Ibadah Haji Merupakan satu Manifestasi Kehidupan

Oleh isma daud

Pagi ni saya menyampaikan kuliah macam biasa di masjid yang biasa. Selepas kuliah saya duduk bersembang dengan Tuan Hj.Abdul Rahman seorang siak masjid. Dia memberitahu saya bahawa dia bertugas sampai bulan 2 tahun depan. Selepas itu tidak mahu sambung lagi. Saya tanya kenapa? Dia beritahu mahu memanfaatkan masanya dengan berziarah anak-anak sambil mengenali masjid surau lain pula. Mana pergi insya Allah masjid dan surau menjadi destinasinya. Sesekali mahu pergi Berunei.Ada keluarga di sana katanya.

Dalam berbual dia berbicara kepada saya tentang perasaannya bila mengenangkan sebahagian orang kita yang tidak suka memakmurkan masjid Allah SWT.

Dia terkenangkan pengalamannya sewaktu di Tanah Suci; Makkah dan Madinah.

"Jika seseorang itu liat nak ke masjid sewaktu di tanah air akan liat juga nak pergi ke Masjidil Haram. Berapa ramai yang asyik solat dekat hotel saja. Duit beribu ringgit di belanjakan untuk buat haji; tapi bila diri dah dekat masjidil Haram; masih bertangguh nak ke masjid. Sedangkan semua tahu kelebihan bersolat di dalamnya. Jika dua rakaat pun pahalanya dilipat-gandakan sehingga seratus ribu kali ganda pahala. Rugi...rugi... Entah bila dapat pergi lagi pun tak tahu.."

Begitulah luahan Hj Abdul Rahman menceritakan kerenah segelitir jamaah haji yang pernah bersamanya mengerjakan haji pada tahun-tahun terdahulu.




Satu lagi pengalamannya ialah mengenai seorang hamba Allah SWT yang tidak mengendahkan halal dan haram. Tabiatnya itu dibawa bersama semasa di tanah suci Mekkah. Si penjual kat Mekkah kata "Haji...Haji... boleh cuba; Satu halal.. dua haram". Maksudnya kalau mahu cuba ambil satu saja kalau ambil dua satu dah haram kerana dah jatuh bab mencuri. Tetapi hamba Allah ini tidak peduli; dia ambil dua atau tiga biji. Bila ditegur perbuatan hamba Alah ini yang nyata salah; dia buat tidak peduli. Katanya bukan penjual itu nampak pun. Dia lupa Allah maha Melihat.

Sebelah malamnya ; semasa tidur tiba-tiba menraung sehingga semua orang dalam bilik terbangun. "Aku nak mati..aku nak mati... leher aku kena cekek.."

Semua orang sedar akan perangainya yang tidak pernah serik mengambil makanan orang secara tidak betul.

Sebenarnya; janganlah diharapkan Haji Mabrur jika kita tidak dapat membina diri kita kearah yang baik dan positif baik sebelum , semasa dan selepas mengerjakan ibadah haji. Ibadah haji bukan semata-mata ada duit terus buat haji tetapi haji sebenar itu adalah manifestasi iman dan taqwa yang ada dalam jiwa kita.

Biarlah kita buat haji itu dan selamanya rasa ubudiyyah kita dengan Allah berterusan sampai bila-bila. Buka rajin masa mekkah atau dua tiga hari lepas balik haji; kemudian kembali kepada perangai lama. Macam ibadat puasa juga; dalam bulan puasa begitu ramai yang datang masjid atau surau. Bila habis ramadhan, masjid kembali sepi semula seperti sediakala.

Inilah yang mengecewakan saya; bila saya singgah untuk makan dekan sebuah dewan kerana anak saya mahu membuang air kecil; tetiba saya dapati orang penuh dewan. Lebih daripada 200 orang dalam dewan tu. Saya ingatkan ada ada majlis keraian atau perkahwinan. Tetapi semuanya meleset.

Saya lihat dalam dewan semua budak-budak lelaki dan perempuan terkinja-kinja macam tarian dari Afrika. Macam orang tak betul pun ada, macam "break dance" pun ada. Rupanya ada pertandingan. Semua pakai pakaian hitam; "ala black metal" begitu. Saya cuba risik dari budak-budak yang ambil bahagian di situ. Kata mereka mereka sedang bertanding tarian " S.....". Saya tidak tahu nak eja tapi pertandingan ini di anjurkan oleh "tuan haji". Betul ke saya tanya? Bila saya jengok ke dalam; jelas sekali akan orang itu. Sungguh tidak sangka saya siapa orang itu. Orang yang saya kenali.

Timbul kekesalan dalam jiwa saya. Kalau tuan haji ni nak cari duit kenapa menganjur pertandingan seumpama ini. Tidak cukup lagikah gejala sosial kat Sibu ni. Saya ingatkan dengan latar belakang tuan haji ini dia ada idea untuk membuat islah tetapi dia pula menjadi penganjurnya. Sudahlah percampuran lelaki perempuan, rambut diwarnakan dan macam-macam gaya ada. Apa sudah jadi tuan haji ni? Dah buan tabiaat sangat ke?

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?