Pemuda PAS Selangor : Replika DSAI Bukan Patung

Oleh isma daud

Semalam saya ada bertanya apa pandangan ulama dan pendirian PAS pasal replika atau gambar besar Anwar ni? Saya rasa ini satu daripada jawapannya walaupun bukan mewakili suara ulama dalam PAS.

Ini kandungan hujahnya;

- Imej atau gambar besar bukan patung
- Mohd Ali Rustam pun nak bersuara, letak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara tidak
sensitif pula.
- Mufti (Perlis) patut datang tengok sendiri
- Penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan
- "Projek ini bukan projek persatuan penduduk"; kata pengelola projek, R Viriya.
- "Kalau dikaitkan dengan isu perkauman, saya pun tidak mahu buat." - R Viriya.

Bagi saya komentar ini amat mengecewakan. Pendirian saya masih macam semalam.

Robohkanlah khurafat baru yang melanda masyarakat Malaysia. Mungkin ya hari ini orang melihatnya sebuah replika, tapi suatu hari siapa dapat jamin bahawa falsafah dan pemikiran terbentuk menjadi ke arah mendewa dan menyembah berhala manusia pula.

Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib menegur pengikut fanatiknya sepaya kreativiti yang tidak secocok agama itu segera dirobohkan. Jika tidak anda hanya jadi pemimpin untuk bukan Melayu sahaja. Orang Islam akan lari daripada anda.

Mungkin anda sayang dengan replika sebegitu? Jalankanlah tugas anda sebagai pemimpin Islam agar memberi nasihat agar tidak membina perhambaan diri sesama manusia suatu hari. Mungkin tidak hari ini tapi tidak boleh dijangka suatu hari; sikap mengagung pemimpin bertukar kepada mendewa dan menyembahnya. Sudah banyak terjadi dalam siri sejarah manusia terdahulu. Itukah kita mahu ianya terjadi?

Mungkin niat orang yang membinanya adalah untuk memuliakan anda sebagai pemimpin tapi tidak salah anda memberi nasihat kepada mereka. Itu lebih ikhlas dan hampir kepada taqwa.


Komenter ini ada kewajarannya;

Tanpa Nama berkata...

Saya ni penyokong kuat PKR, bergiat dlm reformasi sejak 1998 lagi,rapat juga dgn Anwar,juga ada jawatan dlm parti,tapi cara beliau di agongkan macam yg di buat oleh budak-budak mentah dlm PKR ni(tak kiralah bertaraf YB),rasanya berlebihan,tidak perlu dan membazir.

Kalau nak perkuatkan PKR,bukan begini caranya,tapi buatlah kerja parti dgn gigih,tarik ahli baru,dan runtuhkan kubu lawan.Kalau di tempat sendiri(Gombak),PKR dah cukup gagah,tinjau-tinjau lah di tempat lain yg PKR kelihatan lemah,bantulah mereka.Bukan ke PKR berhasrat utk menjadi pemerentah,jadi kalau hanya di Gombak yg kuat,apa maknanya.

Sekarang kerja bodoh ni dah menimbulkan kontroversi,tak ada kerja cari kerja.Tugas utama PKR sekarang nak tari org Melayu yg agak kurang menyokong PKR,tapi kalau gara-gara kebodohan kita mereka tu makin meluat macam mana.kalau org alim macama Dr.Asri dah berbunya,maknanya ada yg tak kena,walau pun boleh di hujah.Tapi utk apa berhujah kerana kelalaian kita?.


Pemuda PAS Selangor ada beri pendapatnya:


MALAYSIAKINI - Pemuda PAS Selangor berpendapat replika gergasi imej Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves tidak termasuk dalam kategori patung yang diharamkan dalam ajaran Islam.


"Dalam Islam, apa-apa pun, kalau berunsur pemujaan tidak boleh. Kedua, (kalau) berhala, tidak dipuja pun tidak boleh."


“Tetapi, (replika) itu hanyalah gambar besar untuk memperingati pemimpin. (Imej) itu bukan patung. Itu hanyalah gambar besar,” kata ketua dewan itu Sallehen Mukhyi.

Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menyatakan replika gergasi itu menunjukkan PKR mendewa-dewakan pemimpinnya, Sallehen berkata: poster gergasi anwar ibrahim batu caves 061008

“Yang beliau (Mohd Ali ) sensitif sangat kenapa? Meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara itu pun menyalahi akidah, (hukum) itu telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dan itu memang jelas berbentuk manusia, (perkara) itu beliau tidak sibuk pula.”

Mohd Ali semalam turut menimbulkan persoalan sama ada pembinaan replika itu diterima oleh PAS sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Sallehen berkata, projek mendirikan gambar itu inisiatif penyokong Anwar sendiri dan oleh itu, sudah tentu kepimpinan tertinggi PAS tidak dimaklumkan.

“Malah saya rasa, Anwar sendiri pun tidak tahu (sebelum timbul kontroversi),” katanya.

Mengulas pandangan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam yang dilaporkan berkata, gambar besar itu “membawa unsur keberhalaan dan perlu dihapuskan dengan segera”, Sallehen berkata:

“Boleh jadi mufti (Perlis) patut datang tengok sendiri (replika itu).”

Sementara itu penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi itu, kata pengelola projek tersebut R Viriya.

“Saya tidak mahu isu ini menjadi besar. Kalau dikaitkan dengan isu perkauman, saya pun tidak mahu buat.

“Saya hanya mahu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada orang Melayu dan (lagi pun) Deepavali pun sudah dekat,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Deepavali akan disambut pada 27 Oktober.

Beliau mengulas kesediaan wakil rakyat PKR Batu Caves, Amiruddin Shari untuk menurunkan replika itu apabila permit kelulusannya yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Selayang tamat tempohnya tidak lama lagi.

Viriya menambah, sebelum replika itu didirikan pada 28 September lalu, beliau pernah merujuk kepada rakan-rakannya yang berketurunan Melayu tetapi mereka menjelaskan “tidak salah” membina imej sedemikian.

Katanya lagi, beliau tidak mendapat sebarang aduan membantah daripada penduduk setempat dan hanya mengetahui kontroversi replika itu melalui media.

“Tiada teguran (daripada penduduk), hanya (pemimpin) Umno (di media) sahaja yang tegur,” katanya.

Tambahnya, yang juga timbalan pengerusi persatuan penduduk Kampung Indian Settlement di Batu Caves, projek ini asalnya usaha sekumpulan penduduk di situ.

“Projek ini kita buat sendiri, ramai yang menyumbang. (Replika) ini bukan projek persatuan penduduk,” kata Viriya.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?