Berdakwah Dalam Perjalanan Ke Masjid
Oleh isma daud
Dalam perjalanan menuju ke Masjid Darul Halim, Sibu untuk menunaikan Solat Jumaat; saya terserempak dengan seorang lelaki Islam yang kemas berpakaian sedang berjalan kaki menuju ke sebuah kedai kerana ingin membeli rokok. Saya memberhentikan kereta saya dengan nait menumpangkannya untuk ke majid tetapi dia menjelaskan bahawa niatnya untuk membeli rokok bukannya ke masjid. Saya bertanya mengapa tidak mahu ke masjid, dia menjawab nanti dia akan solat zohor di rumah.
Saya menggunakan sedikit kaedah mesra dan bersahaja dengan menjemputnya masuk ke dalam kereta saya. Dia yang asalnya keberatan akhirnya akur dengan ajakkan saya.
Dengan bahasa yang lembut saya menerangkan kepadanya hukum mengerjakan Solat Jumaat pada hari Jumaat kepada seorang lelaki. Setelah mendapatkan persetujuannya dan berjanji akan menghantarnya ke kedai selepas Jumaat akhirnya dia bersetuju untuk mengikut saya ke masjid. Dalam ruang yang singkat dan terbatas saya menerangkan kepadanya tentang matlamat kehidupan kita di dunia dan ke manakah yempat tuju kesudahan kita nanti. Alhamdulillah saya dapat mengajak seorang hamba Allah untuk hadir ke masjid untuk mengerjakan Solat Jumaat dan melaksanakan perintah Allah SWT secara yang sepatutnya.
Saya doakan dia agar beroleh hidayah dan keinsafan sempena kehadiran tahun baru hijrah 1430H ini, Insya Allah SWT.

Comments