Posts

Showing posts from June, 2009

Terima Kasih Buat Yang Terus Menyokong...

Oleh isma daud Sebenarnya jauh di hati saya tidak mahu membicarakan persoalan kuliah dan khutbah di masjid atau surau di bawah seliaan JAIS dan sebagainya. Tetapi sehingga hari ini nampaknya masyarakat masih mengejar bayang saya agar muncul menyampaikan kuliah dan khutbah di masjid maupun surau. Masih ramai yang tertanya-tanya ke mana hilangnya sang ustaz dari arena yang sinonim dengannya sejak sedekat dulu. "Yalah ustaz; kami sebenarnya sedar semacam kami baru terasa kehilangan. Yang kami tahu ustaz sudah tidak menyampaikan kuliah lagi di tempat kami; tempat kebiasaan ustaz menyampaikan kuliah maghrib dan subuh, kini terasa sepi, rasa kehilangan ustaz..". "Ada beberapa ahli jamaah yang meminta supaya pengerusi Masjid berjumpa dengan ustaz agar ustaz kembali semula macam dulu-dulu, nampaknya tak terlaksana lagi", sambungnya. Begitulah luahan rasa yang diungkapkan oleh seorang ahli jamaah Masjid Darul Halim yang berketemuan dengan saya di Sing Kwong Supermarket sebel

Michael Jackson dies in LA hospital

Image
By NEKESA MUMBI MOODY and DERRIK J. LANG, Associated Press Writers. LOS ANGELES – Michael Jackson, the sensationally gifted "King of Pop" who emerged from childhood superstardom to become the entertainment world's most influential singer and dancer before his life and career deteriorated in a freakish series of scandals, died Thursday, a person with knowledge of the situation told The Associated Press. He was 50. The person said Jackson died in a Los Angeles hospital. The person was not authorized to speak publicly and requested anonymity. The circumstances of his death were not immediately clear. Jackson was not breathing when Los Angeles Fire Department paramedics responded to a call at his Los Angeles home about 12:30 p.m., Capt. Steve Ruda told the Los Angeles Times. The paramedics performed CPR and took him to UCLA Medical Center, Ruda told the newspaper. Jackson's death brought a tragic end to a long, bizarre, sometimes farcical decline from his peak in the 1980

Bertamu Di Miri...

Oleh isma daud Alhamdulillah hari ini; kaki ini diberi kesempatan untuk berpijak ke bumi Miri. Saya berada di bumi Miri ni untuk beberapa hari untuk penyelarasan pemarkahan PBS Pendidikan Islam bertempat di Mega Hotel Miri bermula dari 24 -26 Jun. Sesampai di Miri saya berkesempatan bertamu di Sufian Agency sementara check in ke hotel jam 1 petang.. Ustaz Sufian adalah kenalan di Sarawak ni beberapa tahun dulu, berasal dari Pahang tetapi memilih Sarawak sebagai medan dakwah dan kehidupan. Beliau juga terkenal sebagai seorang yang gigih memajukan diri dalam bidang fardhu kifayah yakni meramaikan para usahawan Islam. Sekarang Ustaz Sufian sangat komited dengan takaful/insuran khususnya MAA Takaful. Rupanya MAA Takaful milik orang Islam juga. Sehingga saya menulis ni sempat mendengar sedikit sebanyak penerangan beliau tentang kebaikan takaful , pelbagai planlah.... Sesiapa yang berminat nak ambil takaful bolehlah menghubungi beliau; NORSUFIAN BIN ASMUNI (Perunding Takaful Am & Kelua

Surau Darul Nadwah Sibu Terus Memikat

Image
Oleh isma daud Sejak balik daripada gotong royong menambah baik surau Darul Nadwah; badan ni rasa kurang sihat sedikit. Sebelah paginya panas terik tetiba petangnya cuaca berubah, hujan turun. Balik rumah rasa terkena selsema pula. Harap2 selsema biasa le. Masa sekarang ni sensitif sikit bila sebut selsema sejak merebaknya selsema babi @ influanza H1N1. Semoga wabak ni cepat berlalu dan suasana kembali seperti biasa sahaja. Bila kena selsema begini mengingatkan kita kepada Allah SWT yang mencipta segala penyakit supaya kita terus berusaha mencari jalan mengubat dan kita terus ingat kepadaNya. Kekadang manusia bila sakit baru ingat Allah SWT. Masa senang ramai yang lupa untuk bersyukur kepadaNya. Di dalam satu mafhum hadis Rasulullah saw ada mengingatkan kita betapa peliknya perihal orang yang beriman, apabila dikurniakan kebaikan dia bersyukur dan itu baik baginya. Dan apabila ditimpa musibah dia bersabar dan itu baik baginya. Begitulah kehidupan orang beriman; tiada sesuatu yang sia

Aduhai Hati.... Beratnya Tanggunganmu

Oleh isma daud Sudah berapa hari saya tidak mampu menulis diblog ini. Hanya sekadar postingkan sisipan berita dari akhbar saja. Itu sekadar renungan buat diri ini sahaja. Malam ini saya tak dapat memejamkam mata pula... susah benar mata ini untuk dilelapkan... dah pagi ni... semacam ada beban perasaan yang ditanggung. Apakah kerana saya telah lari daripada kebiasaan yang biasa saya lakukan? Anak lelaki bungsu saya pula masih gagah matanya, masih bermain dan masih berjaga. tapi takpalah dia sudah tidur lama tadi. Cuaca pula terasa bahang panasnya, terasa sakit pada kerongkong saya. semacam kekeringan. Memang cuaca akhir-akahir ini agak panas. Kesan al-Nino agaknya. Al-Nino tu panasnya di luar tapi hati ini mendidihnya didalam. Semoga Allah SWT membantu saya supaya saya dapat memaafkan sesiapa sahaja yang menyebabkan hati saya merintih. Sesungguhnya hati yang luka itu sangat sukar untuk dirawat supaya ia sembuh dan pulih sediakala kerana kata orang luka diluar dapat dilihat tapi luka di

Guru Yang Memalukan Dan Seks Luar Tabi'i

Malaysiakini Polis siasat guru paksa murid lakukan seks oral Bintulu - Jun 16, 09 : Polis hari ini mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan empat murid di sebuah sekolah rendah di Bintulu yang dipaksa melakukan oral seks selain diambil gambar lucah oleh seorang guru lelaki berusia 24 tahun di sekolah terbabit. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Hamza Taib berkata, polis sudah merekodkan kenyataan daripada guru terbabit dan murid terbabit sudah dibawa menjalani pemeriksaan perubatan. Polis masih menyiasat kes itu dan belum ada sebarang tangkap dibuat setakat ini, katanya, lapor Bernama "Guru terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa...kita hanya akan melaksanakan tangkapan selepas mendapat arahan daripada timbalan pendakwaraya," katanya. Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris setempat hari ini menyebut kejadian itu didakwa berlaku antara 14 Mei dan 15 Mei lalu, membabitkan murid Tahun Dua dan Tahun Empat. Guru Besar dan warden sekolah terbabit difa

Al-Fatihah ; Perginya seorang tokoh gerakan Islam

Image
Sumber asal : (dengan edit) dperantauan.com Perginya seorang tokoh gerakan Islam. Tokoh yang punya saham besar dalam mendidik ahli gerakan Islam sedunia, termasuk di Malaysia. Kitab karangannya, Apa Erti Saya Menganut Islam (popular dengan ungkapa kitab Maza ya'ni) masih terus menerus menjadi salah satu teks usrah d pelbagai peringkat - menara gading mahupun d peringkat umum dan khusus. Al Ustaz Fathi Yakan berkelulusan Phd dalam bidang bahasa Arab dan Pengajian Islam merupakan Setiausaha Agung Al Jama'a Al Islamiya Lubnan. Almarhum meninggalkan kita semua diusia 76 tahun. Moga rohnya di tempatkan bersama para solihin, mukhliseen dan anbiya'. Al fatihah!

Bala Ustat Kadir

Image
Diciplak di blog : LifeofAku Wak Yatin. Siapa tak kenal dengannya. Tokei kedai runcit yang bermulut durja. Sebut saja Wak Yatin, semua penduduk Kampung Ketapang tahu dia bermusuh sangat-sangat dengan Ustat Kadir. Ustat Kadir bukanlah berasal dari kampung Ketapang. Dia berasal dari Sabak Bernam dan bertugas sebagai guru sekolah KAFA di kampung tersebut. Ustat Kadir seorang yang hebat, bukan saja pandai mengajar, tapi dia juga pandai mengubat orang yang terkena rasuk hantu, dan macam-macam penyakit. Namun, dia masih belum dipertemukan jodoh. Keilmuannya merentasi kerjayanya sebagai guru KAFA. Ustat Kadir pernah ‘mondok’ di Kelantan, pernah juga bertalaqqi di masjid-masjid bersama ‘Masyaikh’ di Mesir dan juga India. Alkisahnya dia dimusuhi sangat-sangat oleh Wak Yatin ialah kerana mulut Ustat Kadir yang penuh tulus itu, memberi nasihat kepada Wak Yatin agar tidak mengurangkan timbangan ketika berjual beli. Teguran Ustat Kadir sememangnya berasas. Ramai penduduk kampung dah terkena denga

Apa Tajuk Khutbah Jumaat Supaya Khatib Tidak Kena "Gam"?

Image
isma daud : Khutbah saya mengenai " ...'Ubudiyyah Kepada Allah Memadamkan Api Sekularisme " terus menjadikan saya sebagai seorang khatib yang di" gam " daripada menyampaikan Khutbah di Masjid An-Nuur, Sibu pada 10 April 2009 lalu. Berikut satu posting di FB sahabat saya mengenai cadangan tajuk khutbah jumaat, sama-sama fikirkan..... Zawawi Ismail : Khutbah Jumaat... ade sesiapa yang nak mencadangkan tajuknya... (12 JUN 2009) Komen oleh Kamarul Ariffin Noordin pada 12.15 pagi 12hb Jun makanlah buah-buahan tempatan ...kut la tajuk lain kena gam lak nanti.. Komen oleh Osmanullrazi Bin Abdullah pada 12.19 pagi 12hb Jun masjid mana ustaz? Komen oleh Azman Zakaria pada 12.21 pagi 12hb Jun "Satu Ummah.. iman didahulukan ketakwaan diutamakan" Komen oleh Khir Ariffin pada 12.37 pagi 12hb Jun Berdakwah era generasi Y. Komen oleh Zikri Fuad pada 12.39 pagi 12hb Jun proposal saya " Islam tidak tersebar sendiri" Kom

Kemurahan Seorang Yang Berilmu Bagaikan Angin Segar Yang Berhembus

Oleh isma daud Sejak saya mengambil keputusan menarik diri untuk bergerak secara aktif dari dunia ceramah dan kuliah; saya dapat rasakan diri saya bagaikan angin yang sedang berhenti daripada berhembus. Kenyamanan udara bagaikan sedang dicemari oleh bermacam kekotoran yang menyesakkan nafas. Berkumpul segala pencemaran kerana angin yang menggerakkannya sudah terhenti. Dapat saya bayangkan jika angin itu terus berhenti; betapa banyak lagi kekotoran itu akan berkumpul dan berhimpun dan berapa banyak pula wabak dan penyakit bersatu di situ untuk merosakkan persekitarannya. Menyampaikan ilmu kepada manusia bagaikan memberi angin yang hidup dan bertiup nyaman. Setiap hari udara baru akan masuk dan udara yang menyesakkan akan pergi ditiup angin. Apa yang dapat dihirup oleh sesiapa sahaja di situ ialah udara baru; udara yang segar. Udara yang menghidupkan ruh serta menyihatkan badan serta mencerdaskan otak dan minda. Berkongsi ilmu adalah sebuah kemurahan yang paling agung. Lebih agung daripa

Saiz Bukan Ukuran, Usia Bukan Sempadan

Oleh isma daud Perkara 1; Jangan salah sangkaan dan tekaan pada entry kali ini. Saya serba salah juga nak tulis pasal keluhan hati seorang hamba Allah yang mengadu pasal "anu"nya yang kecil tapi saya berpendapat semua itu adalah kesalah-fahaman semata-mata. Setengah orang yang biasa menonton filem atau video lucah akan terperangkap dengan persoalan saiz ini. Ini kerana yang dipertontonkan mesti yang "baik" punya. Akhirnya timbullah persoalan perbandingan kecil atau besar itu. Sebenarnya saiz bukan ukuran. Yang penting bertenaga dan bersemangat ketika bertempur. Kalau besar pun tak bermaya, panjang pun tak berguna kalau lemah dalam gelanggang dan arena. Jadi janganlah anda terpedaya dengan apa yang anda lihat itu. Hamba Allah ini merungut isterinya dah pandai komplen. Saya berpendapat ramai suami-isteri tidak mendalami ilmu untuk mengharungi kehidupan berumah-tangga. Ramai yang malu untuk bertanya dan belajar daripada orang yang bestari dan bijaksana. Bergantung deng

Maafkan Saya Tuan Imam; Saya Hanya Bertegas dengan Pendirian Saya

Oleh isma daud Malam tadi saya menerima panggilan telifon daripada seorang yang saya hormati kerana kesungguhannya mencari ilmu dan mengajak orang lain untuk sama berilmu. Tujuannya menelifon saya adalah untuk mengajak kembali menyampaikan kuliah di surau kendaliannya. Beliau telah merujuk kepada JAIS supaya mendapat penjelasan mengenai pekeliling itu. Beliau menjelaskan seorang pegawai JAIS menjelaskan bahawa "Ustaz Rosli Dhoby" hanya tidak dibenarkan menyampaikan khutbah di Masjid An-Nuur sahaja tetapi dibenarkan menyampaikan kuliah di tempat yang lain. Dengan itu Tuan Imam tadi merasa begitu gembira kerana beliau berpendapat bahawa pihak surau akan dapat menjemput "Ustaz Rosli Dhoby" kembali ke surau mereka sepertimana kebiasaan dulu-dulu. Maka Tuan Imam dengan berbesar hati menjemput saya supaya kembali menyampaikan kuliah di surau tempat beliau bertugas. Tetapi apa yang saya pegang berbeza. Saya sudah membuat keputusan bahawa selagi JAIS tidak menarik balik sur

Kisah Teladan : Salih Yaacob Kongsi Cerita Hidup Bermadu

Image
Sumber asal ; myMetro Tajuk asal : Beristeri 3 kerana Allah - Salih Yaacob Oleh Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my BERBICARA saja soal perkahwinan, pastinya cerita membabitkan artis menjadi perhatian. Ditambah lagi, dengan kemelut 'peribadi' yang melanda. Isu ditangkap khalwat, bersantai di tepi pantai dan keluar makan bersama adalah perkara biasa. Namun, 'biasa' juga jawapan yang didengar ialah 'no komen'. Bagaimanapun, lain pula ceritanya dengan pelakon dan pelawak, Salih Yaacob. Tanpa berselindung, satu negara tahu dia (Salih) mempunyai keluarga besar kerana memiliki tiga isteri. Kerana Allah Hanya bersandarkan satu niat 'kerana Allah', rumah tangga dibina Salih bersama tiga isterinya kekal aman dan bahagia hingga kini. Malah, isteri pertamanya Noriza Mamat, 46, dan Noraha Hamad, 41 (kedua) hidup berjiran walaupun bermadu. Ketika menghadiri Seminar Kefahaman Poligami di Auditorium Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Selangor, Khamis lalu, Salih dal

Perkembangan Terkini Saudara Mohd Fauzi Mahmud; Kian Pulih...

Di sini saya siarkan berita perkembangan sahabat saya yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kedah baru-baru ini. Berikut berita yang di sampaikan oleh adik beliau di ruang komentar blog saya. Saya "post"kan kembali buat pengetahuan sahabat-sahabat saya dan teman-teman yang mengenali saudara Mohd Fauzi ini... Saya sentiasa berdoa agar beliau sentiasa beroleh rahmat Allah SWT dan cepat sembuh, insya Allah. - isma daud. Berikut berita yang disampaikan oleh adik beliau; "Assalamualaikum.. Saya adik en. Fauzi.. Saya terbaca blog yg saudara post kan.. Terima kasih di atas doa2 yg saudara hulurkan buat abg saya.. Sekarang beliau dah ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) , Kuala Terengganu.. keadaan beliau skrg beransur pulih.. Alhamdulillah.. cakap tak boleh lagi.. Keadaan dia pun kadang2 sedar sepenuhnya, kdang2 separuh sedar..semalam doc dah suh dia cuba2 makan bubur..alhmdulillah, dia makan jugak wlaupun tak byk.. Alhmdulillah keadaan amat stabil

Segar...

" Berada di Bintulu selama tiga hari dua malam memberi kesegaran kepada jiwa saya. Saya mengambil kesempatan mandi di tepian pantai Bintulu. Satu aktiviti yang menyenangkan. Sudah lama saya tidak berenang, menyelam dan "Hanyut Abu". Semua aktiviti itu sesuatu yang saya suka lakukan semasa berada di kampung dulu-dulu. Saya menghabiskan "masa emas" ini dengan aktiviti rakreasi, berziarah dan santai di pantai; berkelah bersama keluarga untuk merehatkan fikiran serta merapatkan rasa kasih sayang sesama ahli keluarga dan alam sekitar. " -isma daud

Kembali...

Oleh isma daud Beberapa ahli jamaah surau dan masjid mahu saya kembali. Kembali macam dulu-dulu. Sudah banyak kerugian kerana aktiviti surau rasa hambar tanpa kuliah. Itulah ruginya jika hanya beberapa orang saja kerja berdakwah sedang yang lain menjadi penonton saja. Kebodohan JAIS juga yang tidak menyelami keperluan masyarakat dan tunduk kepada mereka yang tidak berminat berkembangnya agama Islam dan syiarnya di bumi Sibu menambahkan lagi kehinaan umat Islam Sibu. Jadilah Seorang Profesional Ustaz, jadilah seorang yang profesional. Ya, saya perlu profesional biar pun orang bertindak kepada saya tanpa sikap profesional. Saya akur saya tidak perlu bodoh macam mereka... Bila saya berhenti; suara dakwah macam mati langkahnya, bagai tiada kedengaran lagi suara mengajak kepada kebenaran.. Bunyi macam angkuh dan angkat diri sendiri tapi itulah realiti.... pergilah ke mesjid, surau tempat anda, buatlah pemerhatian anda sendiri. Senario Yang Ada Di sibu Kalau anda pergi Solat Jumaat di Masjid

Memalukan...!!! Bumbung Stadium Runtuh.

Image
Beginilah keadaan bumbung di bahagian timur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh pagi semalam. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah. Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter. Ia menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP). Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu termasuk pengarahnya, Ahmad Sabri Hussin berada di tempat kejadian bagi mengumpul maklumat serta keterangan berhubung kejadian itu. Sumber - Utusan Malaysia Online Komen isma daud (anak Terengganu) : 1. Stadium runtuh tanda atau signal BN akan runtuh di Terengganu.... sebab apa? Rasuah! 2. SPRM siasatlah dengan telus dan jangan le

Apa Orang Lain Kata....

Masdarwahid 1. Gempar!!! Ustaz Rosli Dhoby di Gam? Dalam Keghairahan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud berbangga dengan kejayaan Penyanyi Pentas Sia (AF7 Hafiz,) dan kesungguhan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Abang Johari nekad mencontohi Hawaii sebagai contoh Pelancongan Sarawak, Rakyat Sarawak beberapa hari sebelum itu dinafikan hak untuk mendapatkan ilmu seterusnya membantutkan pengembangan Islam di Bumi Kenyalang apabila pendakwah bernama Ustaz Rosli dhoby digam dari menyampaikan kuliah beliau berkuat kuasa serta merta. Saya tidak pasti URD parti mana, tetapi yang pasti, tindakan JAIS dan MAIS mengekang pengembangan Islam di bumi Sarawak bermakna MEMBANTU pengembangan agama bukan Islam seterususnya MEMBANTUTKAN dakwah dinegeri itu. Masih segar diminda saya apabila Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man serta Ulama terkenal Haron Din diharamkan. akibatnya, tidak lama selepas itu, jenayah di Malaysia semakin meningkat khususnya di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Bud

Apakah Subjek Yang DiMuliakan Dan Subjek Yang DiMangsakan....

Oleh isma daud [Edit] Ini Kenyataan Menteri Pelajaran di Muar, Johor; 31 Mei 2009. Kenyataan penuh sila klik; 4 subjek teras SPM? ‘‘Kalau hendak diikutkan yang sedia ada sekarang ini, ada enam subjek teras, jadi mungkin kita akan kurangkan kepada empat sahaja subjek teras. ‘‘Kalau empat subjek teras bermakna ada enam lagi subjek (untuk elektif), jadi dia boleh memilih subjek bahasa Tamil, Mandarin atau agama, masih ada ruang untuk dia buat,” ‘‘Saya tak bimbang tentang perkara itu tapi penjelasan muktamad akan dibuat dalam terdekat ini untuk beritahu kedudukan yang terakhir sekali,’’ – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Berikut Kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; " Ketika ini, calon SPM wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral." Apabila jumlah mata pelajaran teras dikurangkan kepada tiga atau empat, setiap calon akan dikehendaki mengambil minimum ena