Jangan Ambil Peluang? Bodohlah!!!
Oleh isma daud
Saya yang berada di Sibu ini banyak bergantung kepada maklumat TV dan Radio yang dikuasai oleh kerajaan BN. Untuk mendapatkan maklumat yang seimbang saya perlu melayari internet dan mendengar siaran alternatif yang ada. Siaran yang tidak saya lepaskan ialah siaran Radio/ TV TKO.fm. dan satu dua yang lain...
Sebagai anak Terengganu yang berada jauh di tempat orang, dengar nama Terengganu saja; mata terus terbuka dan telinga pula terus peka...Dalam siaran berita radio pagi tadi - sambil memandu, hantar anak ke sekolah, pandu pula perlahan saja kerana banyak kawasan digenangi air dan ada tempat yang kena banjir- terdengar-dengar telinga saya pembaca berita memetik kata Datuk Shahril Samad berpesan kepada peniaga-peniaga di Kuala Terengganu agar tidak mengambil peluang menaikkan harga barang dengan kehadiran ramai orang berkunjung ke Kuala Terengganu di waktu-waktu PRK Kuala Terengganu ini.
Terfikir sejenak saya mendengar nasihat yang baik itu. Alangkah baiknya juga Datuk Shahril Samad memberi nasihat sama kepada puak-puak dalam UMNO dan BN supaya tidak mengambil peluang memancing undi dengan anugerah kebendaan yang mencurah-curah untuk mereka yang ada di Kuala Terengganu itu... Kalau BN mengambil peluang yang ada untuk "merasuah", menabur pelbagai nikmat kebendaan kepada orang ramai dan meng"eksploitasi" media, radio, TV untuk keuntungan BN dan UMNO sewaktu PRK KT ni; maka apa salahnya peniaga kerdil dan besar di Kuala Terengganu mengambil peluang yang ada untuk keuntungan mereka yang datang sekali; entah ini yang terakhir dalam hidup mereka. Harap dapat peluang seperti ni banyak kali lagi. Lagi pun peniaga di KT tu kebanyakkannya orang melayu. Mereka telah belajar dengan BN dan UMNO untuk mengambil peluang yang ada.
Dengar khabarnya semuanya naik. Betul ke?, Harga hotel pun melambung naik. Rumah penginapan @ homestay pun habis ditempah. Ribuan ringgit harga rumah sewa itu dibayar oleh siapa? Bukankah mereka yang banyak menabur wang dan ringgit mampu membayarnya.
Sewaktu berada di Terengganu hujung tahun baru-baru ini sudah sampai ke telinga saya bagaimana habis rumah-rumah sewa dan hotel ditempah dengan harga yang melambung naik. Bahkan ada yang memujuk orang PAS supaya memberi sewa dengan harga yang mahal juga. Rumah-rumah ini untuk siapa? Sudah tentu untuk mereka yang akan memenangkan BN dalam PRK KT kali ini. Tapi orang PAS tidak perlu berhabis ribuan ringgit untuk menginap. Dengan semangat persaudaraan Islam banyak rumah terbuka untuk pekerja-pekerja dan tetamu-tetamu mereka. Pemimpin pun boleh tinggal di rumah yang sederhana sahaja...
Berbalik isu peniaga mengambil peluang menaikkan harga barang tadi, yang naik tu harga yang perlu dibayar oleh pembeli kerana penjual merasakan permintaan meningkat dan melebihi daripada bekalan yang ada. Maka kalau mereka ambil peluang pun bukan harga runcit tetapi harga yang berkaitan perkhidmatan seperti hotel, rumah sewa dsbnya. Makan minum berapa sangatlah mahalnya di Kuala Terengganu. Dibanding dengan tempat lain; masih murah.
Wahai peniaga; ini peluang anda menambah pendapatan bukan menipu macam puak-puak Datuk Shahril yang tahu mengambil peluang itu; tetapi tingkatkan pendapatan anda dengan kualiti perkhidmatan yang lebih baik. Keuntungan sedang menunggu kalian. Kerugian sedang menunggu puak-puak yang tidak malu-malu mengambil peluang itu.... Puak-puak yang tahu berkata "jangan" kepada orang lain; tapi diri bergelumang dengan apa yang dilarang itu.
Kepada Rakyat Kuala Terengganu, jika anda bijak; pandai-pandailah menggunakan kuasa anda nanti ketika keluar mengundi pada 17 Januari 2009 nanti. Jika anda tidak tahu menggunakan peluang dan ruang; entah bila lagi peluang itu akan datang kepada anda.....
Siapa yang anda pilih; itu terpulang kepada kebijaksanaan anda. Jadilah pengundi yang bijak!!! Selamat Mengundi.

Kalau BN mengambil peluang yang ada untuk "merasuah", menabur pelbagai nikmat kebendaan kepada orang ramai dan meng"eksploitasi" media, radio, TV untuk keuntungan BN dan UMNO sewaktu PRK KT ni; maka apa salahnya peniaga kerdil dan besar di Kuala Terengganu mengambil peluang yang ada untuk keuntungan mereka yang datang sekali; entah ini yang terakhir dalam hidup mereka.

Comments