Respond kepada Fatwa: Nasab Anak Kurang 6 Bulan Qomariah Kepada Suami Ibunya
Oleh isma daud
Fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Perlis pada hemat saya perlu dibincangkan lagi. Bunyi menarik tetapi masih banyak implikasi yang timbul di masa mendatang. Ibarat kata peribahasa melayu: "Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru?" Maksudnya; "Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan".
Semalam semasa saya menonton TV3 dalam rancangan WHI (Wanita Hari Ini) dengan tajuk perbincangan : "Cuba Dulu - Bahagiakah Perkahwinan". Tetamu undangan program itu Yang Mulia Tengku Ismadi (pakar motivasi) mendedahkan bahawa Pejabat Pendaftaran Negara memaklumkan terdapat lebih kurang seramai 250,000 anak didaftarkan sebagai anak luar nikah.
Maka fatwa terbaru ini cuba untuk menutup aib dan pekung para penzina yang menjadi "trend" masyarakat jahiliyyah moden hari ini.
Alasan bertaubat itu perkara kedua. Itu urusan hamba dengan Allah SWT. Namun kesan zina dan nasab keturunan mampukan ditutupkan dengan di:bin:kan dengan suami ibunya sahaja. Cuba bayangkan hari ini baru kahwin dua tiga bulan ; sudah melahirkan anak. Kalau anak dari lelaki asal yang menyetubuhi ibunya sudah timbul pertikaian hukum, inikan pula anak kepada "Pak Sanggup". Maka dengan fatwa ini; "Pak Sanggup" telah diktiraf sebagai wali kepada anak tadi. Ini besar kesannya kepada hukum dan pembangunan sosial masyarakat.
Apa akan jadi kepada zuriat akan datang?
Saya berpendapat aib anak itu dapatlah ditutup oleh ibubapanya; namun perasaan bersalah mereka mampukan mereka dapat memadamnya. Persoalannya siapa pula nanti menjadi wali sebenar mereka bila mereka ingin berkahwin nanti (jika anak itu perempuan), begitu juga kesan pewarisan harta dan perwasiatan jika berlaku kematian. Banyak implikasi hukum akan timbul dikemudian hari.
Banyak lagi implikasi yang anak dan ibubapa ini akan berdepan bila mereka besar nanti. Banyak lagi persoalan yang mesti dibincangkan bukan secara fatwa mentah begitu saja.
Hadis yang dibawakan sebagai asas perbincangan tadi itu tidak menyatakan tempoh perkahwinan ibubapa mereka lebih 6 bulan atau kurang daripada 6 bulan. Apakah persetubuhan itu berlaku dalam tempoh perkahwinan ibu atau sebelum ibu itu berkahwin dengan suaminya sekarang? Begitu juga adalah anak itu hasil daripada zina sewaktu jahilyyah atau zina dalam keadaan mereka asalnya seorang Islam?
Oleh itu saya (pandangan peribadi) perlu diperhaluskan lagi; bukan sekadar membincangkan kesan nasab itu untuk menjaga emosi anak semasa kecil saja. Seharusnya dibincangkan persoalan wali dan orang ramai mahukah menjadi wali dan saksi jika anak ini mahu berkahwin nanti. Kita tidak mahu masyarakat hidup dalam pelbagai persoalan dan timbul konflik dalam keluaraga dan masyarakat pula. Akhirnya si anak ini akan kecewa dengan ibubapa mereka juga jika dia akhirnya mengetahui hakikat dirinya yang sebenar.
Persoalannya? Mungkin selepas ini mana-mana yang berzina akan senyum manis kerana keburukan mereka denagn mudah dapat disembunyikan dengan restu fatwa Jabatan Mufti Perlis yang diketuai oleh Dr Asri Zainal abidin (MAZA), sahabat saya sewaktu waktu dahulu...
Mampukan fatwa ini menyelesaikan gejala sosial dalam masyarakat hari ini atau menggalakkan lagi keruntuhan nilai dan moral masyarakat hari ini... Bagi saya; diperingkat mana pun ; zina tetap zina, "Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru?."
Tidaklah saya mahu mempertikaikan fatwa tetapi mahu berilmu dan melakukan islah sekadar yang termampu.....
___________________________________________________________
Sumber: Tranungkite
Boleh nasabkan anak kepada suami ibu sekalipun perkahwinan kurang 6 bulan
Oleh husamjr
PETALING JAYA: Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut:
“Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami.”
Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.
Maksud Fatwa ini: "Seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang kurang daripada tempoh 6 bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya."
Majlis Agama Islam dan Adat istiadat melayu Perlis terpanggil membuat fatwa ini memandangkan senario yang berlaku di Malaysia kini.
"Di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di ‘bin’ kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam ertikata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.
"Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut," jelas Dr Asri.
Pihak ibubapa pula, amat sukar untuk menerangkan masalah tersebut kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup.
Katanya lagi, di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibubapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga.
"Atas keadaan tersebut maka, isu ini dibincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis. Setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai, maka keputusan tersebut dibuat," jelas Mufti Perlis yang akan tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Mufti Perlis pada akhir bulan ini.
Menurut Dr Asri, antara Asas Alasan kenapa fatwa ini dibolehkan ialah kerana dlil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi s.a.w.: “Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini disebutkan oleh Nabi s.a.w apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.
Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi s.a.w, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d. Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ”.
Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina. Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi s.a.w yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.
Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya.
Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu).
Pendapat ini, kata Dr Asri, disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).
Namun keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan, dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.
Antara kebaikan Fatwa ini ialah untuk menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat.
- Menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurang tempoh perkahwinan. - Membantu ibubapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.
"Dan kesannya pula ialah pihak pendaftaran hendaklah memberikan hak berbinkan suami ibu (bapa) kepada anak yang lahir sama ada kurang atau lebih daripada enam bulan tempoh perkahwinan ibunya, dengan syarat si suami tidak membantah," jelas Dr Asri.

Comments
Sumber: Saya adalah anak luar nikah dan saya tidak mempunyai binti di dalam surat beranak/IC dan saya juga telah berkahwin. Saya dibela oleh bapa saya sendiri yang sememangnya telah terlanjur dengan ibu saya semasa muda.