Recep Tayyip Erdogan Patut Dipuji
ulasan isma daud;
PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan patut dipuji sebagai seorang yang berani bercakap yang benar, menyanggah yang salah dihadapan pemimpin yang zalim. Benar katanya Israel adalah pembunuh tetapi menafikan mereka sebagai orang yang sebenarnya mengganas di Gaza. Recep Tayyip Erdogan berkata: "Kamu Bunuh Mereka" merujuk kepada Gaza, Palestin.
Kita perlukan pemimpin Islam yang berani, berani mengucapkan kepada orang yang zalim itu sebagai penzalim. Sesungguhnya tindakan beliau mewakili suara umat Islam yang lain di hadapan pemimpin yang zalim.
Kepada pemimpin Arab dan Islam yang lain; Recep Tayyip Erdogan patut dicontohi.
Beliau meninggalkan majlis sebagai protes. Bila tidak dibenarkan berucap apa maknanya beliau terus berada di situ.
Saya sebagai insan yang kerdil teruja melihat keberaniannya.
Benarlah Sabda Rasulullah SAW: "Akan ada di kalangan umatku orang yang tetap berani atas kebenaran dan tidak menakutkannya oleh orang yang menghalangnya sehingga datangnya pertolongan Allah SWT". Para sahabat bertanya: Mengenai apa ya Rasulullah ? Baginda menjawab; "Baitul Maqdis dan sekitarnya".
Sumber Berita : BHarian.
Baca Lagi Topik Berkaitan :Kosmo.
Davos : PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: “Kamu bunuh mereka.”
Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: “Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza.”
Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: “Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah.”
“Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus.”
Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan.

"Saya sangat dukacita kerana ramai bertepuk tangan dengan apa yang anda katakan kerana hakikatnya ramai penduduk (Gaza) mati," jerit Erdogan kepada Peres sebelum dihalang oleh moderator.

Comments