Kisah Yaumul Asyuraa' : Bila Ada Hati Yang Tidak Suka...
Oleh isma daud
Bila orang tidak suka berkata ; "Baliklah..!". Itulah perkataan yang mengringi ucapan saya. Tidaklah saya terkesan dengan perkataan itu. Macam saya kata saya hanya pendakwah di Bumi asing, di tanah orang. Kehadiran saya bukan mencari upah di bumi ini bahkan tanggungjawab saya semata-mata menyampaikan ajaran dan dakwah pada jalan Allah SWT. Saya bukan pesiang kepada pendakwah lain yang lebih baik dan anak watan dari tanah ini pula. Saya hanya memenuhi undangan kepada sebuah jemputan. Mungkin ada yang tidak kena, yang perlu kita sama-sama bermuhaabah diri. Perkataan itu hanya sedikit jika dibandingkan jalan yang telah di tempuh oleh para rasul dan salafussoleh dalam menjalankan tugas mereka.
Sebenarnya....
Kehadiran saya adalah memenuhi sebuah undangan secara terhormat. Mereka mahu saya hadir ke majlis mereka sejak saya berada di Terengganu lagi. Mesej ini saya rakamkan bertarikh 30 Disember 2008...
Saya hadir ke sebuah masjid atas jemputan Pengerusi dan AJK masjid untuk menyampaikan sebuah ceramah sempena "yaumul asyuraa'". Alhamdullilah kedatangan saya disambut mesra oleh mereka yang hadir. Bilangan pun ramai. Jamaah muslimah dan kanak-kanak pun ramai memenuhi lapangan ruang solat masjid. Mereka tidak membenci saya bahkan mendengar ucapan saya dengan tekun dan minat. Mereka menyambut saya dengan baik dan hormat.
Sikap sebilangan yang tidak senang dengan saya tu mungkin didorong oleh perasaan mereka sendiri. Mungkin mereka ada masalah tersendiri. Bukan bermasalah dengan saya tetapi dengan diri mereka sendiri. Mereka ada agenda tersendiri dan mahu orang mereka untuk menyampaikan ceremah pada malam itu. Jadi saya memaafkan mereka bairpun saya nampak ada yang bercakap-cakap tanpa menyertai ceramah yang tengah saya sampaikan... Saya tidak boleh tunduk kepada kehendak mereka kerana masih ramai yang suka dan sudi menerima saya seadanya. Terima Kasihlah buat mereka semua baik yang suka maupun tidak suka.

Pengerusi & AJK Mjd ****** mohon ust ceramah maal hjrah/ yaumul ayuraa' pd 9 Muharram 1430H / 6 Jan 2009M (Selasa @ maghrib-isyak). Harap sudi. Reserve dulu takut org lain ambil.TQ

Comments