Posts

Showing posts from July, 2008

Dilema guru

Image
Oleh Ruhaiza Rusmin ruhaiza@hmetro.com.my USAHA memperkasakan sektor pendidikan ke peringkat global perlu dilaksanakan menerusi mekanisme sesuai bagi menjamin tahap kualiti sasaran mampu dicapai. Antaranya, meningkatkan mutu pendidikan, taraf kela yakan, prasarana asas, kualiti pendidik serta modul diguna pakai agar setara dengan piawaian ditetapkan. Namun, usaha ini lambat kerana terlalu banyak rungutan, polemik dan sikap guru yang tidak dedikasi atau bekerja semata-mata mahu mengelak menjadi penganggur terhor mat. Natijahnya, kredibiliti sektor pendidikan dipertikai dan dicemari unsur tidak telus menyebabkan segelintir ma syarakat hilang kepercayaan. Lebih memburukkan keadaan, pelajar juga semakin hilang hormat kepada guru manakala guru pula tidak mampu mengambil sebarang tindakan kerana terikat pelbagai per aturan. Senario ini memberi impak buruk kepada pendidik dan institusi pendidikan serta menggugat usaha memartabatkan profesionalisme ini ke peringkat tertinggi. Mengulasnya, kon

Konsep agama: Ambil pengajaran Israk dan Mikraj

Dikirim pada Julai 28, 2008 oleh HermanSamsudeen Oleh Ustaz Zainudin Hashim Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk tidak lama lagi. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan. Iklan Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah s.a.w. Ia juga dianggap salah satu komponen daripada ‘Sirah Nabawiyyah’, yang bermaksud: Sirah Nabawiyyah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal dan contoh tepat dalam menegakkan sebuah negara Islam - Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban / Al-Manhaj al-Haraki Li as-Sirah an-Nabawiyyah, juzuk 1, Maktabah al-Wafa’, Mansoorah, Mesir � 1986. Ulama berselisih pendapat dalam menentukan ketetapan tarikh berlakunya peristiwa pe

Jangan Hampiri Zina

kiriman e-mel; Kami tidak berzina ! Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina. Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe.. Adakah itu menghampiri zina? Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan. Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu. Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis. Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun! Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan p

7 Ajaib Di Dunia

Isteri Kuat Berleter

Leteran isteri... Tak dak kena-mengena dengan yg hidup atau yg dah meninggal atau pun dengan orang yang menulis citer ni... kpd bakal2 suami & suami tak lupa juga kpd isteri2 & bakal2 isteri.. Ada seorg suami yg hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat 1/2 jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter.. Rumah berselerak sikit, berleter. Oleh kerana da tak tahan dgn leteran isterinya, si suami berjumpa dgn Hj. Ahmad, imam di kampungnya selepas Solat Jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal dgn warak & kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit. Bila di ceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni tersenyum & bagitau pd si suami. 'Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq?' 'Betoi haji. Saya minta tolong sgt pd pak haji ni'. 'Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dlm 1 lubang y

Sekadar Renungan...

Image
Oleh : emel sahabat Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak 'Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan'. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:- 1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3

Orang yang dituduh tidak boleh terus bersumpah

Image
Intan Abdullah KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Seorang yang dituduh tidak boleh terus bersumpah kerana ia tidak bertepatan dengan prosedur undang-undang. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainur Rijal Abu Bakar berkata, keadaan membolehkannya dilaksanakan setelah pihak yang mendakwa dan tertuduh memberikan keterangan. "Pihak yang mendakwa perlu mengemukakan tuduhan terlebih dahulu, diikuti keterangan tertuduh, namun sekiranya ketika itu pihak yang dituduh mahu menafikannya beliau boleh mengemukakan sumpah itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily. Hal ini katanya, pihak yang membuat dakwaan tidak boleh terus bersumpah seperti mana dalam kes tuduhan liwat pembantu peribadi Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari Azlan. "Mengikut prosedurnya, beliau perlu mengemukakan keterangan terlebih dahulu," ujarnya. Menyentuh mengenai sumpah pula, Zainur berkata ia mempunyai banyak kategori termasuk su

Liwat dan qazaf dari perspektif Islam

Image
Oleh mag " Tulisan ini dipetik daripada buku "Qazaf: Mangsa Fitnah" (Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001) tulisan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Buku bersifat kontemporari ini diharap dapat merungkaikan persoalan berhubung tuduhan liwat dan qazaf yang dikategorikan sebagai jenayah hudud dalam sistem perundangan Islam. Mensabitkan Kesalahan Zina Dan Liwat Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar (pengakuan) atau melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya. Iqrar (Pengakuan) Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud): "Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina." Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain (yakni seperti tidak melayannya), lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau gila?" D

Pelajar terkejut lihat benang keluar dari lutut

Image
KOTA BHARU 16 Julai : “Mulanya saya berasa geli di bahagian lutut kiri sebelum terkejut melihat sesuatu benda asing menyerupai seutas benang tiba-tiba keluar dari situ,” kata pelajar tingkatan dua, Nurshalwani Mohamed, 14, mengenai kejadian aneh menimpanya malam kelmarin. Pelajar Sekolah Menengah Penambang, dekat sini, mendakwa selepas diukur, benang yang keluar itu kira-kira sepanjang 6.5 sentimeter. Katanya, kejadian itu menghairankannya dan seluruh keluarga kerana tidak pernah mengalami keadaan seperti itu. “Memang saya terkejut dan berasa takut apabila lihat tiba-tiba benang keluar dari lutut selepas berasa geli yang berlainan daripada biasa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Cinta, Badang, di sini, semalam. Sebelum ini, anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, dia pernah menghidap sejenis penyakit gatal badan sejak setahun lalu. Sementara itu, ibu Nurshalwani, Zaharah Mamat, 48, berkata kejadian yang menimpa anaknya itu sangat aneh. “Apabila benang itu kelua

Debat...Anwar Menang 4 - 1

Image
Oleh: Kassim Selamat Bila wisel di bunyikan Anwar terus mengelecek bola hingga pemain lawan tidak berjaya memintas. Anwar menjaringkan gol hattrick di minit 16, minit 25 dan minit ke 45 di separuh masa pertama. Di separuh masa kedua Anwar lebih bersemangat membuat pasukan lawan yang di ketuai oleh Shabery hilang fokus. Di minit ke 50, Shabery merembat kencang tapi bola dapat ditanduk oleh Anwar dengan senyuman. Shabery mula bermain secara agresif dengan cuba menjatuhkan Anwar beberapa kali. Tindakan Shabery cuba menarik baju Anwar telah dilihat oleh pengadil. Sepakan percuma telah diberikan kepada pasukan Anwar. Anwar mengambil sepakan percuma dan tendangan kencangnya terkena tiang gol. Di minit ke 90, Anwar melepasi pertahanan lawan dan berjaya menanduk bola dengan bergaya dan terus masuk ke gawang gol lawan. Shabery hanya sempat memandang ' jaringan emas' yang dilakukan oleh Anwar. Di masa tambahan, Shabery berpura-pura jatuh di dalam kotak penalti. Pengadil yang juga rakan

Pemain Bola Sepak Muslimah Yang Bertudung

Image
Oleh mankip Zainab al-Khatib, muslimah Denmark ini, adalah satu-satunya pemain bolasepak kebangsaan perempuan bertudung ketika ini. Kehadirannya seperti janggal di tengah-tengah suasana pelecehan terhadap Rasulullah Saw oleh sejumlah media masa Denmark. Zainab baru-baru ini terpilih untuk memperkuat pasukan kebangsaan Denmark sebagai kebelasan utama bolasepak perempuan Denmark, setelah Danish Football Association (DBU) membenarkan Zainab memakai tudung semasa bermain bola. Sebenarnya kebenaran itu tidak hanya boleh dilakukan di Denmark, tapi juga untuk seluruh dunia, jika Zainab terpaksa bermain di luar negara Denmark. Zainab mempunyai kemahiran menguasai bola dan mencetak gol-gol yang mengagumkan. Tak hairanlah kalau gadis bertudung itu kini menjadi perhatian utama para peminat bola di Denmark. "Saya sangat gembira saya boleh menjadi teladan di Denmark, " kata Zainab yang memulakan karir bolasepaknya tiga tahun yang lalu. Ia berhasil mencetak gol dan membawa kemenangan gemi

Buat Renungan : Kajian Sains Dalam Zikrullah

Image
Daripada seorang hamba Allah telah menyebut dalam emelnya ; Satu di antara kekuatan yang Allah kurniakan kepada umat Islam ialah zikrullah. Dalam kitab sohih Muslim, Nabi saw pernah memuji golongan yang dikenali sebagai ” Sabaqal mufarradun ” yang bermaksud “Telah mendahului mereka yang tersendiri “. Lantas para sahabat ra bertanya kepada baginda. Siapakah sebenarnya golongan Al mufarradun ini?. Maka Nabi menjawab mereka ialah golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah swt. Itulah golongan istimewa yang mendapat pujian. Menyedari kelebihan zikir, golongan sahabat di zaman Nabi khususnya dan di peringkat awal Islam amat mementingkan zikir terutamanya zikir dengan hati. Kesannya, umat Islam pada zaman itu berjiwa tenang dan sentiasa dikurniakan ilham sehingga mereka mampu menghadapi masalah-masalah yang besar dan kemudiannya dapat menewaskan musuh mereka dan menegakkan empayar Islam.Mereka dapat tahap kecemerlangan yang luar biasa kerana mereka memperolehi kekuatan dar

Woman in India 'has twins at 70'

Mother and babies in hospital A woman said to be 70 years of age has given birth to twins in India's northern Uttar Pradesh state after taking IVF treatment. "Now, we are very grateful to God, who has answered our prayers " Charam Singh, father of twins *********************************************** Omkari Panwar has no birth certificate but if her age is proven it would make her the world's oldest mother. The twins, a boy and girl both weighing 2lbs, were delivered one month early by Caesarian section. The couple were so desperate for a male heir that they spent their life savings and took out a bank loan for IVF. Omkari Panwar already has two daughters and is a grandmother to five children. "We already have two girls but we wanted a boy so that he could have taken care of our property. This

Makbulkah Doa?

Image
Oleh isma daud YA ALLAH..Terimalah doa kami. Beginilah kita hormat majlis doa selamat...cover dengan bantal jelah. Beginilah senario yang berlaku sekarang ini. Ustaz dijemput membaca doa, tidak hadir dikatakan sombong, hadir menggalakkan maksiat mereka ni. Maka bersopan santunlah ustaz lengkap berpakaian melayu menutup aurat, berkopiah, berwudhuk, menghadap kiblat , memulakan doanya dengan memuji Allah dan berselawat kepada Rasulullah. Di susunnya ayat-ayat dan bicara dengan khusyuk , .... semualah ustaz lakukan demi menjaga adab berdoa. Begitulah agaknya tarbiyyah jahiliyyah zaman Islam Hadhari ini. Apa-apa ajelah. Sedangkan Allah SWT pernah menyebut di dalam hadis Qudsi; " Seorang lelaki yang kusut masai rambutnya, berabuk bajunya kerana perjalananan yang jauh; sedangkan pakaiannya haram, makanannya haram, minumannya haram, bagaimanakah Allah SWT akan memperkenankan doanya ?? Berikanlah majlis ini kepada ustaz yang boleh makan upah jelah. Asal ada upah ; doa pasti akan dibaca.

Harga diri naik, harga barangan jatuh

Image
Oleh LanH Seboleh-bolehnya saya tidak mahu menulis mengenai apa didakwa salah laku Anwar Ibrahim. Penulis tidak mahu menggunakan istilah jijik (lxxxt) itu. Pengalaman membabitkan istilah itu mengajar penulis berhati-hati. Selain membabitkan hukum-hakam agama, ia juga menjejaskan suasana keharmonian dalam rumah tangga. Pada 1998 dulu, dua orang anak penulis yang ketika itu berumur 9 dan 7 tahun bertanya; "lxxx itu apa ayah?" Maka terkial-kiallah saya nak menjawabnya, "err, err,errr." Kini saya menulis juga mengenai perkara ini selepas menjumpai risalah mengenainya di pintu masuk masjid subuh tadi (4 Julai). Pada pandangan saya, kandungan risalah itu bernas untuk tatapan dan renungan bersama. Antara lain risalah sebaran (untuk jemaah solat Jumaat) dengan tajuk 'Isu lxxxt Dato' Seri Anwar Ibrahim � Cara Penyelesaian' (saya tidak bersetuju dengan tajuk ini, bukankah lebih elok ditulis 'Isu dakwaan salah laku ke atas...') ditulis; "Kita sedang t