PRK P36 Kuala terengganu : Petunjuk Daripada Suasana Paling Aman Dan Telus

Oleh isma daud

PAS@PR menang di Kuala Terengganu. Sunyi sepi TV di M'sia melainkan sekadar menyiar keputusannya saja....

Syukur kepada Allah SWT yang memberi kemenangan kepada suara rakyat, suara perubahan.

Sejak dari pengumuman calon oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang; yang disifatkan mengejut sudah ada aura kemenangan. Seolah pertandingan peribadi calon bukan lagi kepada populariti tetapi kebersihan peribadi calon mula terbina. Sungguh tepat bacaan politik Tuan Guru.... Semacam kata Tuan Guru :" Tidak Rugi Orang Yang Berisytisyarah dan Tidak Menyesal Orang Yang Beristikharah".

Bila saya mendengar laporan polis yang menjaga keselamatan dan kelancaran PRK P36; bahawa ini pilihanraya terbaik dalam siri pilihanraya di Malaysia dan sasaran SPR bahawa 90% pengundi keluar mengundi tidak tercapai; maka ada tiga perkara besar dalam kepala saya. Selain isu-isu sampingan yang tidak menguntungkan UMNO@BN dan menguntungkan PAS@PR.

Pertama: BN tidak kuat lagi; kerana kesombongannya lebur lebih awal. BN tidak boleh lagi bergantung kepada kempen TV@Radio, tawaran kebendaan kerana rakyat tidak berminat dengantawaran pilihanraya sebegitu. Rakyat mahu kerajaan yang tahu menghargai rakyat bukan menggula-gulakan rakyat dengan harga yang murah. Sekarang ni pun orang tidak hairan tawaran sebegitu; bagi rakyat hak rakyat perlu kembali kepada rakyat. Kerajaan tidak perlu sebut macam Datuk Najib sebut : "Rakyat perlu akui bahawa BN berjasa kepada rakyat dari seseorang itu lahir sampai mati...sampai mati". Bunyi angkuh sangat. Lupa kepada Allah SWT yang memberi...Ingat tu BN... Rakyat tidak suka orang sombong, Allah SWT lagi tidak suka...

Kalau ikut PRK yang lepas seperti PRK Bukit Payong dan Teluk Pasu dulu. Polis, FRU, Askar, Semua jentera kerajaan dan kepentingan UMNO dikerah atas nama menjaga keselamatan dan kelancaran pilihanraya tetapi berperanan dalam masa yang sama untuk menakutkan rakyat. Memang rakyat takut. Tapi kali ini tiada pula rakyat merasa takut. Dulu orang takut dengan UMNO@BN tapi kini tiada lagi rasa takut itu. Memang anggota keselamatan negara menjalankan tugas mereka untuk menjaga keamanan. Terima kasih Kepada Polis, SPR dan Pengerusinya yang baru; Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof .

Kedua: Tiada pengundi hantu @ hantu tidak berhantu; Dalam suasana aman dan selamat; tiada sebab orang tidak keluar mengundi. Mengapa 79.3% saja yang sanggup keluar mengundi? Tiada sebab orang mahu pulau pilihanraya. Tiada sebab orang takut untuk keluar mengundi. Suasana aman ini sepatutnya orang lebih terdorong untuk mengundi. Apakah 10% yang tidak mencapaikan peratusan keluar mengundi itu kepada 90% sebagaimana sasaran awal pihak SPR membandingksn peratusan keluar mengundi bagi PRU12 lali; tidak sempat berhantu kali ini atau hantu-hantu itu telah insaf. Atau SPR dan Polis juga insaf? Mereka tidak perlu ikut arahan UMNO dan BN lagi....

Jelasnya rakyat mahu bagi signal bahawa rakyat mahukan perubahan dalam pucuk pimpinan negara. Siapapun dalam BN tidak penting lagi.... BN sudah jadi macam pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia. Siapa pun main orang tidak peduli lagi kerana orang dah yakin kalah. Kalau menang pun peraingkat awal je. Anti Klimaks!!!

Faktur ketiga: Itulah orang sudah mahukan perubahan...



Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?