Apabila Imam Tersilap Atau Alpa Dalam Solat Berjamaah : Patutkah Makmum Mufaraqah?
Oleh isma daud
"Solat berjamaah adalah lebih afdal daripada solat seorang diri sehingga 27 darjat". Maka dalam melaksanakannya menuntut komitmen bukan sedikit. Tidak kurang pula karenah yang tiba-tiba berlaku ketika solat berjamaah berlangsung. Sebagai manusia biasa segala yang berlaku bukan kehendak kita semata-mata tetapi ketentuan Allah SWT jua yang mengandungi seribu hikmah jua. Menyedari kita adalah hamba Allah SWT yang lemah mengajak kita menginsafi diri dan tidak ada sesiapa yang sempurna.
Solat berjamaah mengajak kita menghargai setiap individu dalam kelompok kita. Semacam jari di tangan kita saling kait-mengait dan menguat di antara satu sama lain. Tiada yang boleh beranggapan saya saja yang baik. Semuanya sebenarnya saling berperanan.
Eh apa kaitan pula ragam manusia dengan solat berjamaah ni? Ya. Dalam solat berjamaah sebarang kesilapan dan kealpaan boleh saja berlaku. Sudah tentu berbagai ragam dan aksi akan terjadi. Yalah perkara yang tidak terduga ini benar-benar menguji ilmu para jamaah dan kesabaran semua. Kalau tidak ditangani dengan baik dan ada keterbukaan boleh timbul pelbagai insiden hasil dari kesilapan ini.
Isu lama 1: Disebuah masjid pernah para makmum bangkit meminta imam meletak jawatan kerana sedikit kesilapan dalam solat sunat Aidiladha. Silap imam itu hanya lupa bertakbir lima kali dalam rakaat kedua.
Isu lama 2: Imam solat sunat witir satu rakaat sahaja. (Sedang makmum dibelakang berniat dua rakaat dan akan menambah satu rakaat lagi semacam biasa-biasa). Lalu sebahagian makmum bukan menambah satu rakaat lagi tetapi turut menberi salam dan bangun mengherdik imam yang lupa tadi.
Bukan isu hukum sah atau batal solat tersebut menjadi soalan; tetapi kealpaan imam menjadi pertikaian para makmum. Tanpa sikap tolak ansur para makmum berteriakan menempelak imam yang hanya tersilap oleh kelupaannya. Begitu rencam hidup tanpa sifat bertolak-ansur dalam diri sehingga kesilapan sedikit menjadi perpecahan besar dalam masyarakat.
Saya berbalik kepada persoalan ilmu para jamaah dan pengurusan emosi. Pengurusan IQ “Intelligence Quotient” dan EQ “Emotional Quotient” amatlah perlu. Ilmu dan emosi perlu seimbang. Jadi solat berjamaah mengajak kita menghargai setiap individu dalam kelompok masyarakat kita. Kita boleh berlebih-kurang dalam perkara yang tidak menggadaikan prinsip. Sepatutnya solat berjamaah mengajar dan mendidik kita rasa hormat dan kasih sayang sesama ahli jamaah. Kita boleh bersentuhan, boleh beralah-menang. Sedikit kesilapan saudara kita boleh kita selesaikan secara elok. Itulah sepatutnya tarbiyyah dari sebuah solat berjamaah.
Jadi saya mengajak kita mengambil iktibar daripada insiden yang diceritakan oleh sahabat saya sekejap tadi.
Isu kali ini : Diceritakan oleh sahabat saya ketika mengerjakan solat Maghrib berjamaah di sebuah surau semalam. Dia sebagai imam terlupa solat baru berada dalam rakaat kedua tapi difikirkannya sudah berada dalam tahiyyat akhir. Apabila selesai membaca tahiyyat (sepatutnya tahiyyat awal dan mungkin dibacanya tahiyyat akhir) terus dia memberi salam. Melihatkan keadaan itu para makmum terus bangun meneruskan solat masing-masing meninggalkan sahabat saya yang terkial-kial dengan solatnya yang tidak cukup satu rakaat itu. Saya kira para makmum tadi berniat mufaraqah agaknya. Sahabat saya yang mengira solatnya telah batal terus kebelakang memulakan solatnya yang baru berimam kepada salah seorang yang tadi menjadi makmumnya. Menarik hati saya mendengar cerita sahabat saya ni; "Kesudahan ceritanya tiadalah pemberontakkan para makmum". Alhamdulillah ceritanya berakhir dengan "happy ending".
Apa yang saya ingin utarakan ialah apakah tiada jalan keluar yang lebih baik bagi permasalahan di atas. Haruskah para makmum semuanya mufaraqah tanpa menjaga kelebihan berjamaah sehingga akhir solat yang berbaki. Bagaimana sepatutnya permasalahan ini diuruskan?
Mari kita melihat kepada sunnah Nabi SAW: sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. bahawa dia berkata: "Nabi SAW telah solat Zohor (atau Asar) bersama-sama kami. Lalu tiba-tiba Baginda SAW memberi salam (iaitu setelah dua rakaat). Maka Zul Yadain r.a. bertanya: Wahai Rasulullah, adakah sembahyang telah berkurang rakaatnya? Nabi SAW pun bertanya: "Adakah benar apa yang diperkatakan?" Jawab para sahabat: Ya. Lalu Rasulullah Saw menambah dua rakaat lagi. Kemudian Baginda SAW sujud (sahwi) sebanyak dua kali.
Jelas hadis ini menyelesaikan permasalahan solat di atas.
Atau jika pun imam tidak menyambung solatnya, maka orang yang berdiri di belakang imam mestilah orang yang mampu menggantikan imam bila berlaku hal yang demikian. Imam perlu kebelakang dan imam pengganti memimpin solat berjamaah tersebut sehingga sempurna. Jadi makmum lain tidak perlulah mufaraqah atau keluar daripada solat berjamaah. Bahkan tidak sepatutnya mengambil sikap mufaraqah sebelum menyelamatkan solat yang sudah dibina. Semua terus mendapat kelebihan berjamaah dan segala fadhilatnya.
Jelas sekali hidup berjamaah mengajak kita menggunakan kreativiti akal dan ilmu. Kepandaian dan kecekapan mengendalikan jamaah perlu ada supaya hati kita tidak mudah berpecah-belah. Sikap mengambil mudah dengan mengambil keputusan keluar daripada jamaah cerminan sikap individualistik kita yang tinggi mengatasi kepentingan jamaah.
Nampaknya cerita sahabat saya ini memberi kesedaran kepada kita betapa kita perlu kepada penguasaan ilmu serta emosi dalam menakhodai sebuah masyarakat. Solat Berjamaah boleh menjadi madrasah yang ampuh melahirkan kebijaksanaan dalam memimpin diri dan masyarakat. Kalau kita gagal menanganinya banyak kacau-bilau akan muncul dan perpecahan boleh mengambil tempat bagi memporak-perandakan hati orang-orang yang beriman. Waspadalah.
Wallahu A'lam.

Comments