Menteri: Sajak Kematian tidak wajar
isma daud: Apa Punya Menterilah.
Dua tiga orang ibubapa bantah; sudah tunduk kepada mereka. Sedangkan banyak lagi pandangan positif tentang hal ini, langsung tidak dipeduli. Saya berpendapat; para guru terlibat toidak menayang "Sajak Kematian" secara mentah begitu saja. Sudah tentu dengan panduan dan bimbingan.
Cara fikir boss-boss termasuk TM Pelajaran 2, menampak jiwa sekular mereka. Kemudian ambil pendapata pakar yang saya tengok tidak takut Hari Akhirat langsung. Orang Islam tapi penampilan tu tak nampak nak ingat mati. Rambut pun semacam je...
Isu "Sajak Kematian" ni memperlihatkan ke mana hala tuju pendidikan di tanah air kita. Di luar sana sudah penuh lambakan hiburan yang terkesan kepada semua termasuk anak-anak seawal usia. Tiada yang kisah pun.
Saya harap Kementerian Pelajaran tidak menghukum para guru yang terlibat dengan "Sajak Kematian" ni sebagai orang yang sudah tidak tahu mana yang baik atau buruk untuk anak didik mereka.
Cerita karut, khurafat dan tahyul dalam filem dan TV yang berlambak kat rumah tu tidak bising pula. Kalau bab nak sedarkan orang ramai banyak polimik dan politik pula... Itulah nasib guru jika urusan pendidikan tidak di tangan ahlinya... tetapi di tangan ahli politik yang menasihat guru supaya jangan berpolitik dalam sekolah termasuk kantin sekolah...
Anda ada komen? Silakan...
Berita: 11/11/2008
Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah seperti dilaporkan.
Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.
"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya selepas
merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur hari ini.
Media sebelum ini memaparkan penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah, antara lain memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.
Penggunaan klip video ini menimbulkan bantahan daripada sebilangan ibu bapa kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah apabila klip video itu turut memaparkan gambaran yang berlaku di alam ghaib.

Comments