Kampungku (Siri 6) : Berkat Yang Hilang, Bala Yang datang
Oleh isma daud
Saya telah menyampaikan kuliah subuh di sebuah Markaz PAS di pagi di mana berlakunya Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa. Saya sangat sedih mengenangkan musibah yang berlaku kepada saudara kita yang terlibat. Terimalah ujian Allah itu dengan hati yang kuat, penuh iman dan redha.
Apa yang saya sampaikan pagi itu tiada kaitan dengan peristiwa itu. Apa yang saya utarakan ialah diantara bala yang Allah SWT berikan kepada manusia apabila kita alpa dan lalai daripada peringatanNya ialah dicabutkan keberkatan di dalam hidup dan hilangnya rasa aman dalam diri.
Hari ini siapa boleh menjamin dirinya aman dan selamat. Melalui panggilan telefon seseorang boleh dipukau, ditipu sehingga hilang duit dalam bank, dalam rumah, kad kredit dan sebagainya. Belilah rumah dilereng bukit, tengah bandar, hujung kampung belum tentu selamat. Parking kereta dekat orang ramai atau tempat terpencil belum tentu selamat daripada diceroboh oleh pencuri. Orang mencuri ; mencuri tidak lagi diwaktu gelap malam tetapi ditengahari, tengah orang ramai. Tidak boleh secara halus, berhelah; curi secara ragut, rompak dan sebagainya. Rezeki yang kita perolehi di waktu pagi tidak sampai ke petang telah hilang dan lesap; kadang-kadang tuan punya tidak sempat tengok rezeki itu, sudah hilang pun...
Dalam saya menyampaikan kuliah; tiba-tiba seorang ahli jamaah menceritakan bagaimana seorang telah dicurikan keretanya dengan cara semasa kereta dihidupkan; ada orang datang letakkan kertas di cermin belakang. Bila tuan kereta turun untuk buang kertas itu; pencuri menyeludup masuk dalam kereta dan terus memecut laju melarikan kereta dan segala apa yang ada dalamnya..Hati-hatilah..
Seorang penjual lada menceritakan apabila dia sampai ke pasar untuk memasarkan kutipan ladangnya; penjaja yang kenal jenis hasilnya memberitahu bahawa kebunnya telah dicuri; barulah tuan punya kebun lada itu sedar kebunnya telah dicuri. Yalah curu seguni dua dengan tangkai dan ranting; manalah tuan kebun sedar...
Pekebun dan penoreh getah memberitahu dalam situasi sukar menoreh kerana hujan turun tidak menentu; hasil getahnya pun turut dicuri separuh dan ditinggal separauh. Kira kongsi pendapatanlah tu...
Habis kuliah saya.....
Apa yang memeranjatkan saya tidak sampai tengahari pada hari yang sama, rumah salah seorang daripada ahli jamaah yang mendengar kuliah saya pagi tu telah diselongkar masuk oleh pencuri ketika dia bertandang ke majlis saudaranya yang baru menyambut menantu. Habis tabung simpanan anak-anaknya, telefon bimbit dan dia kerugian hampir rm3000.00.
Sebelum saya sama-sama berjamaah zolat Zohor; ahli jamaah berkata apa yang ustaz cakap tidak sampai ke petang sudah berlaku...
Ingatlah bala Allah SWT bila datang bukan bala tanah runtuh saja; harga barang naik saja; bahkan umum dalam semua perkara, terkena kepada siapa saja; yang soleh atau toleh...
Takutlah pada azab Allah SWt dan Bertaqwalah kita kepadanya; semoga musibah yang datang bukannya azab tetapi kaffarah Allah SWT yang menggugurkan dosa dan menambahkan pahala dan darjat kita di sisi Allah SWT. Namun jika kita ditimpa musibah dalam kita derhaka itu tandanya Allah mahu kita sedar, insaf dan bertaubat. Jika tidak sedar juga itulah bala, azab dan istidraj yang di segerakan oleh Allah SWT sebelum azab yang lebih pedih di akhirat nanti..

Comments
salam buat keluarga di malaysia