Di Sebalik Tabir : PRK Kuala Terengganu

Oleh isma daud


Dari peti pesanan ringkas bukan peminat politik, hanya rakyat marhain yang baru mengundi 2 kali. sekali dalam PRU12. Dia undi BN (Razali)dan sekali lagi dia mahu menjadi seseoarang yang mewakili sebahagian Rakyat yang mahukan perubahan dan merobohkan keangkuhan BN....

Tahniah Kepada Rakyat Malaysia yang menyokong PR. Doa dan cita-cita anda direalisasikan oleh Rakyat Kuala Terengganu yang memenangkan calon Pakatan Rakyat.


msj 1 : Dlm TV mmg tunjuk BN je, Klu tengok hok luar ni bnyk bendera PAS lg... Org dari Penang, Kedah, mari ngempen (kempen), mungkin BN dah tau ye kalah. Hok ye tunjuk dalam TV baru ning, org wakaf m'plam masuk BNkan, tu seme org ngisap dadah, ye bli blake... bayar 3rtus sorang.

{Dalam TV memang ditunjukkan BN sahaja, Kalau kita perhatikan di luar (situasi sebenar); bendera PAS lebih banyak lagi daripada bendera BN.... Orang dari Pulau Pinang, Kedah datang untuk berkempen; mungkin BN sudah tahu mereka akan kalah. Apa yang mereka tunjuk dalam TV baru-baru ni (semasa kempen),orang Wakaf Mempelam masuk BN, itu semuanya terdiri daripada penagih-penagih dadah yang di"beli" oleh BN belaka dengan bayaran RM300 seorang.}

msj 2 : Rasa xsia2 kuor g ngundi td. brbaloi...he...he...

{Rasa tidak sia-sia bersusah-payah keluar mengundi tadi. Rasa berbaloi...he...he...}

__________________________________________________

Gambar atas
: Cikgu Wan Fatimah(isteri calon PAS) dan anak-anaknya. Cikgu Wan Fatimah adalah guru BM saya semasa di SMA'A'SZA, Batu Buruk tahun 1988-89.

Gambar bawah : Calon PAS bersama para muslimah yang memberi sokongan padu bagi kemenangan calon.

_______________________________________________________________



Lagi gambar-gambar menarik: di KWW.com

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?