Posts

Showing posts from January, 2009

Hati Penuh Dendam : penawarnya hanya zikrullah

Image
assalamualikum ustaz. nak mintak tolong sikit. boleh ustaz tolong beri nasihat macam mane nak tenangkan hati dan memaapkan orang yang buat salah besar dengan kita.macam mana nak elak diri kita dari menyimpan dendanm? hrap ustaz sapat tolong dan dapat balas dengan segera. harap sangat2. terima kasih. daripada: alamat : xxxxxxx66@yahoo.com perkara: minta tolong tarikh :30 jan 2009 respond daripada isma daud ; 1. Saya mulakan salam untuk anda,salam persaudaraan dan kesejahteraan. Saya harap nasihat saya ini berguna dan berfaedah untuk anda. Oleh kerana anda ada keyakinan kepada saya, saya cuba membantu anda sedaya mungkin. 2. Memang benar anda tertekan di saat ini. Daripada patah ayat yang anda tintakan itu dapat saya gambarkan anda berada di bawah tekanan. Saya teringat zaman saya remaja dahulu, satu lagu yang menjadi siulan remaja pada masa itu ialah "Meniti Titian Usang" nyanyian SEARCH. Boleh tahan juga saya berlagu dengan lagu itu pada waktu itu. Di antara lirik yang meleka...

500 pencinta bahasa Dijangka Hadir Ke Himpunan Bantah PPSMI

Image
Eksklusif : Sasterawan Negara Dijangka Hadir Ke Himpunan Bantah Pembelajaran Matapelajaran Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris !! KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 pencinta bahasa dijangka memenuhi ruang depan kompleks membeli-belah Sogo membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI) esok. Beberapa tokoh utama bahasa seperti bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad, penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan penulis Ainon Mohd akan turut serta. Keempat-empat mereka menganggotai jawatankuasa Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), penganjur tunjuk perasaan itu yang dinamakan majlis pelancancaran perhimpunan besar 100,000 rakyat. Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (foto) turut diura-urakan akan menyertai majlis pelancaran itu. Dihubungi hari ini, beliau bagaimanapun masih berteka-teki dengan berkata: "Awak tengoklah esok." Setiausaha GMP Hasni Abas memberitahu, tokoh-toko...

Recep Tayyip Erdogan Patut Dipuji

Image
ulasan isma daud; PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan patut dipuji sebagai seorang yang berani bercakap yang benar, menyanggah yang salah dihadapan pemimpin yang zalim. Benar katanya Israel adalah pembunuh tetapi menafikan mereka sebagai orang yang sebenarnya mengganas di Gaza. Recep Tayyip Erdogan berkata: "Kamu Bunuh Mereka" merujuk kepada Gaza, Palestin. ERDOGAN berjalan meninggalkan Forum Ekonomi Dunia selepas berbalah dengan Peres (duduk dua dari kanan) di Davos kelmarin. Kita perlukan pemimpin Islam yang berani, berani mengucapkan kepada orang yang zalim itu sebagai penzalim. Sesungguhnya tindakan beliau mewakili suara umat Islam yang lain di hadapan pemimpin yang zalim. Kepada pemimpin Arab dan Islam yang lain; Recep Tayyip Erdogan patut dicontohi. Beliau meninggalkan majlis sebagai protes. Bila tidak dibenarkan berucap apa maknanya beliau terus berada di situ. Saya sebagai insan yang kerdil teruja melihat keberaniannya. Benarlah Sabda Rasulullah SAW: "Aka...

Menangani Ekonomi Gawat ; Binalah Skill @ Kemahiran Diri

Image
Oleh isma daud Sejak semalam saya hanya berada di rumah, hujan pun turun tidak berhenti-henti biarpun tidak lebat. Beberapa kawasan di Sarawak mungkin dilanda banjir kali kedua . Sementara di Sibu ada juga yang kena banjir, dari banjir pertama dulu; belum surut-surut lagi air. Ini tambah hujan turun lagi biarpun tidak lebat. Saya juga turut terbawa-bawa dengan suasana sejuk, rasa malas saja untuk menulis. Biarpun di luar sana hujan turun mencurah, idea saya pula macam nak kemarau pula. Sejak hari Sabtu lalu, saya bercuti kerana tahun baru cina. Rasa panjang pula masa hari-hari yang dilalui. Kalau tidak tu rasa sekejap saja sesehari yang dilalui. Bila lama di rumah ni saya banyak membantu orang rumah memasak di dapur. Orang rumah pula dalam suasana hujan dan ekonomi tidak menentu ini; mencurah pula rezekinya. Sejak tamat kursus jahitan (kelas dewasa)anjuran Pusat Latihan Pembangunan Belia Sarawak - 4 tahun dahulu, dia kian banyak menerima tempahan untuk jahitan. Memang dalam bidang masa...

Adab Masjid : Ramai Orang Islam Abaikan

Image
Oleh : isma daud Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai Bani Adam, Ambillah perhiasan ketika kamu berada di masjid, makan dan minumlah dan jangan kamu membazir, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang membazir." Surah Al-A'raaf;ayat 31. Melalui pemerhatian saya, saya dapati kita (sebahagian) umat Islam melayu ni kurang berdisiplin. Baik atas jalan raya, tempat awam sehinggalah ke masjid. Sikap sebahagian kita bagai "pahat dengan pemukul". Jika diwar-warkan sesuatu hal adalah perubahan sedikit. Kalau nampak orang kurang bercakap sesuatu isu itu, mula lalai dan buat salah lagi... Sampai bila sikap seperti ini boleh berubah, tak taulah. Dah sedarah daging agaknya kita dengan perangai tidak berdisiplin. Itu tandanya jati diri umat Islam berada dalam tahap kritikal. Disiplin diri adalah asas kejayaan dalam apa usaha yang kita lakukan; barulah kita mudah memperolehi kejayaan. Kembali kepada persoalan saya kepada disiplin diri kita sewaktu berada dalam rumah ...

Sebuah Sketsa : Mencari Keutamaan

Oleh isma daud Catatan : Senario di Sarawak amnya dan Sibu khasnya, bila ada kematian atau majlis tahlil, semua solat dibuat dirumah yang ada kematian tersebut. Jika rumah dekat dengan surau dan masjid, maka surau dan masjid itu akan tutuplah jawabnya kerana semua berkerumum di rumah terbabit. Bukan sehari bahkan seminggu atau selagi dijemput oleh tuan rumah. Harapan saya, budaya silap ini dapat semua perbetulkan.... Dan catatan dibawah ini adalah satu daripada kisah benar yang saya alami sendiri. Kisahnya.... Aduh. Beratnya pilihan yang hendah dibuat! Solat Fardhu berjamaahkah, di surau pulak tu atau majis tahlil di rumah sejiran surau? Maka pilihan apa yang patut dibuat? Bagi mereka yang hidup mata hati dan jiwanya; sudah tentulah solat fardhu berjamaah menjadi keutamaannya. Tetapi yakinlah bahawa inilah keputusan yang sudah dibuat oleh sebahagian umat Islam bahawa sesungguhnya solat berjamaahlah pilihan terakhir dan tidak ada keutamaan langsung. Pelik bunyi intro kali ini? Inilah ...

Jagalah Pergaulan Walaupun sesama Mahram

Image
Oleh isma daud Melihatkan apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini dan apa yang dilaporkan dalam akhbar saban hari menyebabkan saya merasakan ada tanggungjawab besar menjelaskan kepada umat Islam tentang betapa buruknya akibat jika berlaku pergaulan bebas sesama ahli keluarga dan rakan taulan tanpa ada bimbingan agama. Sungguh menyedihkan perkara sumbang ini berlaku dalam keluarga orang Islam sendiri. Sumbang Mahram Ramai tidak faham kenapa kita mesti menjaga hubungan dengan orang-orang yang hampir dan ada hubungan "mahram". Timbul persoalan kenapa? Kenapa ya timbul isu "sumbang mahram" dan sebagainya. Sebelum itu patutlah kita merenung kepada sebuah hadis yang mafhumnya "Berdua-duaan di antara adik dan abang ipar atau sebaliknya itu seperti "maut". Cukup jelas bahayanya sehingga Rasulullah saw menyifatkannya sebagai maut. Tapi itu ada logiknya. Yang menjadi persoalan ialah kenapa dalam lingkungan keluarga sendiri ianya boleh juga berlaku. Saya suka...

Kekejaman Kerajaan Thailand Ke Atas Masyarakat Islam Rohingya

Image
Tranungkite Online Oleh shahabudeenjalil "Kami akan menahan bot-boat mereka, menanggalkan enjin bot ini. Seterusnya bot mereka akan ditunda ke tengah-tengah lautan dan kami akan meninggalkan mereka di sana. Angin akan membawa mereka ke India atau ke mana-mana tempat lain. Jika kami tidak berbuat begini, mereka ini akan kembali semula ke sini" Inilah kenyataan seorang pegawai tentera laut Thailand sewaktu terdedahnya gambar-gambar yang menunjukan bagaimana bot-bot ini ditunda ke tengah-tengah lautan Andaman sebelum dilepaskan begitu saja. Gambar yang diambil secara rahsia oleh salah seorang yang terlibat dengan operasi ini. Gambar menunjukan bagaimana boat ini ditunda ke tengah-tengah lautan sebelum dilepaskan begitu saja. Kebanyakan dari mereka ini akan dihanyutkan ke kepulauan Andaman di India atau di Sumatera, Indonesia. Namun majoriti dari mereka ini mati di tengah-tengah lautan. Sebelum dilepaskan di tengah lautan, ada antara tahanan ini melaporkan mereka telah dipukul ta...

Lagi Manusia Berwatak Syaitan : Sanggup Pukul Isteri, Buang Bayi

Image
Oleh Hadzlihady Hassan dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim am@ hmetro .com.my AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam. Insiden itu dilihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan tanpa disedari pasangan terbabit. Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki terbabit mulanya dilihat bersama isteri menaiki Proton Wira hitam sebelum berlaku pertengkaran antara mereka. Lelaki itu kemudian keluar dari kereta lalu mengambil bayi terbabit yang diletakkan di tempat duduk belakang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju. Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain tidak mempercayai bayi t...

Dr Juanda Jaya Mufti Perlis Yang Baru

Image
Oleh isma daud Dr Juanda Jaya bekas naib mufti Sarawak dilantik sebagai Mufti Perlis yang baru. Anak Sarawak lulusan UKM dan Universiti al-Azhar itu pernah bertugas sebagai ketua penolong mufti, kemudiannya dilantik sebagai ketua penolong pengarah di bahagian dakwah jabatan agama Islam negeri. Beliau, 37, yang pernah bertugas sebagai anggota jawatankuasa syariah Perlis, dilantik ke jawatan itu menggantikan Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang menamatkan kontraknya pada 11 November 2008 kerana dikatakan menerima tekanan dari pemimpin UMNO Perlis. Perlantikan beliau menamatkan spekulasi jawatan itu yang kosong sejak dua bulan yang lalu. Pada 7 Oktober tahun lalu, Dr Mohd Asri mengumumkan untuk bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya. Beliau menyifatkan cara pengurusan kontraknya "macam main silap mata". Selamat Maju Jaya buat Dr Juanda Jaya...

Mengamalkan "Talfiq" dalam agama : Haruskah?

Ustaz, Bagaimana kalau kita talfiq dalam satu permaslahan. contohnya wuduk. Saya mengambil wuduk cara syafei tetapi tidak batal wuduk bersentuh dengan perempuan kerana mengikut hanafi. Bolehkah? Anonymous, December 22, 2008 6:33 AM Contohnya dalam bab zakat fitrah kita sudah lama menggunakan kaedah membayar zakat fitrah dengan mata wang sedangkan dalam mazhab kita as-Syafie (r.h.); wajib membayarnya dengan bentuk bahan ruji atau makanan asasi. Perkara ini kita namakan " mazhab muft i" Oleh isma daud Saudara/saudari yang bertanya; Maaf kerana terlepas pandang kepada permasaalahan yang saudara/i kemukakan. Walaupun ada emel, pandangan dan soalan datang daripada pengunjung di blog atau kotak e-mel saya, yang tdak mahu memperkenalkan dirinya (walau hanya sekadar nama samaran@nickname), saya tetap melayan persoalan mereka. Jika saya rasa ianya bermanfaat, saya "post"kan di blog saya ni untuk perkongsian bermakna. Namun dalam perkara yang sensitif dan peribadi , saya aka...

Rintihan dari As-Syahid Syeikh Ahmed Yassin (Bekas pemimpin HAMAS).

Image
Oleh isma daud Nota : ulang siar bagi mengenang nasib pejuang HAMAS dan umat Islam Palestin. dapat saya rasakan betapa diri ini lumpuh macam umat arab juga . sekadar merintih nasib diri kerana tidak mampu berbuat apa-apa melainkan doa dan harapan yang di serahkan kepada Allah SWT. Hinanya diri atas rintihan ini. Saya "post"kan ucapan Al-Marhum As-Syahid Syeikh Yassin bila mengenangkan ummat Palestin yang sedang menderita dan mereka masih berhadapan dengan negara Israel yang terus menjajah mereka. Gambar : Al Marhum As-Syahid Syeikh Ahmed Yassin (Bekas pemimpin HAMAS). Ucapan & doa ini diucapkan selepas cubaan Israel Laknatullah membunuhnya pada 6 September 2003, tapi gagal : " Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat d...

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Oleh isma daud Mandi wajib ada dua atau tiga syarat. Saya pakai dua saja. Pertama : bernait mandi hadas besar. Kedua : meratakan air keseluruh anggota badan sehingga celah lipatan, bulu-bulu dan sebagainya. Bagi mereka yang kata ada tiga syarat; iaitulah menghilangkan sesuatu yang menghalang air sampai ke anggota badan. Pi Mai Pi Mai Tang Tulah antara syarat kedua dan ketiga tu.... Melalui apa yang saudara/saudari ceritakan dalam soalan tu, tiada apa yang patut diwas-waskan. Lagipun sampainya air ke anggota badan tu dapat dilihat dengan mata. Perasaan was-was tu tidak dapat menghilangkan keyakinan (realiti) yang ada. Was-was tu sebenarnya meyakinkan lagi bahawasanya ada saudara gosok di bahagian yang saudara was-waskan itu. Perkara yang asalnya tiada dikira tiada, jika saudara bina atas ada, maka perkara itu tiada was-was lagi adanya gosokan itu berlaku. Mengikut kaedah Usul Fiqh : "Yakin tidak dapat dihilangkan oleh syak" Ingatlah bahawa Was-was itu permainan Syaitan...

Menanti Gerhana

Image
Oleh isma daud Cuaca hari ini terang sebelah pagi dan mula menitiskan manik-manik hujan menjelang tengahari. Sehingga masuk waktu asar cuaca masih redup dan awan hitam membalut ruang angkasa. Mengikut maklumat PLANETARIUM NEGARA, MALAYSIA akan berlaku fenomena gerhana matahari. Jika berlaku kita sunat melaksanakan solat sunat gerhana matahari secara berjamaah. Hukumnya adalah sunat muakkad. Cuma apa yang saya ingin betulkan cara solat yang dicatatkan oleh razor bahawa pada rakaat kedua kena niat solat sunat gerhana. Sebenarnya ia tidak perlu kerana ia masih dalam solat yang sama. Cuma istimewanya solat ini ianya mengandungi dua rakaat, empat rukuk dan empat sujud.Selepas solat sunat dibacakan khutbah bagi memperingatkan akan kebesaran Allah SWT. Semoga Allah SWT merahmati razor atas maklumat yang bermanfaat dan berguna. Harap kesilapan itu dapat diperbetulkan. Sementara itu saya sempat tergelak baca pandangan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang mengenai mina...

Apabila Imam Tersilap Atau Alpa Dalam Solat Berjamaah : Patutkah Makmum Mufaraqah?

Oleh isma daud "Solat berjamaah adalah lebih afdal daripada solat seorang diri sehingga 27 darjat" . Maka dalam melaksanakannya menuntut komitmen bukan sedikit. Tidak kurang pula karenah yang tiba-tiba berlaku ketika solat berjamaah berlangsung. Sebagai manusia biasa segala yang berlaku bukan kehendak kita semata-mata tetapi ketentuan Allah SWT jua yang mengandungi seribu hikmah jua. Menyedari kita adalah hamba Allah SWT yang lemah mengajak kita menginsafi diri dan tidak ada sesiapa yang sempurna. Solat berjamaah mengajak kita menghargai setiap individu dalam kelompok kita. Semacam jari di tangan kita saling kait-mengait dan menguat di antara satu sama lain. Tiada yang boleh beranggapan saya saja yang baik. Semuanya sebenarnya saling berperanan. Eh apa kaitan pula ragam manusia dengan solat berjamaah ni? Ya. Dalam solat berjamaah sebarang kesilapan dan kealpaan boleh saja berlaku. Sudah tentu berbagai ragam dan aksi akan terjadi. Yalah perkara yang tidak terduga ini ben...

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Oleh isma daud Hamba Allah bertanya; i. Apakah hukum memakan ubat yang diproses dengan tanduk rusa ? Saya menjawab soalan ini sekadar apa yang saya tahu dan Alhamdulillah saya cuba maklumat dan ianya selaras dengan apa yang dapat saya rujuk kepada kenyataan dalam blog pejabat Mufti Negeri Kedah; berikut kenyatannya; Juzuk-juzuk ( anggota-anggota ) binatang kecuali ikan dan belalang yang bercerai padanya sama ada binatang-binatang itu halal dimakan ataupun haram sama ada hidup atau pun mati tanpa sembelihan yang sah adalah najis kecuali rambut dan bulu. Manakala juzuk-juzuk binatang yang bercerai daripada binatang yang halal yang hidup atau yang mati dengan sembelihan yang sah maka ianya adalah bersih. Tanduk rusa yang diceraikan daripada rusa yang hidup atau yang mati adalah najis kecuali mati dengan kerana sembelihan yang sah pada syara’ maka ianya adalah bersih yang harus dimasukkan ke dalam ramuan ubat-ubatan dan jika najis adalah diharamkan dimasukkan ke dalam ubat-ub...

Was-was Tentang Mandi Hadas

Oleh isma daud Jawapan; Wa'alaikumussalam w.m.t. Puan Marina. Semoga sihat walafiat bersama keluarga tercinta. Saya juga ingin melahirkan rasa syukur kerana puan sudi berhubung dengan saya. Saya mohon maaf kerana lambat membalas emel puan tempohari. Permasalahan puan tu sebenarnya atas rasa kekeliruan sahaja. Sebenarnya Hadas besar itu meliputi hadas-hadas yang lain. Jika seseorang sudah berniat mengangkat hadas yang besar secara automatik terangkatlah hadas kecil dan besar seperti tidak perlu berwudhuk lagi kecuali kita melakukan perkara yang membatalkan wudhuk. Begitu juga hadas haid, janabah (bersetubuh), Wiladah (beranak), Nifas dan keluar mani. Contohnya puan baru melahirkan anak dan masih ada nifas maka puan suci daripada darah nifas barulah puan mandi hadas. Jika puan ingin mengangkat kedua-duanya cukup berniat "sahaja aku mengangkat hadas yang besar pada seluruh tubuhku kerana Allah SWT" maka terangkatlah hadas wiladah dan nifas". Tapi jika puan...

Jenis Talak Bergantung kepada Sighah @ Lafaz Talak

Oleh isma daud Waalaikum Salam Wahbah Perkataan cerai jatuh talaknya jika disebut dimulut samada disebut secara bersungguh2 atau gurauan. Perkataan "cerai" atau "talak" ialah sighah yang soreh bukan kinayah(sindiran yang memerlukan niat yang memberi makna cerai). Dalam situasi soalan saudara; talak atau cerai yang saudara sebut itu adalah talak/cerai takliq kerana dihubungkan dengan perkataan yang lain. Cerai ini tidak jatuh kecuali sudah berlaku semua perkara yang dilafazkan.Contohnya; Kalau tidak masuk.... kalau isteri benar dia tidak masuk sepertimana masa diajak itu; maka jatuh talaknya ke atas isteri kerana enggannya itu. Takliq itu berakhir pada kala itu saja. jika maksud suami sepanjang masa, maka jika berlaku kemudian harinya isteri tidak masuk; juga jatuh talak pada situasi kemudiannya. Andai berlaku perkataan seperti yang saudara maksudkan lihatlah pada takliqnya.... jumlah talak jika tidak disebut adalah satu talak. Si suami jangan suka bermain-m...

Bunga Api, Gong Xi...Gong Xi... & Tahajjud

Image
Oleh isma daud Suasana Sambutan Tahun Baru Cina sudah mula terasa bila saudara kita dari kaum cina sudah bersedia menyambutnya tidak beberapa detik lagi. Dentuman bunyi mercun dan bunga api sesekali menggegar suasana, yang kekadang rasa terganggu juga. Sampai saat ini masih belum banyak yang berbunyi dentumannya mungkin sehingga lewat malam ni sikit , mungkin tunggu detik jam 12 malam. Masa itu suasana malam bagai dilanda perang... tapi perang mercun dan bunga api. Dari setiap rumah; pelbagai bunyi mercun yang kuat, berdentum-dentam bagai mahu runtuh langit. Percikan bunga api dan mercun bagai tidak langsung dikawal dan tiada yang haram di Sarawak ni... Ada kuat kuasa ke atau tidak sama sahaja. Begitulah hak orang cina, mereka seolah-olah kebal atas nama perayaan sambut tahun baru cina. Bezanya, kalau berkumandang azan dari corong speaker menghala keluar suara muazzin dari lingkungan surau dan masjid; ramai orang cina tidak senang; komplen mengganggu ketenteraman awam. Orang Islam mema...

Lima Asas Utama dalam Merealisasikan Rasa Ubudiyyah Kepada Allah SWT

Oleh isma daud Tugas utama manusia diatas muka bumi ini adalah menjadi hamba kepada Allah SWT. Selaku hamba sudah tentu kita tiada pilihan lain melainkan kita mesti tunduk patuh kepadaNya dan melaksanakan suruhanNya serta meninggalkan segala larangannya. Namun jika ada manusia yang derhaka itu terpulanglah kepada mereka kerana Allah SWT telah memberi segala peluang serta kemampuan untuk manusia mengenal penciptanya yang sebenar. Selaku hambanya amat wajarlah rasanya kita meneliti apakah asas yang boleh kita berdiri di atasnya agar menyampaikan kita kepada jalan Allah SWT. Jalan yang menunjuk kita kepada Redha dan kasih-sayangNya. Saya berpendapat ada lima asas utama yang boleh kita berpijak atasnya bagi mencapai matlamat itu; Pertama: Memiliki Iman yang luhur, yang tiada syak atau ragu walau sedikitpun. Iman merupakan kepercayaan dan keyakinan yang putus dan jazim kepada Allah SWT. Jika ada sedikit sahaja keraguan sudah cukup merobek dan meruntuh asas iman dalam jiwa seseorang. Anda...

Solat Gerhana Matahari 26 Jan 2009 Jam 04:30 ptg

Image
Bahan ilmiah (dengan edit) Sumber : razor SOLAT GERHANA / BULAN / MATAHARI Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda : "إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم) Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.” S...