Adab Berdagang Di Rantau Orang... Get link Facebook X Pinterest Email Other Apps November 13, 2008 Oleh isma daudSaya pernah dengar lagu Allahyarham Sudirman: " Anak dagang di rantau orang, mesti pandai membawa diri...jaga tutur kata...jaga budi bahasa..Sudirman - Anak DagangPejam celik; sudah masuk 9 tahun saya dan keluarga berada di Bumi Sibu. Syukur Alhamdulillah saya diterima baik dan seadanya. Berpegangkan prinsip "di mana bumiku pijak di situ Islam ku junjung"; tanpa mempedulikan tanggapan masyarakat kepada saya sejak sedari awal saya bertapak di bumi sibu, hari ini sudah ramai mula mengenali diri ini. Mereka yang pernah menjauhkan diri kini ada yang menghampir diri. Ada yang prejudis terhadap saya; hari ini semakin yakin dan percaya.Tiada apa yang saya curahkan di sini melainkan sedikit daripada masa saya buat mereka. Masa saya untuk berkongsi ilmu kepada mereka. Saya amat tahu betapa saya bukanlah "seseorang" dari segi ilmu, peripadi yang unggul (semua itu tiada) namun saya boleh jadi "seseorang". Saya memberi secara ikhlas. Namun siapalah saya untuk menilai diri sendiri. namun saya yakin saya ikhlas.Ramai yang mengharapkan saya tinggal lebih lama di Sibu ini. Itu harapan yang baru muncul buat saya. Sedangkan saya berada di sini bukan disebabkan oleh harapan mereka. Mungkin taqdir Tuhan menentukan kehadiran saya, bukan sama sekali kehendak saya.Dalam bertahun itu sudah banyak airmata saya dan keluarga kecil saya di Sibu tertumpah. Kesedihan, kesukaran dan pelbagai tribulasi serta mehnah telah kami tempuhi. Senyum manis dan keramahan kami yang telah bertahun tiada siapa yang tahu akan getirnya jiwa kami. Mungkin hari ini baru ramai yang mula sedari akan kehadiran kami di sini. Baru berharap; "Ustaz Kami masih memerlukan khidmat bakti Ustaz di sini".Setelah lapan tahun saya menongkah arus, memberi tarbiyyah baik fardiyyah atau jamaiyyah, berusrah, berceramah,dan berbagai usaha; baru masyarakat Sibu memberi "green light" untuk membaca Khutbah di Masjid dan surau mereka. Betul kata orang: "It's better to be late than never".Banyak respond yang saya terima; pro dan kontra. Saya terima dengan hati yang terbuka. Namun apa yang menariknya, ramai yang tidak kenal saya telah mengata kepada saya di depan saya sendiri. Tidak terduga saya; saya sudah menjadi macam-macam. Saya sudah menjadi ustaz JAIS, pegawai JAKIM dan ini,itu,begini,begitu. Sedang saya hanyalah USTAZ ROSLI DHOBY. Kepada Allah SWT saya panjatkan istighfar dan syukur. Astaghfirullahal 'Adziim.Kalaulah mereka ini rajin ke masjid atau surau; tidaklah mereka bersikap sebegitu. Dek kerana datang ke masjid hanya hari Jumaat saja, timbul macam-macam cerita tu. Syukur pada Allah SWT; khutbah yang saya sampai menjadi perbincangan masyarakat.Bagi yang tidak senang tu kerana khutbah yang saya sampaikan sedikit panjang. Keluh-kesah, resah dan gelisah kerana dalam kepala mereka KERJA... MAKAN... ANAK... BINI... BOSS.. Punch CARD... dll... Mungkin ramai yang datang untuk Solat Jumaat saja tanpa ingin mendengar Khutbah Jumaat, nak solat Jumaat cepat-cepat... Sebab itu ada yang cakap dengan saya; "saya cabut biar tidak solat Jumaat..." . Bukan salah mereka juga. Mereka sudah terbiasa dan terbudaya; khutbah jumaat ambil syarat saja. "Ada tidak ada sama saja". Kerana syarat sah Jumaah; kenalah ada. Kadang kala khutbah itu disampaikan dalam bentuk tidak menghidupkan jiwa tetapi sebagai pengulit tidur sehingga ramai yang terlentuk atau ada yang terlena.Atas kesilapan dan kelemahan saya ; ampun dan maaf saya pinta. Itu kesilapan dan kelemahan saya.Buat semuanya; setelah ada detik di hati saya untuk kembali ke kampung halaman saya, hati saya mula dipenuhi rasa syukur kerana saya mula diterima di sini. Terima kasih semua. Saya berdoa agar saya dipanjangkan umur dapat kembali lagi ke sini.Pulang sekadar bercuti... Awal tahun depan datang lagi, Insya Allah SWT.Akhirnya; Kembali saya mengingatkan diri ini... anak dagang mesti pandai membawa diri...ikhlas dari lubuk hati....isma daud... Get link Facebook X Pinterest Email Other Apps Comments
Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra March 30, 2009 Salam Ustaz, Saya ada kemusyikilan berkaitan dengan perkara di atas ; a) Mungkin ustaz boleh jelaskan secara ringkas perbezaan di antara talak bain kubra dengan talak bain sughra? b) Boleh ke kiranya ustaz memberikan beberapa keadaan yang menunjukkan berlakunya talak bain sughra? Harap ustaz dapat membantu saya di dalam merungkaikan permasalahan ini. Terima Kasih, ustaz. Faizal 28/03/2009 Ulasan dan Jawapan Oleh isma daud Salam kembali saudara Faizal; Talak ni ada dua jenis - Talak Raj'ie dan Talak Bain. Talak Bain pula ada dua iaitu Talak Bain sughra dan Talak bain Kubra. Saya perincikan; (1) Talak Raj'ie iaitu talak atau cerai yang membolehkan suaminya rujuk kembali kepada isterinya tanpa akad nikah yang baru, iaitu talak satu atau talak dua yang belum habis idahnya. (2) Talak Bain Sughra ialah talak satu atau dua yang habis tempoh idah. Jika demikian sisuami kena akad nikah dan mas kahwin yang baru untuk kembali kepada isterinya itu. Antara situasi yang dianggap talak bai... Read more
Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian? November 07, 2011 Oleh isma daud Sebelum saya melebarkan lagi perbincangan hal agihan daging korban marilah kita hayati sabda junjungan nabi kita Muhammad SAW sebagai renungan kita bersama. gambar sekadar hiasan sahaja Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidil Adha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi). Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban. Allah berfirman yang ber... Read more
Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was January 26, 2009 Oleh isma daud Mandi wajib ada dua atau tiga syarat. Saya pakai dua saja. Pertama : bernait mandi hadas besar. Kedua : meratakan air keseluruh anggota badan sehingga celah lipatan, bulu-bulu dan sebagainya. Bagi mereka yang kata ada tiga syarat; iaitulah menghilangkan sesuatu yang menghalang air sampai ke anggota badan. Pi Mai Pi Mai Tang Tulah antara syarat kedua dan ketiga tu.... Melalui apa yang saudara/saudari ceritakan dalam soalan tu, tiada apa yang patut diwas-waskan. Lagipun sampainya air ke anggota badan tu dapat dilihat dengan mata. Perasaan was-was tu tidak dapat menghilangkan keyakinan (realiti) yang ada. Was-was tu sebenarnya meyakinkan lagi bahawasanya ada saudara gosok di bahagian yang saudara was-waskan itu. Perkara yang asalnya tiada dikira tiada, jika saudara bina atas ada, maka perkara itu tiada was-was lagi adanya gosokan itu berlaku. Mengikut kaedah Usul Fiqh : "Yakin tidak dapat dihilangkan oleh syak" Ingatlah bahawa Was-was itu permainan Syaitan... Read more
Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua July 14, 2009 Oleh isma daud Berita: Pada 11 Julai 2009 yang lepas saya dan beberapa orang guru pengakap SMK Rosli dhoby membuat kunjungan mesra ke Rumah Seri Kenangan, Sibu. Lawatan ini adalah lawatan amal sambil belajar dari pasukan pengakap sekolah dan pelajar Pendidikan Khas agar mereka turut mengharga warga emas dan tahu menyayangi mereka yang telah lanjut usia. Syukur Alhamdulillah niat yang murni ini telah dimakbulkan Allah SWT dan saya sifatkan lawatan ini adalah berjaya mencapai objektifnya. Seramai 60 orang pelajar telah menyertai lawatan sambil belajar ini. Berikut beberapa keping gambar yang sempat saya rakam sebagai kenangan sepanjang berada di rumah Seri Kenangan ini. Pendaftaran pelajar yang ingin menyertai lawatan Berhimpun jam 6:50 pagi menunggu rakan-rakan pelajar lain Menaiki bas, dua bas digunakan Pagar Masuk Rumah Seri Kenangan Sibu yang sentiasa menggamit insan prihatin berkunjung ke sini Berjalan menuju ke dewan Laporan Rombongan ini sampai ke Rumah Seri Kenangan ini sekitar j... Read more
Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M February 16, 2011 Oleh isma daud Banyak sepanduk yang dipamerkan memiliki nilai kreatif sentuhan moden dan tradisi hasil kerja tangan kontijen yang bertanding. Sepanduk yang memiliki 3 dimensi (3D) terus mendapat perhatian para hakim dalam pertandingan sepanduk setiap tahun. Inilah wajah sepanduk yang diolah dengan kreativiti sepenuhnya oleh pasukan sepanduk masing-masing. Sepanduk-sepanduk kali ini bertunjangkan tema ; 1Malaysia 1Ummah . Berikut adalah sepanduk yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera untuk tatapan bersama. Juara Sepanduk Sekolah Menengah : SMK Sibu Jaya, Sibu Naib Juara Sekolah Menengah: SMK Rosli Dhoby, Sibu Tempat Ketiga Sekolah Menengah : SMK Bukit Assek, Sibu. Sepanduk Sekolah Menengah Agama Sibu : Kreatif Layak Berada Dalam 3 Terbaik. Sepanduk SMK Methodist Sibu Johan Sekolah Rendah Dan Keseluruhan : SK Abang Ali, Sibu. Naib Johan : SK Agama (MIS) Sibu, Sibu Tempat Ketiga : SK Sentosa Sibu Sepanduk SK Kpg Bahagia Jaya Sibu : Layak Berada... Read more
Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi November 16, 2009 Oleh isma daud Emel (1) From : Puan/ Cik Serba Salah (Bukan Nama Sebenar) Assalamualikum ustaz dan salam sejahtera. Saya ternampak email ustaz dilaman web berharap email yang dihantar tidak menggangu ustaz. Saya ada kemusykilan yang hendak ditanya kepada ustaz dan berharap ustaz dapat memberikan sedikit petunjuk ataupun hukum penjelasan dalam keadaan saya ini..Saya bekerja disebuah hotel sebagai pengemas bilik,apa yang ingin saya ajukan adalah hotel ditempat kerja saya bersebelahan dengan sebuah restoran cina,dan kebanyakan pelangan membungkus makanan dari kedai tersebut dan makan didalam bilik.Saya nak tanya ustaz apa hukum dalam keadaan saya kerana sy sering terjumpa daging babi/cebisan tak kira diatas meja ataupun di permaidani,ini juga disahkan rakan sekerja berbangsa cina.Keadaan ini amat membimbangkan saya, 1.Bagaimana ustaz kalau terkena waktu kerja contohnya terkena tangan ataupun baju pastu tangan yang terkena memegang seluar atau hpon atau barang2 lain dan juga ... Read more
Hukum Penggunaan Tanduk Rusa January 26, 2009 Oleh isma daud Hamba Allah bertanya; i. Apakah hukum memakan ubat yang diproses dengan tanduk rusa ? Saya menjawab soalan ini sekadar apa yang saya tahu dan Alhamdulillah saya cuba maklumat dan ianya selaras dengan apa yang dapat saya rujuk kepada kenyataan dalam blog pejabat Mufti Negeri Kedah; berikut kenyatannya; Juzuk-juzuk ( anggota-anggota ) binatang kecuali ikan dan belalang yang bercerai padanya sama ada binatang-binatang itu halal dimakan ataupun haram sama ada hidup atau pun mati tanpa sembelihan yang sah adalah najis kecuali rambut dan bulu. Manakala juzuk-juzuk binatang yang bercerai daripada binatang yang halal yang hidup atau yang mati dengan sembelihan yang sah maka ianya adalah bersih. Tanduk rusa yang diceraikan daripada rusa yang hidup atau yang mati adalah najis kecuali mati dengan kerana sembelihan yang sah pada syara’ maka ianya adalah bersih yang harus dimasukkan ke dalam ramuan ubat-ubatan dan jika najis adalah diharamkan dimasukkan ke dalam ubat-ub... Read more
Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha? October 26, 2012 Oleh isma daud Malam ini malam Raya Adha atau Raya Korban. Maka timbullah persoalan bila mahu mulakan takbir raya? Bila ditanya, ada yang mengatakan mulanya selepas jatuh matahari atau malam raya. Kebanyakannya jawab begitulah. SEKADAR PENCERAHAN; Bagi Raya Adha kaum muslimin dan muslimat disunatkan bertakbir. Kaum muslimin bolehlah meninggikan suara bagi menghidupkan syiar agama sementara muslimat pula cukuplah dengan suara yang perlahan. Bermulanya takbit Raya Adha ini dari pagi hari Arafah atau 9 Zulhijah dan berterusan pada hari-hari Tasyriq, iaitu hari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah. Ianya berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. Ini bersesuaian dengan satu hadis yang diriwayatkan dari ‘Ali dan ‘Ammar r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bertakbir bermula dari hari ‘Arafah (selepas) solat subuh dan memutuskannya (yakni berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”. (Riwayat Imam al-Hakim. Menurut Imam al-Hakim; hadis ini sanadnya ... Read more
Comments