Was-was Tentang Mandi Hadas

Oleh isma daud


Jawapan;

Wa'alaikumussalam w.m.t. Puan Marina.

Semoga sihat walafiat bersama keluarga tercinta. Saya juga ingin melahirkan rasa syukur kerana puan sudi berhubung dengan saya. Saya mohon maaf kerana lambat membalas emel puan tempohari.

Permasalahan puan tu sebenarnya atas rasa kekeliruan sahaja. Sebenarnya Hadas besar itu meliputi hadas-hadas yang lain. Jika seseorang sudah berniat mengangkat hadas yang besar secara automatik terangkatlah hadas kecil dan besar seperti tidak perlu berwudhuk lagi kecuali kita melakukan perkara yang membatalkan wudhuk. Begitu juga hadas haid, janabah (bersetubuh), Wiladah (beranak), Nifas dan keluar mani.


Contohnya puan baru melahirkan anak dan masih ada nifas maka puan suci daripada darah nifas barulah puan mandi hadas. Jika puan ingin mengangkat kedua-duanya cukup berniat "sahaja aku mengangkat hadas yang besar pada seluruh tubuhku kerana Allah SWT" maka terangkatlah hadas wiladah dan nifas".

Tapi jika puan berniat satu-satu maka seperti niat wiladah dan nifas berasingan maka puan kena mandi berasingan. Contoh : "Sahaja aku mengangkat hadas kerana wiladah pada seluruh badanku kerana Allah SWT" maka hadas wiladah sahaja yang terangkat sementara hadas nifas tidak.Begitu juga hadas haid dan lainnya.

Maka puan eloklah berniat dengan niat yang saya sebut "Hadas Besar" kerana satu niat merangkungi hadas yang lain.

Jadi pada pemahaman saya kepada permasalahan puan tu tiada masalah apa-apa cuma was-was sahaja. Dari sudut syarak jika sudah mandi hadas besar terangkat lah hadas yang lain. Saya harap penjelasan saya ini dapat membantu puan dan tidak terganggu lagi dalam menjalani kehidupan seharian. semoga Allah SWT merahmati puan, Insya Allah SWT.

Jika masih ada kekeliruan sila emelkan saya lagi, insya Allah saya sedia membantu selagi diizinkan oleh Allah SWT.

Sekian, Wassalam.



Soalan


Salam,

Saya ingin bertanya tetang mandi hadas besar selepas bersalin ade 2, iaitu mandi wiladah dan hadas besar. Boleh saudara terangkan serba sedikit tentang mandi hadas besar tu....

Sekarang saya dah lepas pantang hampir 3 bulan dan rase was-was tentang mandi ni, pose pn dah nak dekat, saye takut solat saye selama ni xditerima.

maaf ye, saye dapat alamat saudara secara kebetulan dan terima kasih kerana sudi membaca email saya.


From - puan marina ibrahim

Comments

Anonymous said…
assalamualaikum...

saya ada membaca satu artikel mengatakan mandi wiladah hukumnyer wajib..
dan setelah saya membaca jawapan dari ustaz berkenaan dengan pertanyaan Pn Marina..saya menjadi agak keliru..
hal ini kerana,apa yang saya faham dari artikel tersebut bahawa wiladah adalah wajib selepas sahaja kita melahirkan anak..dan nifas pula selepas habis nya tempoh nifas..
bagaimana pula dgn jawapan yg diberikan oleh ustaz seperti diatas iaitu wiladah dan nifas boleh disekalikan?

mohon ustaz dapat menjelaskannyer..

drpd : pn haslina
isma daud said…
Respond kepada emel/komen puan Haslina.

Jawapan yang saya berikan sesuai dengan permasalahan puas Marina. Setelah 3 bulan dia beranak baru dia was-was apakah dia telah mandi wiladah dan mandi daripada hadas nifas.

Jika dia sudah berniat mandi hadas besar atau "hadasul akbar" seperti dia menyebut "Sahaja saya mengangkat hadas yang besar atas badanku, fardu atasku kerana Allah taala" sudah memadai atas semua hadas. Maknanya hadas wiladah, nifas dan lainnya sudah terangkat. Jadi tidak timbul was-was lagi persoalan apakah sudah mengangkat hadas wiladah dan lainnya.

Namun jika dia mengangkat hadas wiladah selepas beranak; dia berniat untuk wiladah sajalah. Masa mandi kerana hadas nifas; Nifas saja. Begitu juga untuk janabah(bersetubuh) dan haid. Dalam penggunaan harian; banyak kitab dan buku menggunakan "Hadasul Akbar", tidak janabah saja atau haid sahaja. Ini menunjukkan perkataan "hadasul Akbar" itu merangkumi hadas yang lain termasuk wudhuk.

Wallauhu A'lam!!!
Anonymous said…
'HUKUM WANITA BELUM BERKAHWIN MENJADI IBU SUSUAN'

Assalamualaikum ustaz..

Baru -baru ni terdapat satu topik yang diperbincangkan antara saya dan rakan2 di tempat kerja saya.
Pada zaman sekarang,ramai yang kita dengar wanita2 yang tidak berkahwin mengambil anak angkat dan mendapatkan suntikan bagi pengeluaran susu badan..sedangkan mereka ini masih belum berkahwin.
oleh itu,apa yang dimusykilkan di sini..apakah hukum bagi keaadaan sedemikian?

saya harap ustaz dapat memberikan sedikit penjelasan..

terima kasih.

Haslina.
isma daud said…
Salam buat Haslina;

Persoalan yang Haslina tanya ini merupakan perkara baru yang berlaku dan menjadi perkara khilaf dikalangan ulama. Sehingga kini rasanya belum ada ketetapan majlis fatwa mengenainya. Saya rasa persoalan ini pernah jadi tajuk berita seawal tahun 2007 dulu.

Walaupun begitu; pada hemat saya, untuk menjadi ibu susuan kepada bayi;mengikut mazhab syafie; mestilah bayi itu berusia dua tahun ke bawah dan menyusu badan dengan ibu itu untuk lima kali kenyang... Jika seorang perempuan itu berupaya mengeluarkan susu badan adalah harus menyusukan bayi mengikut syarak. Mana-mana perempuan yang boleh mengeluarkan susu harus menyusukan bayi.

Untuk mendapat susu halal tidak mestinya melalui perkahwinan. Ia boleh mendapatkan susu tersebut termasuklah menggunakan kaedah suntikan hormon atau kaedah sainstifik dan sebagainya yang mesti dilakukan oleh pihak pakar perubatan dan disahkan selamat. Kalau menjadi pertikaian hukum pun adalah berkaitan penggunaan suntikan horman tersebut.

Sekiranya terdapat kesan sampingan yang boleh memudharatkan wanita tersebut hasil daripada pengambilan pil atau suntikan hormon penggalak susu,tentunya perbuatan ini tidak dibenarkan oleh syara'.

Firman Allah s.w.t:

Ùˆَلاَ تُÙ„ْÙ‚ُوا بِØ£َÙŠْدِيكُÙ… Ø¥ِلىَ التَÙ‡ْÙ„ُÙƒَØ©ِ

Maksudnya:Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan.

(Surah Al Baqarah :195)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda:

لاَضَرَروَلاَضِرَار

Maksudnya:Tidak boleh memberi mudharat dan menerima mudharat

Dalil dalil ini jelas menunjukkan bahawa syara' tidak membenarkan pengambilan ubat atau suntikan hormon sekiranya boleh membawa mudharat kepada sesorang individu.Untuk mengetahui mudharat ataupun tidak kita serahkan pada ahlinya iaitu doktor kesihatan.

Perkahwinan adalah bukan mendapatkan susu, perkahwinan adalah mengharuskan hubungan kelamin dan mendapatkan zuriat yang sah disudut syarak.

Namun nasihat saya bagi mana-mana perempuan yang mengambil anak angkat elok kalau mereka mampu menyusu badan kepada anak tersebut supaya mudah dikemudian hari agar anak itu dapat menjaga mereka tanpa melibatkan batas-batas syarak seperti aurat dan wudhuk serta hukum-hukum lain.

Anak susuan adalah digolongksn sebagai haram selama-lamanya untuk berkahwin dengan ibu susunya. Kedudukan ibu susu sama dengan kedudukan ibu sendiri.

Berikut adalah faktor kemungkinan yang boleh disenaraikan bagi punca wanita bujang menyusukan anak melalui pengambilan pil atau suntikan hormon penggalak susu adalah:

-Wanita yang sudah berusia lanjut dan belum berkahwin tetapi ingin memiliki anak.

-Naluri wanita yang inginkan anak tetapi tidak mampu memilikinya atas sebab usia ataupun mandul.

-Kepentingan kerjaya sehingga tidak mahu berkahwin tetapi ingin memiliki anak dan tidak mahu mengharungi kehidupan berumahtangga.

Wallahu A'lam.

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?