Dr Juanda Jaya Mufti Perlis Yang Baru
Oleh isma daud
Dr Juanda Jaya bekas naib mufti Sarawak dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru. Anak Sarawak lulusan UKM dan Universiti al-Azhar itu pernah bertugas sebagai ketua penolong mufti, kemudiannya dilantik sebagai ketua penolong pengarah di bahagian dakwah jabatan agama Islam negeri.
Beliau, 37, yang pernah bertugas sebagai anggota jawatankuasa syariah Perlis, dilantik ke jawatan itu menggantikan Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang menamatkan kontraknya pada 11 November 2008 kerana dikatakan menerima tekanan dari pemimpin UMNO Perlis.
Perlantikan beliau menamatkan spekulasi jawatan itu yang kosong sejak dua bulan yang lalu.
Pada 7 Oktober tahun lalu, Dr Mohd Asri mengumumkan untuk bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.
Beliau menyifatkan cara pengurusan kontraknya "macam main silap mata".
Selamat Maju Jaya buat Dr Juanda Jaya...

Comments