). Sila klik link/posting terdahulu; Bah 1 : Kuliah Kepada Guru-Guru Islam Di SMK Methodist Sila klik link/posting terdahulu; Bah 2 : Sahsiah Cemerlang Dunia Dan Akhirat - Bah 2 ( Siri 2 ) Setelah saya membincangkan beberapa faktor untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat; kini saya ingin menggariskan beberapa ciri sahsiah mereka yang akan beroleh kecemerlangan dalam hidup baik kehidupan duniawi maupun ukhrawi; baik di peringkat individu maupun sebuah masyarakat dan negara; Ciri-ciriNYA… CEMERLANG (3) - Sahsiah yang cintakan ilmu pengetahuan , dengan ilmu seseorang itu dapat; - tahu batas iman dan kufur - tahu halal dan haram - tahu hak dan bathil - tahu mana khaliq dan makhluk. Rasulullah adalah seorang yang “ ummi ” diubah oleh Allah SWT menjadi seorang yang berilmu dengan perintah “ Iqra ’ ” melayakkannya menjadi rasu...

Sahsiah Cemerlang Dunia Dan Akhirat - Bah 2

Oleh isma daud (Artikel ini adalah sambungan daripada kuliah saya kepada guru-guru Islam di SMK Methodist). Sila klik link/posting terdahulu; Bah 1 : Kuliah Kepada Guru-Guru Islam Di SMK Methodist ( Siri 1 ) MUKADDIMAH Firman Allah SWT; لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ . ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ - سورة التين Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang Yang rendah". - Surah At-Tiin; ayat 4-5. Setelah saya membincangkan beberapa faktor untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat; kini saya ingin menggariskan beberapa ciri sahsiah mereka yang akan beroleh kecemerlangan dalam hidup baik kehidupan duniawi maupun ukhrawi; baik di peringkat individu maupun sebuah masyarakat dan negara; Ciri-ciriNYA… CEMERLANG (1...