Hati Penuh Dendam : penawarnya hanya zikrullah
assalamualikum ustaz. nak mintak tolong sikit. boleh ustaz tolong beri nasihat macam mane nak tenangkan hati dan memaapkan orang yang buat salah besar dengan kita.macam mana nak elak diri kita dari menyimpan dendanm? hrap ustaz sapat tolong dan dapat balas dengan segera. harap sangat2.terima kasih.
daripada:
alamat : xxxxxxx66@yahoo.com
perkara: minta tolong
tarikh :30 jan 2009
respond daripada isma daud;
1. Saya mulakan salam untuk anda,salam persaudaraan dan kesejahteraan. Saya harap nasihat saya ini berguna dan berfaedah untuk anda. Oleh kerana anda ada keyakinan kepada saya, saya cuba membantu anda sedaya mungkin.
2. Memang benar anda tertekan di saat ini. Daripada patah ayat yang anda tintakan itu dapat saya gambarkan anda berada di bawah tekanan. Saya teringat zaman saya remaja dahulu, satu lagu yang menjadi siulan remaja pada masa itu ialah "Meniti Titian Usang" nyanyian SEARCH. Boleh tahan juga saya berlagu dengan lagu itu pada waktu itu. Di antara lirik yang melekat dibenak saya ialah "Sambutlah tanganku kawan, aku takut tenggelam, sambutlah tanganku kawan, lurahnya sangat dalam". Memang benar, orang yang hampir tenggelam tidak mampu menolong dirinya sendiri, dia perlukan orang lain bagi mendapat pertolongan, sokongan dan simpati.
3. Anda ada tiga masalah; masalah hati tidak tenang , hati penuh dendam kerana orang lain buat salah besar kepada anda dan hati anda tidak dapat memaafkan orang itu.
Saudara mungkin jua saudariku;
4.Anda dan orang yang anda bermasalah dengannya itu seharusnya ingat kita ini adalah manusia biasa, insan yang lemah dan bisa saja melakukan salah dan dosa, baik sengaja maupun tidak. Terimalah hakikat itu kita insan lemah. Anda berdosa, anda bersalah, dia berdosa, dia bersalah,saya berdosa saya bersalah. Maka siapa yang tidak buat salah? Sebaiknya kita mengakui terlebih dahulu akan hakikat ini. Jika kita tidak mampu mengakui akan hakikat ini itu tandanya kita seorang yang penuh dengan sikap ego dan mementingkan diri sendiri. Sikap ini tidak baik untuk hati kita kerana hati yang penuh keegoan akan menyimpan dendam dan sukar untuk mengakui kesilapan diri apatah lagi memaafkan kesalahan orang lain.
5. Belajarlah untuk menilai diri kita supaya kita mudah meroboh keegoan dalam diri kita itu. Jika perkara ini tidak dapat dilakukan terlebih dahulu, sukarlah saya untuk menolong anda. Siapa pun tidak mampu. Andalah yang sebenar-benarnya doktor yang mampu merawat hati anda yang penuh dendam kesumat itu.
- Bukankah anda sendiri yang merana menanggung beban perasaan yang berat itu.
- Belajarlah untuk memaafkan diri anda
- Ingatlah anda juga mungkin bersalah dalam hal ini.
- Jika orang yang anda dendam itu orang yang hampir dengan anda, ingatkan kebaikannya kepada anda selama ini berbanding kesalahan dan dosa yang dia lakukan kepada anda. Mungkin pertimbangan anda ini mampu merubah sedikit pendirian anda yang lalu.
- Redakan sedikit kemarahan anda kepadanya, beri ruang kepada diri anda untuk berfikir supaya anda ada ruang untuk berlaku adil baik kepada diri sendiri maupun kepada orang lain.
- Nilaikan kebaikan kepada diri anda sendiri jika anda memaafkannya. Mana anda mahu? Memaafkannya menjadikan anda seolah-olah melepaskan seketul batu besar di dalam hati anda, atau anda pertahankannya? Anda akan bawa batu besar itu ke mana saja anda pergi.
6. Saya berdoa agar anda ada kekuatan selepas itu untuk memaafkan kesalahan orang lain dan anda mula berasa tenang.
7. Sebagai seorang Islam; marilah kita merenung dan menghayati akan firman Allah SWT yang bermaksud;
"Dan bersegeralah menuju kepada keampunan Tuhanmu dan syurgaNya yang luasnya lebih luas daripada langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.iaitu orang yang membelanjakan hartanya (dijalan Allah)pada masa senang dan susah dan yang sanggup menahan diri daripada marah dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain, dan Allah sangat menyukai orang yang membuat kebaikan.Dan mereka itu apabila melakukan perbuatan keji (dosa) atau melakukan sesuatu perkara yang menyebabkannya menganiayai dirinya sendiri; lalu mereka itu ingat kepada Allah SWT (yakni bertaubat kepadanya),bersungguh-sungguh dia memohon ampun kepadaNya. Siapakah lagi yang akan mengampunkan dosa-dosanya selain daripada Allah SWT? Dan mereka terus saja tidak mengulangi perbuatan yang buruk itu, sedang mereka mengetahui. Balasan buat mereka itu; ialah keampunan daripada Allah SWT dan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya dengan sungai-sungai, serta mereka itu kekal di dalamnya. (Itulah) sebaik-baik balasan kepada orang yang beramal (taat).
- Surah Aali-Imraan; Ayat 133-136)
8. Selaku hamba Allah SWT; ingatlah kepada Allah SWT sebanyak-banyaknya dengan zikir, amalkan amalan sentiasa berwudhuk, beristighfar, lakukan solat sunat hajat dan taubah. Juga jangan lupa untuk selalu berdoa kerana Allah SWT sendiri mengingatkan akan hambaNya bahawa dengan mengingatiNya akan menenangkan hati.Yang paling utama jangan tinggal Solat Fardu yang lima waktu itu.
9. Satu lagi anda saya galakkan membaca ayat 1 & 2 daripada surah al-Qolam, ulangi membacanya 44 kali. Mudah-mudahan Allah SWT membantu anda untuk beroleh ketenangan dan anda mampu memaafkan kesilapan orang lain. Bukan senang tapi tidaklah sukar jika anda ada kemahuan berbuat begitu.
Akhirnya;
10. Ingat janji Allah SWT yang tersedia kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa dan beramal soleh. Semoga nasihat saya ini membantu, Insya Allah SWT!!!

Comments