Posts

Showing posts with the label Politik

Perubahan Golongan Artis Lebih Positif Daripada Ahli Politik???

Oleh isma daud Sekadar bermuhasabah diri. Daripada pemerhatian saya, ramai para artis yang membuat perubahan positif . Dulu artis sekarang pun mereka itu artis tapi penampilan mereka yang berubah. Kelainan mereka bukan pada bakat tetapi jiwa mereka berubah; pendekatan mereka berubah dan penampilan mereka juga berubah. Ada di antara mereka yang membuat perubahan positif. Dan saya mengharapkan mereka bina perubahan ini atas keikhlasan yang tinggi dan menjadi aset kepada dunia dakwah dalam bentuk yang berbeza. Menjadikan bidang seni dan kualiti diri untuk menegakkan agama Allah SWT. Hidayah Allah SWT kepada sesiapa saja yang Dia KehendakiNya. Beberapa artis yang pernah mengecapi zaman popular dan kegemilangan mereka sedikit masa dahulu kini lebih tenang dengan pelbagai aktiviti dakwah baik bergerak secara individu, mengikut jamaah tertentu dan ada yang bergiat dalam jamaah islamiah. Bukan hanya artis lelaki , malah artis wanita yang dulunya tidak mengenal batas aurat dan perg...

Rakyat Sarawak Mengundi DUN Ke 10 Hari Ini

Image
Oleh isma daud Sejumlah 961,433 pemilih Sarawak layak memilih wakil rakyat bagi 71 Dewan Undangan Negeri apabila pusat mengundi dibuka seawal jam 8:00 pagi ini. Penduduk Sarawak sejumlah 2,261,800 orang. Pilihan raya kali cukup mencabar bagi BN dan PR kerana pilihan raya ini menjadi kayu ukur kepada PRU 13 nanti. Apakah kemenangan BN dalam banyak PRK menjadi relevan atau tidak mendatangkan kesan langsung kepada rakyat Sarawak? Apakah rakyat Sarawak mahu terus dipimpin oleh Taib Mahmud atau beralih kepada pemerintahan baru di bawah PR? Ramai meramalkan bahawa BN akan terus memerintah dengan majoriti tipis. Bahkan dengan kebangkitan rakyat Sarawak yang dapat saya lihat dalam ceramah-ceramah umum  PR selama 10 hari lalu , kelihatan senario baru dalam jiwa rakyat Sarawak. Mereka berani dan yakin diri dalam menentukan sikap siapa yang mereka suka dan pilih. Ceramah umum PR begitu ramai yang hadir. Dengan jiwa besar itu ada yang berani meramalkan akan ada perubahan besar kepada s...

Media Arus Perdana Dan Laman Pro UMNO/BN Jalankan Kerja Fitnah

Image
Oleh isma daud "Lembu Punya Susu , Sapi Punya Nama ; Orang Lain Buat Kerja Orang lain Dapat Nama." Datuk Shaikh Harun   Isu Asal ; 11 Mac 2011, Md Din Jusoh ditangkap berkhalwat dengan Dede Kurniasih (seorang warganegara Indonesia).(Mohd Din) itu tinggal di Kampung Tok Dir, Bukit Payung. Beliau telah mengaku bersalah dan membayar hukuman denda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang pada 14 Mac 2011. Itu cerita asal. Mana gambarnya??? Orang kampung yang tiada kepentingan berita, mana ada gambar.... siapa mahu ambil gambarnya. Dalam banyak berita disiarkan gambar lelaki ini; bersongkok, berkot dan bertali leher .... Darjat Mohd Din sudah naik.... Sebenarnya ada pihak salah faham terhadap lelaki yang menghias artikiel mengenai khalwat ini. Lelaki yang bersongkok dan berkot ini ialah Persuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail. Isu Yang Dibina : Cubaan Jatuh dan Malukan ADUN Bukit Payong , YB Ustaz Mohd Nor Bin Hamzah (PA...

Ditanya orang akan Rupa Ulama A-Suu'? Boleh jadi inilah Contohnya....

Oleh isma daud catatan: menurutnya dia kasyaf dapat melihat tangan nik Aziz dalam rupa tangan syaitan... Komentar Ustaz Rosli Dhoby; kalau Ditanya orang akan Rupa Ulama A-Suu'? Saya jawab; Boleh jadi inilah Contohnya....

Petanda-petanda Pilihanraya Sarawak Kian Hampir

Image
Oleh isma daud Saya mengambil beberapa gambar yang di"tag"kan ke facebook saya oleh Saudara Bob (Ibnu Haris) tentang gambar-gambar yang menunjukkan banner dan sepanduk berupa pintu gerbang di beberapa batang jalan, di perkarangan masjid dan surau di Sibu seolah-olah musim pilihanraya sudah tiba. Tindakan ini seolah-olah memberi gambaran awal bahawa Piliharaya Negeri Sarawak sudah terlalu hampir. Gambar Ehsan Saudara Bob Dalam pada itu beberapa kain berbentuk sepanduk dan banner yang dipasang oleh pihak Pakatan Rakyat untuk mengalu-alukan Ramadhan telah diturunkan. Ini kerana tidak mendapat permit dan luar daripada masa pilihanraya sebagai alasannya. Gambar Ehsan Saudara Bob Gambar Ehsan Saudara Bob Ini lebih meyakinkan banyak pihak bahawa BN benar-benar bimbang dalam menghadapi pilihanraya kali ini. Tindakan orang lain tidak boleh dan hanya BN saja boleh buat apa saja termasuk memasang sepanduk dan banner ini sebagai tindakkan terdesak dan perasaan cemas yang...

Guru Gred DG41 hingga DG48 Dibenarkan Libat Diri Dalam Politik

Image
Bermula 1 Ogos ini , pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. "Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tindakan sedang diambil untuk mewartakawan pindaan peraturan tersebut, tambahnya. Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapa...

Zaman Telah Berubah, Minda DiTakat Lama

Image
Oleh isma daud Seronok saya tonton siaran berita arus perdana semalam bila diumumkan 112,635 peneroka akan dapat duit raya daripada Felda dengan janji PM sendiri. Belum puasa lagi satu bulan, sudah dapat berita duit raya. Syukurlah, nanti dapat berpuasa dengan bersemangat seperti zaman kita kanak-kanak dulu, ibubapa dah sebut-sebut sebulan sebelum puasa, siapa puasa cukup nanti dapat duit raya lebih. Seronoklah peneroka kita semua. Ini petanda Felda tidak "Bangkrap". Janji ini datang awal kerana akhbar PKR mengeluarkan tajuk berita "Felda Bangkrap" yang menjadi berita sensasi sehingga saat ini. Jadi berita ini mendatangkan untung kepada peneroka kerana sudah tahu awal daripada biasa tahun ini masih dapat duit raya kerana "Felda Belum Bngkrap". Yang menanggung bebannya SK yang akan berhadapan saman 200 juta daripada Felda nanti. Saya sisipkan gambar yang menunjukkan tajuk utama akhbar tersebut kerana mungkin ia menjadi bahan sejarah dan arkib kepada...

Keputusan terakhir pengundi penentu kemenangan

Oleh isma daud Hari mengundi pilihan raya di P036 Kuala Terengganu kian hampir. Ramai penganalis politik berpendapat bahawa parti utama yang bertanding mempunyai peluang yang seimbang. Parti-parti yang bertanding sudah pasti sedang merencanakan apakah strategi terakhir untuk menarik pengundi yang akan mengundi mereka. Bagi yang sedari awal lagi telah membuat keputusan sudah tentu sedang mencongakkan siapa calon yang hendak dipangkah, parti mana yang akan diundi nanti. Tunggu masa dan hari saja untuk dilaksanakan hajat dihati. Tiada apa yang yang digusarkan. Segalanya sudah muktamad. Bagi setengah orang ada yang belum pasti; mungkin di saat-saat akhir hati mula berubah, jiwa beralih arah. Parti bertukar dan calon berganti. Semuanya boleh terjadi. Kepada sesetengah orang yang belum membuat keputusan; sudah tentu sedang releks tidak mahu sakit-sakitkan kepala. Hari mengundi nanti baru fikir; siapa yang hendak diundi. Kalau susah sangat ada nanti yang buat keputusan tidak payah keluar men...