Posts

Showing posts from July, 2011

Mahu Bersukan , Tiada Alasan Tidak Menutup Aurat

Image
Oleh isma daud Tekong Regu Sepak Takraw Wanita Indonesia bertutup rapat auratnya. Semoga jadi contoh kepada yang lainnya. Jadi tiada alasan bahawa mahu bersukan mesti buka aurat. Bukan buka aurat menen t ukan skill seseorang dalam bersukan. Malah buka aurat itu adalah jalan ke neraka saja. Kalau kita mahu mengambil contoh, kita contohilah yang baik-baik. Cahaya Permata Fahrani telah buktikannya... KUALA LUMPUR 22 Julai – ” Hijab ” dan pakaian yang menutup aurat tidak menghalang tekong dari skuad wanita Indonesia, Cahaya Permata Fahrani membuat libasan kencang ketika beraksi di Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini. Cahaya Permata, 18, berkata, beliau tidak merasa kekok walaupun memakai ”hijab” dan seluar panjang ketika beraksi di mana-mana kejohanan sekalipun. "Sebagai Muslimah saya rasa bangga beraksi di gelanggang tanpa mendedahkan aurat,” katanya kepada pemberita di

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Rosli Dhoby Kali Ke 35 , 20-21 Julai 2011

Image
Oleh isma daud Sukan Olahraga SMK Rosli Dhoby Sejak semalam saya terlibat dalam menjayakan sukan tahunan sekolah di Stadium Tun Zaidi, Sibu. Tahun ini saya ditugaskan sekali lagi di bahagian Penyelia Peserta bersama dengan Tn Hj Hamzah Bin Beeran selaku ketua. Kami dibantu oleh pembantu pegawai di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 6. Tuan Pengetua Dan YDP PIBG Di sini saya masukkan beberapa keping gambar berkaitan tugasan saya kali ini. Nak cakapnya, dua hari ini berada di Stadium Tun Zaidi. Kami Warga SMK Rosli Dhoby berkumpul  , bertugas dan bersukan di situ. Makluman Penting : Pada Hari Jumaat nanti sekolah macam biasa, cuma pelajar sesi pagi akan balik pada jam 9:00 pagi dan pelajar sesi petang akan sambung pada jam 9:10 pagi sehingga jam 11:30 pagi. Sementara guru ada sesi taklimat di bilik Komputer (ICT).  Bagi yang ada masa kosong boleh mengikuti sesi ini bermula jam 7:00 pagi di tempat yang sama. Sesi taklimat dipecahkan mengikut kekosongan jadual m

Kali Pertama Sampai Ke Oya, Sarawak

Image
Oleh isma daud Lawatan ke Oya bersama rakan-rakan seperjuangan dan keluarga msing-masing yang berkhidmat di Sibu, Sarawak. Tiada apa yang menarik sangat di sini untuk diceritakan, cuma bila sampai di sini, terubat rasa rindu ke kampung halaman sendiri. Kampung ku ada bendang sawah padi, penuh kehijauan bukit bukau dan damai dengan suasana pantai dan laut. Sekurang-kurangnya saya memperolehinya suasana hijau yang masih terpelihara dan damai mendengar  alunan ombak di sini. Untuk kenang-kenangan, saya tampalkan beberapa gambar untuk tatapan bersama. Gambar yang dirakam oleh anak-anak saya , tidak mengira tentang nilai cantik seninya, jadi tangkap gambar pun secara "tangkap muat" atau lebih tepatnya "ikut dang" kata orang Ganu Kite namun cukup untuk menyampaikan rasa hati terhadap alam sekitar dan keindahannya. Sebuah penghargaan kepada keunikan alam milik Allah SWT yang tiada tandingnya.. Sebelum tu, sempat berjamu "bekal" masing-ma

Gambar-Gambar Sekitar Sambutan Israk Dan Mikraj

Image
Oleh isma daud Berita Lewat Dek kerana ada masalah teknikal meng"upload" gambar, berita ni jadi basi sedikit,  jadi siaran berita berkaitan Sambutan Israk Dan Mikraj Peringkat Sekolah tersangkut di bahagian "draff" blog ini. Tak apalah malam ni cuaca baik, line internet pun bagus. Ustaz Mohd Nazri Bin Ismail (SMK Agama Sibu) Ceramah Israk Dan Mikraj disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazri Bin Ismail (Guru Bahasa Arab, SMK Agama Sibu) dengan tajuk ; " Israk Dan Mikraj Satu Rehlah Tarbawiyyah ". Ceramah ini diadakan di Dewan Sri Perkasa, SMK Rosli Dhoby pada Hari Rabu, 6 Julai 2011 jam 10.10 pagi. Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazri telah mengambil masa 2 jam untuk mengupas tajuk yang diberikan kepadanya. Terima kasih ustaz..... Sebagai catatan peristiwa, saya rakamkan beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan daripada ceramah berkenaan. Ustaz Mohd Isa Beri Ucapan Alu-aluan Sebelum Ceramah Bermula Majlis Dimulakan Dengan Bacaan Al-Q

BelajarLah Menabung Sedari Kecil, Kalau Mau Senang Masa Depan

Image
Oleh isma daud Bukan senang mau senang, duit bukan datang kepada kita "gedebuk" sekali gus. Kalau tidak menabung sejak kecil tak dapat nak beli benda mahal-mahal, bayar cash lagi. Mari kita contohi isteri PM kita, berkat menabungnya dapat kumpul duit jutaan ringgit. Kita tidak mampulah nak menabung ribuan ringgit setiap hari, kalau dapat 50 sen atau RM1 pun kira bagus dah tu, sebulan sudah ada rm15 atau RM30. Setahun RM360. Tidak rugi kalau kita belajar menabung sejak kecil. Esok-esok nak beli cincin bertunang atau cincin kahwih senang. Maklumlah harga emas semakin naik sekarang ni. Kalau anak kita umur 5 tahun, 20 tahun akan datang berapa agaknya harga sebentuk cincin? Eloklah menabung daripada sekarang. Nasihat ni kepada mereka yang masih kecil dan ibubapa yang ada anak-anak yang masih kecil. Saya yang dah mencecah 40 tahun ni pun ingat mahu mengusahakan tabungan juga... tabungan khairat untuk hari kemudian, insya Allah.

Hiwar Mencari Ketenganan Hati..... Guru & Murid

Image
Oleh isma daud Tidak sampai Hati Untuk Mengecewakan...  Dalam Penat Tetap Layan Tidak semestinya berada dalam hutan saja bermasalah, hidup di tanah lapang pun ada masalah. Ingatlah hanya dengan berzikrullah akan Menenangkan Hati assalamualaikum uztd...saya nak tnya...apakah ubat paling mujarab ketika kita berada d dalam kesedihan...??n cara2 nak tenangkan hati... Hiwar Mencari Ketenganan Hati..... isma daud  : banyak soalan dekat kotak pesanan.... takda mood nak jawab.. maafkan ustaz buat ketika ini. Balas :  ye uztd xpa...n harap uztd dpt jwb d lain hari..coz dfikiran rasa mmrlukan... isma daud  : sesuatu jawapan kepada satu-satu soalan bukan hanya sekadar jawapan, ia memerlukan skill kerana orang yang bertanya memerlukan satu cadangan penyelesaian... kalaupun tidak menyelesaikan, membantu seseorang meringankan beban fikiran dan perasaannya. Balas :  ye uztd...mmg xmudah nak wat suma 2...pa2 pun...syukran jazilan ya uztd... isma daud  : malam ni pun banyak soal

Larian 1 Murid 1 Sukan SMK Rosli Dhoby

Image
Oleh isma daud Gambar-gambar adalah ehsan SMK Rosli Dhoby; FB. Pada 2 Julai 2011 serentak seluruh negara larian 1 Murid 1 Sukan dilangsungkan. Turut sama warga SMK Rosli Dhoby. Semoga Sentiasa Amalkan Cara Hidup Sihat Sepanjang Masa.