Rintihan dari As-Syahid Syeikh Ahmed Yassin (Bekas pemimpin HAMAS).

Oleh isma daud

Nota
: ulang siar bagi mengenang nasib pejuang HAMAS dan umat Islam Palestin. dapat saya rasakan betapa diri ini lumpuh macam umat arab juga . sekadar merintih nasib diri kerana tidak mampu berbuat apa-apa melainkan doa dan harapan yang di serahkan kepada Allah SWT. Hinanya diri atas rintihan ini.

Saya "post"kan ucapan Al-Marhum As-Syahid Syeikh Yassin bila mengenangkan ummat Palestin yang sedang menderita dan mereka masih berhadapan dengan negara Israel yang terus menjajah mereka.


Gambar : Al Marhum As-Syahid Syeikh Ahmed Yassin (Bekas pemimpin HAMAS).



Ucapan & doa ini diucapkan selepas cubaan Israel Laknatullah membunuhnya pada 6 September 2003, tapi gagal :

"

Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (jerusi roda) ku.

Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah.

Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah……

Tiada satu kaum pun (dikalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas……

(Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh) yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasuan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokoh tida mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, "Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!"

Kami jadikan dikalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih, kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah).

Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid. Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini."

"Ya Allah, kami mengadu kepadaMU…… kami mengadu kepadaMU…… kami mengadu kepadaMU…… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami dihadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah. Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami, ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMU, darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak-anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagai jalan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat disekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami……"

"

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?