Bayi 5.32 kg lahir di HSB

Kosmo
Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


BAYI lelaki seberat 5.32kg yang dilahirkan oleh Sumairah (gambar kecil) di HSB, Alor Star kelmarin.


ALOR STAR (9 Nov) - Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini mencatat sejarah dengan kelahiran seorang bayi lelaki seberat 5.32 kilogram (kg), dipercayai bayi paling berat pernah direkodkan lahir di hospital itu.

Bayi itu yang merupakan anak kedua kepada pasangan Mohd. Hafiz Othman, 30, dan Sumairah Fakrulrazi, 25, selamat dilahirkan melalui pembedahan caesarean pada pukul 2.30 pagi kelmarin.

Kata Mohd. Hafiz yang bekerja sebagai juruteknik, beliau dan isteri, seorang jururawat tidak menyangka anak keduanya itu dilahirkan seberat itu memandangkan anak pertama mereka yang kini berusia setahun enam bulan dilahirkan 2.9 kg sahaja.

"Malah saya diberitahu doktor bahawa isteri kena diabetes semasa mengandungkan anak kedua ini dan doktor hanya beritahu beratnya sekitar 3 kg saja," jelasnya ketika ditemui di HSB semalam.

Kini, bayi yang akan dinamakan Mohd. Hazim itu ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi Neo-Natal di sini kerana dijangkiti penyakit kuning pada tahap rendah.

Pada 25 Oktober lalu media melaporkan seorang bayi perempuan seberat 5.35 kg dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor dan dikatakan bayi paling besar pernah dilahirkan.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?