Sepanjang Jalan Di Sibu

@Facebook ~ "Tinta Dakwah Al Maranji"

~ Salam Persahabatan , Terima Kasih.

Friday, January 16, 2009

Boikot Yahudi: Mari kita bina kekuatan

Oleh isma daud

Saya dijemput oleh Tuan Hj Imam Siraj untuk menyampaikan khutbah jumaat pada hari ini. Saya memilih untuk menyatakan sokongan saya kepada perjuangan umat Islam di Palestin khususnya kepada pejuang-pejuang Islam yang berjuang mempertahankan tanahair dan agama daripada pencerobohan Israel dan Yahudi. Namun khutbah itu terbatas dan saya suka memanjangkan lagi perbicaraan mengenai penderitaan umat Palestin dan Kecelaruan kita dalam menentukan pendirian dalam memboikot barangan yang ada kaitan dengan yahudi...

Sejak 27 Disember 2008 sehingga saat ini sudah 20 hari pencerobohan berlaku; sudah seribu lebih rakyat Palestin terkorban dan ribuan rakyat yang lemah tercedera serta kemusnahan harta benda yang tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman saja akan merasakan penderitaan rakyat Palestin. Tiada kekuatan melainkan suara sokongan kepada mereka dan bantahan kepada Yahudi laknatullahi alaihi. Tiada keupayaan melainkan doa dan solat hajat yang kita panjatkan kehadrat Allah SWT agar memberi kemenangan kepeda ummat Islam. Dalam pada itu serangan demi serangan yang nampaknya tidak mahu berhenti. Semoga Allah segera membantu pejuang -pejuang Islam khususnya HAMAS dalam mengekang kemaraan tentera zionis yahudi.

Apa yang ada kepada ummat Islam? Berhimpun, berarak menyatakan sikap kita. Membakar bendera Yahudi. Melaungkan suara memboikot barangan yang dipaksikan kepada yahudi. Namun sejauh mana ummat Islam benar-benar merealisasikan suara boikot ini. Jika ianya difahami oleh setiap ummat Islam; lambat laung kita berjaya melumpuhkan ekonomi mereka.

Namun dalam pemerhatian saya; kita seakan lumpuh jika bercerai dengan yahudi; makan yahudi, minum yahudi, pakai yahudi, tidur yahudi, nak berkomunikasi yahudi....yahudi...yahudi. Betapa berjayanya mereka menguasai ummat Islam sehingga dalam seluruh kehidupan sedang dikuasai oleh ulikan yahudi.

Kita ummat Islam di Malaysia perlu cepat kembali kepada ajaran al-quran dan hadis. Melawan yahudi mesti melalui jalan yang diterokai oleh yahudi. Kita mesti mengembalikan orang Islam supaya yakin kepada Allah SWT dengan cara menumbangkan segala sistem yang berpaksikan kepada penjajah dan pemikiran yahudi. Kalau tidak perkataan kita, perjuangan kita adalah bersalut nifaq semata-mata. Orang yahudi sangat berpegang teguh dengan ajaran mereka sehingga mereka berbangga dapat membunuh ummat Islam yang dianggap sebagai anjing-anjing... mengapa kita tidak yakin dengan kebenaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Tanpa iman yang kuat apa pun suara menentang yahudi akan kecundang.

Sehingga saya menulis ini; seorang anak muda bertanya kepada saya mengapa kita perlu merasakan kita perlu berkorban untuk ummat Islam di Palestin? Mengapa kita tidak boleh masuk KFC? McD? Makan makanan dan menikmati sesuatu yang yang kita suka? Megapa perlu menyumbang dan sampaikah kita kepada sasarannya iaitu bantuan itu benar-benar sampai kepada mereka yang sebenar yakni umat Islam Palestin yang sebenarnya?

Jika ummat Islam tidak yakin; mempersoalkan perjuangan membela ummat Palestin; bukan salah mereka semata-mata. Ini kerena mereka tidak terdidik dengan cinta Allah SWT dan Rasul. Mereka terdidik untuk cinta artis, puja artis, hidup tanpa matlamat besar dan hebat. Hidup ini sekadar melaksanakan apa yang patut pada fikiran sendiri jauh daripada apa yang ditetapkan oleh Allah SWT dan RasulNya.Hidup untuk dunia. DUNIA.

Tanpa cinta Allah SWT dan RasulNYa maknanya tiada kemanisan iman dalam diri seseorang itu. Tanpa cinta kepada saudara seislam maka maknanya tiada kecantikan iman di dalam jiwa. Jika untuk membaikot barangan yang ada kaitan dengan Amerika dan Yahudi kita merasa keberatan di dalam hati... Televisyen nampaknya tidak menampakkan mereka boikot barangan yahudi bahkan iklan dan hiburan berjalan macam biasa; bagaikan tidak mahu berhenti.... Jadi untuk apa boikot yang diwar-warkan itu. Sekadar melepas batuk di tangga???

Jelasnya kerajaan bersidang dalam Parlimen dan membuat resolusi. PBB pun bersidang membuat resolusi....namun apa yang berjalan,,, berjalan macam biasa sahaja.

Persoalannya; mengapa segala tindakan tertumpu kepada rakyat sahaja? Mana mereka yang mempunyai kekuasaan baik kuasa, senjata dan harta? Jika berlaku Thunami kita dapat lihat bantuan dengan cepat datang tetapi melibatkan Yahudi-Palestin; segalanya menjadi lambat dan terkebelakang? Bantuan tidak datang mencurah-curah? Nampak sangat kita orang Islam terkebelakang dalam soal bantuan kemanusiaan. Orang bukan Islam lebih berusaha dan cepat dalam memberi bantuan. Tetapi jika melibatkan bantuan daripada ummat Islam seakan sukar untuk sampai. Benar sungguh kita ummat Islam sedang lumpuh dalam segala hal.

Ya Allah inilah sebabnya umat Islam hari ini terhina dan tidak digeruni musuh. Mereka ramai tetapi bak buih-buih ombak yang menghempas pantai. Banyak tetapi hanyut dan berkecai. Sebabnya kita telah meninggalkan Jihad Fi Sabilillah dan natijahnya; kita menerima kehinaan daripada Allah SWT.

Saya sangat bersetuju dengan apa yang di suarakan oleh Che Det dalam blognya: BOYCOTT
1. I would like to have the Malaysian Armed Forces attack the United States and Israel.
2. But I don't think the Government and the MAF would agree with me.
3. So what do we do?

Bagi saya; Palestin mengajar kita untuk menilai iman kita. Jika kita masih mempersoalkan keperluan perut dan nafsu kita; maka jalan boikot adalah jalan buntu..... tapi ia mengajar kita supaya menyediakan plan alternatif; membina jenama kita, jenama iman dan Islam.

Kita mesti memiliki produk yang boleh mengatasi mereka. Jika segala keperluan hidup kita tidak lagi bergantung dengan mereka , pada masa itu baru kita boleh boikot mereka. Oleh itu umat Islam mesti kembali kepada kecintaan kepada iman dan Islam. Kembali kepada jihad dalam menyempurnakan keperluan hidup. Tanpa jenama Yahudi pun kita tidak kebulur. Kalau kita boleh bertahan dan yakin; insya Allah SWT usaha boikot umat Islam akan berjaya...

Mampukah kita; tanpa makan di KFC, tanpa minum COKE, tanpa melayari internet, tanpa mengguna jenama yahudi? ......... Aduh sukarnya.

Memilih jalan BOIKOT maknanya kita memilih plan jangka panjang untuk melawan yahudi. Untuk jangka masa panjang itu bermaksud satu generasi ummat Islam Palestin mati, apa salahnya, jika di suatu masa nanti, segala keperluan hidup sudah kembali ke tangan umat Islam. Masa itu Yahudi baru gerun dengan umat Islam sebab kita sudah ada alternatif...

Wahai rakyat Malaysia, tanah kita subur, jangan dibiarkan, hasil kita banyak; jangan dibazirkan, sumber kita banyak jangan disia-siakan. Jika kita bersatu hati; kita mampu keluar sebagai pengeluar makanan untuk dunia. Saya yakin kita dapat boikot Yahudi pada masa itu...Ingat kita kena yakinkan dunia Islam; bahawa mereka mesti membeli dengan kita; bukan dengan Yahudi lagi....

Selagi kita menggunakan jenama mereka; kita hanya bercita-cita saja untuk menentang rejim yahudi. Ingat kita kena lawan yahudi bukan setakat rasa benci kita kepada mereka kerana ceroboh kedaulatan bumi rakyat Palestin ni saja... Kita kena lawan yahudi sampai kiamat sebab mereka lawan kita sampai kiamat....

No comments:

Related Posts with Thumbnails