Tahun Baru 2009 : Umat Islam Di Palestin Berduka

Oleh isma daud

Baca berita yang dipaparkan dalam mStar ini:
Memalukan!!!

Kepada yang insaf marilah kita memperbanyakkan baca doa qunut nazilah bagi kemenangan Islam dan umat Islam.



Sikap sebahagian umat Islam di Malaysia yang tidak ada kesedaran dengan apa yang berlaku kepada umat Islam lain, sangat meruntun hati. Marilah kita turut sama rasakan apa yang diluahkan oleh seorang blogger ni;


Tak sensitif! Mereka berpesta tahun baru, Palestin bermandi darah

Coretan @ Luahan
Oleh ustnik


Cuba anda bayangkan.

Rakyat Gaza ‘dikebulurkan’ tanpa makanan. Bantuan perubatan juga disekat. Hidup sedia ada sudah cukup tersiksa didera Yahudi. Saban hari yang dilalui hanyalah kisah-kisah sedih dan duka. Keperitan hidup tidak terungkap. Namun ketabahan rakyat Palestin, terutamanya di Semenanjung Gaza menjalani kehidupan sedemikian cukup mengagumkan.

Di saat keperitan itu, tentera Yahudi menambah kesengsaraan itu dengan pengeboman yang dahsyat dalam beberapa hari ini.


Ia dilancarkan ketika umat Islam kembali dari menunaikan haji. Serangan dibuat tanpa mengenal Zulhijjah atau Muharram, anak kecil atau wanita. Gaza mesti dimusnahkan.

Ketika rakyat Palestin sedang bermandi darah, sebahagian rakyat Malaysia berpesta sakan meraikan kedatangan tahun baru Masehi. Menyanyi, menari, minum (arak?), berseronok seakan-akan dunia ini mereka yang punya. Mereka tidak mengenal erti persaudaraan Islam, tidak mengenal erti rasa prihatin dan cakna. Bagi mereka ini, dalam kepala mereka ialah-seronok, seronok, seronok!


Boleh berjoget, boleh menyanyi,

itulah kepuasan hidup yang dicari.

Dalam kelembutan jari jemari,

rupanya tersimpan kekerasan hati.


Palestin yang bermandi darah hanya seperti sebuah filem box-office yang bukannya ‘real’, atau apa yang berlaku mungkin di planet antah berantah, tidak ada kaitan langsung dengan mereka, atau gambar Palestin berdarah itu hanya ilusi dan imaginasi seorang pelukis di atas sebuah kanvas.


Ya..kerasnya hati mereka. Pejalnya hati mereka. Hitamnya hati mereka.


Tidak terdetik langsung dalam hati rasa kasihan belas?

Tidak terasa langsung dalam hati mereka kesengsaraan saudara seIslam mereka?

Tidak mengalir langsung airmata mereka melihat mayat kanak-kanak bergelimpangan?


Jari ini hanyalah mampu menekan keyboard. Atau hanya mampu menadah tangan ke hadrat Ilahi Yang Maha Mengetahui hakikat sebenar kenapa ia berlaku.


‘Ya Allah! Engkau bantulah umat Islam Palestin itu!
Ya Allah! Engkau tolonglah Hamas memerangi tentera Yahudi yang jahat itu!
Ya Allah! Engkau menangkanlah mereka mengatasi musuh mereka dan musuh kami!’

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?