Berjasa Benarkah Shah Rukh Khan Kepada Rakyat Malaysia?

Agak saya yang naif ni; inilah jasa terbesar Shah Rukh Khan kepada rakyat Malaysia sehingga dianugerahkan "Datuk"; Datuk Shah Rukh Khan.
Saya rasa corat-coret ni ada baik kita renung bersama. Klip dan baca ye..
Ini Komen Dato' Shah Rukh Khan - Oleh Pokpet
Kenapa Shah Rukh Khan Bukan Lee Chan Siow? - Oleh Pemuda Umno Malaysia
MalaysiaKini : Datuk Shah Rukh Khan? Malaysia Memang Apa Pun Boleh ... - GoMalaysian
Lagi² Shah Rukh Khan - Kassim Selamat
Ingat Shah Rukh Khan Ingat Melaka - Kassim Selamat
Shah Rukh Khan dapat Datuk
|
PELAKON Bollywood, Shah Rukh Khan (gambar) merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, hari ini. |
MELAKA - 10 Okt. 2008
Utusan Malaysia; Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.
Penganugerahan itu menjadikan Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada 2 November 1965, artis Bollywood pertama ber gelar Datuk.
Beliau yang terkenal menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) mempunyai ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dari Jamia Millia Islamia University.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadun Basiron berkata, DMSM dianugerahkan bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.
Bagaimanapun, Shah Rukh Khan tidak dapat hadir untuk menerima anugerah tersebut, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Comments