Posts

Showing posts from October, 2008

Suami Nusyuz : Bagaimana Menanganinya?

Oleh isma daud Artikel ini pernah saya siarkan di blog saya : http://catatanismadaud.blogpot.com/ . Tapi bila seorang hamba Allah mengemukakan semula tentang suami nusyuz . Saya siarkan dengan sedikit edit untuk kesesuaian. Persoalan nusyuz biasanya hanya dirujuk kepada isteri sahaja. Jarang ada perbincangan mengenai" Suami Nusyuz ". Atas nama perkongsian ilmu, elok rasanya saya berkongsi di dalam blog ini agar ianya memberi manfaat kepada khalayak semua, insya Allah. ____________________________________________ Isu dirujuk : Hubungan suami isteri hanya sekali - Isteri ++++ ++++(isteri) menyatakan, usia perkahwinan mereka ialah selama 20 hari iaitu mulai hari pernikahan pada 28 Disember tahun lalu sehingga ++++ (suami) meninggalkan rumah. ++++ (isteri) juga menyatakan, beliau tahu defendan tidak mendirikan solat dan tidak berpuasa sebelum mereka menjadi suami isteri memandangkan pernikahan mereka dilangsungkan selepas bulan Ramadan tahun lalu. *** Berita ini sudah lama d...

Bulan Haji Datang Lagi

Oleh isma daud Dalam duduk berborak-borak menunggu para jamaah lain datang untuk sama-sama berjamaah menunaikan solat isyak semalam; tiba-tiba ada yang bertanya tentang seorang kawan yang kami panggilnya "Syawal". Kebetulan dia tiada dalam majlis kami. Secara berseloroh seorang dari kami berkata; " Syawal tiada, Zul Kaedah ada. " Gurauannya itu disambut dengan ketawa oleh semua kami yang ada di situ. Ya, masa begitu cepat berlalu. Bulan Syawal yang kita sambut baru saja pergi. Datang pula bulan Zul Kaedah di antara bulan-bulan Haji. Bulan Syawal, Zul Kaedah dan Zulhijjah adalah merupakan bulan-bulan haji. Sejak dua-tiga malam yang lalu sudah ada majlis wida' dengan para tetamu Allah yang akan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini. Alangkah bertuahnya mereka kerana tahun ini giliran mereka pula menjadi tetamu Allah SWT, tetamu ke Tanah Suci Makkah, tetamu ke Madinah Al-Munawwarah bagi menyempurnakan ziarah dan rukun Islam yang ke 5 kepada sesiapa yang berkuas...

Perjalanan masih jauh

Image
Oleh isma daud Dua tiga hari ini saya sibuk kembali mengurus Kem Pemantapan solat dan sahsiah pelajar 2 SMK Rosli Dhoby . Melihatkan kesungguhan anak-anak didik saya yang bukan dari sekolah agama tetapi ada kesedaran beragama, jiwa kecil saya tersentuh. Di tengah-tengah Bandar Sibu yang kian membangun dan keadaan umat Islam yang terhimpit dalam banyak keadaan, masih ada ruang untuk saya dan teman-teman yang ada kesedaran untuk melihat generasi ini akan terus terdidik dengan wadah dan acuan keislaman. Harapan saya agar anak-anak awal remaja ini akan ada kesedaran tersendiri di suatu hari nanti untuk berjuang bagi meneruskan kesinambungan gerak kerja ini. Mudah-mudahan Bandar Sibu ini tidak ketandusan Para Daie pada jalan Allah SWT. Namun janij Allah itu tidak akan hadir segera dan tidak datang secepat kilat. sudah pastilah banyak usaha lagi yang perlu dilakukan oleh umat Islam yang cintakan Islam ini. Namun kita tidak harus bahkan tidak boleh sama sekali untuk berputus asa. Kepada mere...

Pelajar Perempuan Tendang Guru Disingkir

KANGAR 28 Okt. — Seorang pelajar perempuan yang bertindak ganas dengan menendang seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis dekat sini baru-baru ini disingkir daripada sekolah itu berkuatkuasa hari ini. Pengarah Pelajaran Perlis Mansor Lat ketika dihubungi Bernama hari ini berkata keputusan menyingkirkan pelajar tingkatan dua itu diputuskan Jawatankuasa Disiplin sekoleh itu namun beliau tidak menyatakan bila keputusan itu dibuat. Sebelum ini, pelajar berusia 14 tahun itu yang menendang guru sivik, Azhana Ibrahim, 27, di dalam bilik darjah sekolah itu pada 16 Okt lalu telah digantung persekolahannya selama seminggu untuk siasatan. Bagaimanapun setelah siasatan selesai, jawatankuasa itu memutuskan pelajar itu disingkir daripada sekolah yang sebahagian besar pelajarnya berketurunan Cina. Bagaimanapun, Mansor berkata pelajar itu tetap diberi peluang mengemukakan rayuan kepada Jabatan Pelajaran Perlis untuk membolehkannya dipertimbangkan menyambung persekolahan di sekolah-se...

Beberapa kemusykilan Berkaitan Aqiqah Dan Korban

Image
Assalamualaikum, menjelangnya musim ibadah korban ini saya kongsikan beberapa e-mel yang dihantarkan kepada saya. Mudah-mudahan bermanfaat kepada orang lain juga. Assalamualaikum! Kepada ustaz, minta pertolongan sedikit. Saya bercadang hendak membuat akikah untuk anak saya. Masalahnya saya kurang pasti tentang bilangan sembelihan yang perlu (kambing/lembu). Doc Controller Design & QAQC Dept (Design) Jawapan: Wa Alaikumussalam. Aqiqah adalah ibadat menandakan kesyukuran mendapat cahaya mata atau anak. Untuk melakukan aqiqah sama syarat binatangnya dengan korban. Hukumnya sunat muakkad kecuali jika bernazar ianya menjadi wajib. Antara syarat sah akikah ialah 1. menyembelih binatang "an'aam" dengan berniat akikah ketika menyembelih 2. binatang halal seperti kambing. lembu, kerbau, biri-biri, kibasy dan unta. 3. binatang tidak cacat seperti syarat kurban 4. binatang sudah cukup umur 5. sembelihan menepati syarat sembelihan Seekor kambing boleh dilakukan untuk se...

Tidak Sama Antara Suci Dengan Bersih

Oleh isma daud Dalam kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Adnan Rusydi (SMK Methodist, Sibu) di Surau Permai; ada suatu yang baik untuk kita kongsi bersama. Beliau ada menyentuh persoalan percampuran kedai dan dapur memasak di Sekitar Bandar Sibu. Dalam restoran orang cina , orang melayu/melanau/iban Muslim berniaga di dalamnya. Masalahnya bila kita selidik berlaku percampuran tempat membasuh pinggan-mangkuk dan gelas mahupun cawan. Juga berlaku ketidakjelasan penyediaan dimana orang Islam minum dari bekas yang diurus oleh bukan Islam. Contohnya makanan dari tukang masak Islam tapi minuman daripada tukang bancuh bukan Islam. Bekas-bekas itu kadangkala tidak diselia dengan tertib supaya kesuciannya terus terpelihara. Sesetengah orang hanya mementingkan bersih sahaja tanpa mementingkan suci. Semua orang maklum dalam restoran bukan islam sumber makanannya ada dari asas mentah khinzir, juga dari sembelihan tidak sah dari segi syarak. Bayangkan pula sebahagian peniaga Islam kita langsung tida...

Bertengkar Suami Isteri Ada Faedahnya

Image
Oleh isma daud Semalam saya membaca bahawa suami isteri yang teguh dari segi nafkah batin lebih bahagia, lebih panjang umur. Lelaki yang berpoligami juga lebih panjang umur. Ini ada perkaitan diantara kesihatan badan (fizikal) dan mental( akal) dan Rohani (emosi dan jiwa). Hanya mereka yang sihat dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Oleh sebab itu Islam sangat mementingkan umatnya supaya menjaga kesihatan baik rohani dan jasmani. Islam sangat mementingkan keseimbangan di antara kesihatan batiniah dan zahiriyyah. Kesihatan batiniah boleh diperolehi melalui jalan ibadah baik yang umum dan khusus. Begitu juga kesihatan zahiriyyah yang berupa pergerakkan jasmani. Hari ini saya ingin berkongsi bacaan saya betapa sesuatu pertengkaran sihat boleh menimbulkan situasi sihat dalam kehidupan seseorang. Orang yang suka bertengkar merupakan orang yang tidak menyimpan tekanan dalam hati dan jiwanya. Jadi setiap yang membungkam jiwanya cepat saja diluahkannya. Namun pertengkaran itu mestila...

Beberapa Kemusykilan Dalam Talak Dan Rujuk

Oleh isma daud Hari ini saya menyampaikan Kuliah Subuh di Masjid Darul Halim, Sibu. Pagi ini saya membincangkan tentang "Talak Dan Rujuk Serta Implikasi Daripada Keduanya". Saya menerangkan ada jenis talak yang menentukan keadaan rujuk suami kepada isterinya. 1. Talak Raj'ie: Suami menceraikan isteri dengan talak satu atau talak dua selepas persetubuhan dan iddahnya belum selesai. Si suami diharuskan merujuk kembali berdasarkan keinginannya sendiri menggunakan akad dan mas kahwin yang lama. 2. Talak Bain Bainunah Sughra: * Suami menceraikan isteri dengan talak satu atau talak dua dan persetubuhan belum berlaku * Suami menceraikan isteri secara khulu' samada sebelum persetubuhan atau selepasnya. * Suami menceraikan isteri dengan talak satu atau dua, persetubuhan telah berlaku tetapi iddahnya telah selesai. Suami boleh kembali kepada isterinya dengan mengadakan akad nikah dan mas kahwin (mahar) yang baru berdasarkan persetujuan dan keredhaan bekas isterinya. 3....

Fakta Menarik Pasal Poligami

Image
Dari Pelbagai Sumber Maklumat Statistik 1995 hingga 2004 Di dalam jangka masa 10 tahun dari tahun 1995 hingga 2004, jumlah tertinggi jumlah poligami ialah pada tahun 2002 iaitu 2,604 pasangan, manakala yang paling sedikit ialah pada tahun 2004 iaitu 651 pasangan. Di antara semua negeri-negeri di Malaysia, Kelantan mendahului negeri-negeri lain dengan 1,331 pasangan poligami, manakala yang paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Labuan dengan 4 pasangan. Di Melaka tiada kes yang dilapurkan. Perangkaan ini dipetik dari sumber JAKIM . Pembaca yang berminat mengetahui perincian statistik tersebut boleh membaca di link laman wen JAKIM ini: POLIGAMI Awasi Lelaki Kelantan? Adakah bermakna, wanita-wanita tidak gemar mengahwini lelaki dari Kelantan, kerana " risiko " dimadukan begitu tinggi jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain? Saya fikir pendapat-pendapat ini ada benarnya mengapa poligami paling tinggi di Kelantan. Banyak faktor dapat menerangkannya. Mungkin: 1. Lelaki Kelan...

Kewajiban Terhadap Harta Bukan Sekadar Berzakat

Oleh : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Apakah hikmat Allah SWT jadikan zakat sebagai satu daripada Rukun Islam di samping rukun yang lain. Satu daripada sebabnya menggesa manusia supaya faham, jika manusia menyayangi Allah SWT mereka mesti rela hati mengeluarkan sebahagian hartanya sebagai zakat. Dengan meletakkan hanya Allah yang Esa dalam hati, jadi tanda rasa kasih sayangnya yang mendalam. Kebetulan perkara yang disayangi manusia itu banyak, selain menyayangi Tuhan juga menyayangi keluarga dan harta kekayaan. Oleh kerana Tuhan tahu manusia juga menyayangi harta, justeru manusia diuji dengan perintah mengeluarkan zakat. Sekiranya manusia melaksanakan suruhan berzakat, bagi menguji kesayangan terhadap harta tidak mengatasi sayangnya kepada Allah SWT. Pada hal Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang beriman, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ” (Surah At-Taubah sebahagian ayat 111) Dengan ayat itu Alla...

Dalam Musibah Banjir Ada Rahmah

Oleh isma daud Dari semalam hujan turun membasah bumi Sibu. Beberapa kawasan rendah hujan sikit ada saja yang terkena banjir kilat. Tapi sekitar perumahan saya, alhamdulillah selamat daripada musibah sebegitu. Pagi ni pun bila keluar solat subuh di surau, hujan turun renyai, hati rasa bagai rawan dek hujan yang turun itu. Membaca laporan di akhbar tempatan banjir di Kedah dan Perak semakin buruk. Ramai yang kena pindah. Doa saya agar mangsa banjir tersebut bersabar di atas musibah yang melanda. Negeri asal saya Terengganu, biasanya dalam saat begini, Terengganu dan Kelantanlah yang kian menghadapi musim tengkujuh, tapi akhir-akhir ini banjir datang tidak menentu lagi. Teringat tahun lepas banjir beralih ke negeri Johor, Pahang dan Negeri sembilan. Selangor pun banjir. Banjir tidak mengenal musim dan negeri lagi. Jadi pengalaman banjir itu sudah menyeluruh sekarang ini. Sebenarnya banjir ni dalam musibah; ada rahmatnya. Banjir mengajar kita supaya menghargai alam sekitar. Banjir yang t...

Talfiq : Buku Yang Harus Kita Baca

Image
Ulasan Buku: Talfiq – Beramal Dengan Pelbagai Mazhab Mazhab Syafie merupakan mazhab yang diamalkan oleh sebahagian besar umat Islam di Malaysia. Kerana itu, masyarakat umum menanggap inilah satu-satunya mazhab yang terbaik. Tetapi, sedarkah kita bahawa kita sebenarnya bukan mengamalkan mazhab Shafie ini seratus peratus? Tanpa disedari, masyarakat Malaysia sebenarnya telah banyak mengamalkan percampuran mazhab dalam urusan seharian. Contoh yang paling mudah ialah dalam urusan zakat fitrah. Iman Syafie mengatakan zakat fitrah itu hanya sah dengan beras dan gandum sahaja. Tetapi, apa yang kita amalkan ialah membayar zakat fitrah dengan wang tunai. Ini adalah mengikut mazhab Hanafi. Inilah yang dikatakan Talfiq. BukuTalfiq – Beramal Dengan Pelbagai Mazhab dimulakan dengan memperkenalkan istilah-istilah penting dalam membincangkan Talfiq. Walaupun sedikit sukar untuk dihadamkan, saya kira ini penting untuk memberi pemahaman berkenaan tajuk yang dibincangkan. Mudah pembaca merujuk kembal...

Ceramah Sheikh Muszaphar RM8,000 sejam?

Image
isma daud mengomel : Orang kata kalau tiada bukti , jangan cakap. Berita yang tidak dapat disahkan dengan bukti bertulis ni, ada benarnya jika mengambil kira cakap-cakap J/K yang jemput SMS datang Sibu baru-baru ni... mungkin mereka yang jemput SMS datang Sibu untuk program motivasi pelajar dan Solat Hajat Bagi Calon UPSR, PMR, SPM & STPM anjuran satu badan NGO dan PIBG sebuah sekolah baru-baru ni ada jawapannya. Nak kata RM8,000 tu nanti boleh dipertikaikan. Sejumlah seumpamanya tu mungkin ya. Cuba bayangkan pelajar-pelajar begitu ghairah ingin mencontohi anda tetapi anda mengambil kesempatan ke atas mereka. Dengar-dengarnya macam tulah. Jangan saman saya ye... Hanya SMS tahu jawapannya. "Tak Tumbuh Tak Melata, Tak Sungguh Orang Tak Kata". Namun jika ini merupakan tohmahan, harap SMS dapat jelaskan. Jika ada kebenaran; berhentilah; anda sudah memperolehi banyak manfaat peribadi . Jika anda merasakan diri sebagai aset negara; anda sudah menjadi hak rakyat; bukan hak...

Akhirnya Perintah Solat Di Akui Kekuatannya

Image
Malaysiakini KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia. SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir. Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna? Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia. Lebih membanggakan bu...

Kalimah Allah Terukir Di Batu Bukit

Image
Huruf khat kalimah Allah (dalam bulatan) pada bukit kawasan kuari dapat dilihat dengan jelas menjadi tumpuan masyarakat setempat Taman Sri Nyior, Jitra, Kedah, baru-baru ini.

Semua biskut tempatan bebas melamin

PUTRAJAYA 22 Okt. – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan semua produk biskut keluaran tempatan yang berada di pasaran termasuk untuk tujuan eksport adalah bebas daripada pencemaran kandungan melamin yang tinggi. Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, pencemaran pada produk tersebut dapat diselesaikan dengan pantas apabila kementerian berjaya mengenal pasti tiga syarikat pengeluar agen penaik amonia bikarbonat dari China yang mengandungi kandungan melamin yang tinggi. "Pengimportan amonia bikarbonat dari syarikat berkenaan yang telah dikenalpasti itu diletakkan di bawah pemeriksaan tahap enam iaitu penolakan secara total." "Orang ramai tidak perlu bimbang dengan produk biskut tempatan kerana kementerian sentiasa membuat pemantauan rapi,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bersama lebih 50 pengusaha produk biskut tempatan di sini. Beliau menjelaskan perkembangan terkini mengenai isu pencemaran melamin termasuk yang terbaru memba...

Warga SMK Rosli Dhoby 2008

Image
Warga Pendidik SMK Rosli Dhoby (Klip Gambar Untuk Besarkan) Kakitangan Sokongan SMK Rosli Dhoby Tingkatan 2G (KRK) Kelab /Persatuan

Mengapa TKO.fm diganggu?

Image
Oleh : isma daud Saya setiap malam mengikuti siaran tko.fm dan seronok mendengar celoteh GB yang penuh nasihat dan bervariasi. Pelbagai perkembangan terkini pelbagai isu dalam tanahair diulas dengan berani. Info yang dibawa mengubat rasa rindu saya kepada hidup berjamaah walaupun jauh berada di Sibu, rasa macam satu usrah di udara pula. Malam ni saya masuk agak lewat. Radio sunyi je dan tiada kedengaran suara GB. Apa berlaku agaknya? Saya semak Cbox GB; semacam ada pengacau yang memporak perandakan laman blog GB ni. Ada juga manusia macam ni, masuk rumah orang nak jadi pengacau sehingga timbul kacau-bilau suasana yang biasanya aman damai. Kalau berbeza pendapat tu biasa, tapi bila lahir pengacau ni suasana aman jadi kacau. Apa tujuan mereka ini mengganggu tko.fm ni. Puak mana ni? Dengan nama "nickname" pun macam pengacau, menggunakan bahawa agak kasar dalam dialek kelantan sehingga timbul pra-sangka tak enak kat karpet GB tu. Sesiapa pun boleh masuk kat karpet tu untuk kita ...

Beri ibu tempoh

Image
Oleh Muhd Izawan Baharin izawan@hmetro.com.my SEREMBAN: Ibu kepada seorang bayi yang ditemui di bawah sebatang pokok dengan dibaluti bendera Jalur Gemilang berhampiran rumah guru Felda Palong, Gemas, 7 September lalu diberi tempoh sehingga 22 Oktober ini untuk tampil sebelum perintah mahkamah dikeluarkan untuk meletakkan bayi itu di pusat jagaan kanak-kanak. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Mizan Maulud, berkata sejak bayi yang dinamakan sebagai Ariff Danial itu ditemui, pihaknya gagal mengesan ibu atau keluarganya. “Bayi itu berada dalam jagaan JKM selama sebulan sehingga ibunya dikesan, tetapi jika dia enggan tampil, kami akan memohon perintah mahkamah meletakkannya di bawah pusat jagaan kanak-kanak,” katanya yang ditemui, semalam. Bayi itu ditemui orang awam kira-kira jam 1.30 tengah hari di tepi jalan dipercayai baru dilahirkan dengan dibaluti dengan Jalur Gemilang. Setakat ini, pemeriksaan di Hospital Jempol mendapati bayi itu sihat cuma terdapat kesan...

Antara Jelapang Dengan Senapang

mStar Abdullah dan Najib kongsi jenaka tentang pertukaran portfolio PUTRAJAYA: Pertukaran portfolio Kewangan dan Pertahanan antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini boleh dikaitkan dengan jelapang dan senapang. "Ada orang Umno tanya saya kenapa Pak Lah bagi jelapang, ambil senapang," kata Abdullah secara berseloroh. Jelapang yang dimaksudkan merujuk kepada Kementerian Kewangan yang diibaratkan sebagai "jelapang duit" manakala senapang merujuk kepada Kementerian Pertahanan. Beliau berkata demikian di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008 dan majlis penghargaan kepada bekas Menteri Kewangan serta meraikan Menteri Kewangan yang baru di Kementerian Kewangan di sini. Terdahulu Najib ketika berucap di majlis itu berkata: "Perbezaan antara jadi Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan ialah apabila menjadi Menteri Pertahanan, tengah malam dapat panggilan telefon pasal plane crash tapi jadi Men...

Akui terima laporan adegan panas pelajar

Image
Kosmo KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran mengakui ada menerima laporan penglibatan pelajar dalam kes melakukan rakaman klip video lucah dan menubuhkan satu jawatankuasa khas menanganinya. Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ismail berkata, pihaknya menerima beberapa laporan orang awam mengenai perkara itu dan sebahagiannya mempunyai asas sebelum ini. "Kita memang menyiasat setiap aduan yang sampai kepada kita, kita tidak ambil mudah kerana ia melibatkan anak bangsa kita sendiri," tegasnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam. Beliau mengulas rakaman aksi panas pelajar melalui telefon bimbit dan didakwa sudah disebarkan secara meluas. Menurut Razali, selain itu, kementerian juga menerima aduan rakaman laporan berhubung pembikinan tiga klip video seks di kalangan pelajar di Sarawak dan Pahang. Katanya, langkah itu dilaksanakan menerusi Jawatankuasa Gejala Sosial KPM yang dipengerusikannya dan beliau berjanji tidak bertolak ansur terhadap pihak terbabit. Ulasan: isma daud Timb...

Barangan kita pun ada kadar Melamine yang melampau !!!

Image
Diciplak dari NO2umno AKu tak tau apa strategi kerajaan Malaysia di dalam isu Melamine yang timbul dan di kesan di China. Kita tidak tahu berapa lama kita dan 'muntah kedarah' barangan makananan yang mempunyai kadar melamine yang bahaya. Kita sibuk bercerita tentang makanan dari China sedangkan makanan produk tempat turut merbahaya. Kerajaan Malaysia pun cukup pandai main isu. Kesemua barangan dari China akan di pantau dan di periksa. Kita tidak pernah ambil peduli sehingga barangan ini masuk ke Malaysia tanpa batasan. Bila musim perayaan, barangan ini lah yang menjadi santapan kita. Kerana harga dan kerana rasanya sedap sangat. Kita pun belasah kerana ia murah dan adakalanya percuma. Sedar sedar, sekarang ni kematian yang melibatkan usia muda, cukup kerap. Belum sampai umur 40, ramai yang meninggal dunia. Alasan kematian adalah sakit jantung dan sebagainya. Tiada istilah melamine di sebut maka, kita tidak tahu efeknya pada kesihatan kita. Kita tahu bahawa melamine adalah ...

Solat ; Seluar Jangan Terlondeh

Image
Oleh isma daud Menurut kamus dewan ; perkataan terlondeh bermaksud t erlepas, terlorot atau terlucut ke bawah . Sudah semacam menjadi trend - bukan sekarang tapi sudah lama - masyarakat kita pergi solat Jumaat memakai seluar. atau solat yang lain sama juga. Apa yang menyentuh hati saya ialah sikap pengabaian tentang aurat ketika solat . Sebahagian kita memikirkan memakai seluar panjang sudah memadai untuk menutup aurat. Apa yang tidak terfikir oleh sebahagian kita ialah memakai seluar terlondeh dan baju singkat sehingga terbuka di antara aras pinggang dan labu punggung sehingga nampak kulit merupakan perkara yang membatalkan solat kerana aurat terbuka . Aurat dalam solat bagi lelaki ialah dari pusat hingga ke lutut. Maksudnya pusingan pada aras pusat dan ke bawah. Perkiraan aurat itu dari pandangan atas yakni mestilah seluar yang kita pakai itu tidak terlondeh dan baju tidak tersingkat ke atas sehingga nampak kulit dan lurah punggung. Cadangan saya ialah orang yang mahu solat m...