Posts

Showing posts from June, 2012

Masih Di SMK Rosli Dhoby, Sibu

Oleh isma daud Hari ini adalah hari pertama memulakan hari persekolahan bagi penggal ke 2 bagi tahun 2012. Sepatutnya hari ini saya telah memulakan tugas saya di sekolah baru. Sekolah yang mana saya telah dipindahkan. Mengikut surat perpindahan yang telah saya terima, saya sepatutnya melapurkan diri pada 1 Jun yang lalu. Saya memohon perpindahan biasa antara negeri ke Terengganu tapi keputusannya saya dipindahkan ke Johor. Ke Muar Johor. Bukan isu ke Muar atau mana-mana tempat tapi saya mohon ke Terengganu dan mahu balik ke Terengganu. Kalau tidak pindah pun saya senang berada di Sibu. Biarpun pada satu saat, saya bagaikan berputus asa dengan apa yang berlaku kepada saya dengan sikap sebilangan kecil masyarakat Islam di sini. Namun dalam tempoh perkhidmatan saya di sekolah ini, saya sangat berbangga dan gembira di sini. Apapun hari ini saya mendapat kata-kata semangat daripada rakan-rakan sekerja dan saya mengharapkan mereka ikhlas dalam kata bicara mereka. Mungkin dalam situasi