Keputusan PMR 2008 Sek Men Kebangsaan Rosli Dhoby Memberangsangkan

Oleh isma daud

Semasa keputusan PMR 2008 diumumkan; saya masih lagi berada di kampung saya, di Kuala Terengganu. Masa tu tengah sibuk buat persiapan untuk balik semula ke Sibu. Tempat yang menjadi fokos saya dan isteri ialah Pasar Besar Kedai Payang Kuala Terengganu. Belilah apa yang patut untuk dijadikan ole-ole ke sibu , Sarawak nanti.

Kepada semua pelajar yang CEMERLANG dalam PMR 2008, saya ucapkan "TAHNIAH" . Kepada yang berjaya dan buat kenduri kesyukuran saya ucapkan terima kasih kerana ingat dan jemput Ustaz ke majlis tersebut. Semoga Kejayaan Akan Terus Jadi Milik Anda Pada Masa Akan Datang. Jangan Cepat Lupa Diri. Nanti Buruk Padahnya. Kepada Yang Gagal Jangan Putus Asa. Cuba Lagi...


Keputusan PMR lalu adalah memberangsangkan walaupun peratus lulus keseluruhan ialah 73.7% menurun sebanyak 1.56% berbanding tahun 2007 iaitu 75.26%.

Dari segi kualiti pencapaian tahun 2008 lebih baik berbanding tahun sebelumnya dimana 9 orang pelajar memperoleh ( 8A ) dalam semua mata pelajaran, 3 orang mendapat ( 7A ) dalam semua mata pelajaran, 8 orang mendapat ( 7A,1B ), 10 orang mendapat ( 6A,2B ), 2 orang mendapat ( 6A,1B ), 1 orang mendapat ( 6A,1B,1C ) dan seramai 42 orang yang mendapat 5A dalam mata pelajaran yang dambil.

Berbanding dengan tahun 2007; hanya 5 orang yang mendapat semua A dalam lapan pelajaran yang dambil. 12 orang mendapat (7A,1B) dan seorang mendapat ( 7A ) dalam semua mata pelajaran.

Sekalung tahniah juga kepada semua guru yang tekun berusaha untuk kecemerlangan pelajar dan sekolah. Buat kalian Allah SWT tetap membalas jasa dan pengorbanan kalian...

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?