Kali Ke 3 ; Ke Kabong, Sarawak.
Oleh isma daud
Pagi ini hujan turun renyai dan sesekali lebat. Hujan ini membuat saya sedikit leka di PC saya. Saya bangkit darei tidur sejak jam 3:45am lagi. Sempat solat tahajjud. Oleh kerana hari hujan ; saya mengambil keputusan solata Subuh di rumah sahaja. Selesai solat subuh saya sedikit bertafakkur mencari kekuatan diri. Bermuhasabah mencari kekurangan diri.
Zaujah (Isteri) saya mengingatkan program kami hari ini untuk bertandang lagi ke Kabong. Kali ini saya sekeluarga pergi bersama Ustaz Roslan sekeluarga. Dalam pada itu SMS daripada zaujah Ustaz Roslan masuk ke handphone zaujah saya. Dia memandang saya; saya isyaratkan jam 10:ooam. Yalah hari hujan ; tunggu hujan henti. Harap hujan tidak berlanjutan. Mudah-mudahan.
Anak-anak seorang demi seorang bangkit sendiri. Mereka pun dah tahu dari awal lagi mahu bertandang ke Kabong hari ini.
Misi kini hari ini hanyalah sekadar berziarah dan melepas sedikit kepenatan setelah sekian hari bekerja. Jadi sebelum balik ke Terengganu; kami nak melepas lelah di Kabong terlebih dahulu. Mudah-mudaham perjalanan kami semua selamat pergi dan balik. Perjalanan hari ini mesti lebih berhati-hati kerana jalan licin. Kereta pun mesti berada dalam keadaan OK. semua tindakan sudah saya lakukan sejak semalam lagi.
Sementara itu zaujah saya sibuk menyediakan makanan dan minuman sebagai bekalan dalam perjalanan nanti. Boleh makan tepi pantai kabong bila sampai nanti.
Begitulah perancangannya, Saya doakan ,Insya Allah semuanya berjalan lancar harapnya.....
Jam 10:00 nanti bermulalah satu perjalanan ke sebuah destinasai: KABONG, SARAWAK..
Sementara itu harap dapat baca entry saya yang lalu; Bertandang Ke Kabong, Sarawak.
( catatan perjalanan cuti 2/3/08. Pada (18/5/08) sekali lagi kami ke Kabong )
Sepanjang cuti ini saya tidak melakukan perjalanan jauh. Menghabiskan masa di rumah bersama anak-anak dan keluarga . Inilah masa yang sesuai untuk memastikan anak-anak tidak rasa terabai oleh kesibukan kerja. Kalau keluar pun dengan alasan keluarga. Dalam sibuk-sibuk orang berkempen PRU12 saya sempat bawa keluarga ke sebuah tempat di Sarawak ni iaitu Kabong.
Nak pergi Kabung boleh guna jalan darat; 2 jam dari bandar Sibu. Menggunakan jalan ke Betong dan dari jalan utama jumpa simpan masuk ke Roban. Kemudian ada simpang tiga masuk ke Kabong di sebelah kiri simpang. Sepanjang jalan dari Simpang Roban ke Kabong dipenuhi dengan pokok kelapa sawit. Pergi ke Kabong semacam balik ke kampung saya di Terengganu.
Sebuah perkampungan melayu, di tepi pantai dan masih penuh dengan kecantikan alam semulajadi. Masih terasa suasana kampung itu. Anak-anak seronok sekali melihat pantai dan lautan yang luas. Cuma kawasan ini tidak dibangunkan dengan baik dan sesempuna lagi. Jalan dan kebersihan tidak dijaga dengan betul.
Alangkah ruginya bila sumber alam semula jadi ini tidak dibangunkan dengan amanah dan jujur dari semua pihak samada pihak kerajaan, pihak swasta, rakyat setempat dan pengunjung yang datang. Tidak ramai orang yang datang. Oleh kerana Sibu tiada pantai dan laut maka kedatangan kami ke sini cukup mengembirakan khususnya anak-anak yang begitu rindu untuk melihat pantai, laut dan ombak. Kami membawa bekal sendiri. Tiada gerai kat sini. Anak-anak begitu selera makan sebab hati mereka tengah seronok. Kami tidak lama hanya seharian dan kembali semula ke Sibu.
Sulam Sarawak
Kedatangan Kami Ke Kabong bukan sahaja untuk "makan angin" tetapi juga untuk mencari orang yang mahir dalam sulaman Sarawak. Alhamdululah dengan pertolongan Ustazah Azizah Abdullah ( SMK Kabong) tujuan kami menjadi semakin mudah. Sebenarnya isteri sayalah yang hendak menempah baju bersulam tenunan Sarawak. Di samping itu dia ingin belajar serba sedikit kemahiran dalam sulaman Sarawak ini. Kami semua akhirnya bertandang ke rumah Kak Rosni di sebuah kampung berhampiran dengan muara Pantai Kabong. Suaminya pun ada di rumah dan ahli keluarga ini menyambut kami dengan mesra sekali. Kami berada di rumah ini sehingga jam 3:00pm.
Catatan: "Kami datang lagi ke Kabong pada 18 Mei untuk mengambil pakaian yang sudah siap disulam dan membuat bayaran". Isteri saya dapat pula mendalami lagi serba sedikit dalam sulaman Sarawak. Terima Kasih Kak Rosni dan keluarganya yang bermurah menerima kami serta memberi tunjuk ajar dalam kemahiran sulaman ini. Kami berjanji akan datang lagi pada masa akan datang."

Comments
mohd.amran: saya berminat utk melawat kabong satu masa nnt..mgkin thn dpn..insya Allah. saya mohon jasa baik encik utk menolong sy sepanjang sy disana krn sy nak cari kawan lama sy yg dah lost contact kat kabong. jika en. amran baca komen ni, tlg contact sy di emma.marini@yahoo.com