Dia Pergi, Dia Berlalu Tanpa Peduli
Oleh isma daud
Sewaktu melewati kantin sekolah, saya bertemu dengan seorang murid saya, penampilannya hari ini sedikit luar biasa daripada kebiasaan yang saya lihat. Saya membiarkannya menyelesaikan hajat dan keperluannya. Mata saya tidak lepas mengekorinya dengan perasaan penuh kesal dan sedikit kecewa. Tapi biarlah dia makan dan minum bersama teman-temannya terlebih dahulu.
Dengan berambut ikal lepas, tanpa tudung, berbaju merah dan berseluar; terus makan dan berbual dengan kawan-kawannya yang saya kira bukan Islam. Langsung tidak mempedulikan saya sebagai gurunya yang biarpun tidak mendidiknya secara langsung di dalam kelas, tetapi saya sentiasa membebel dengan nasihat dan tazkirah di dalam surau. Tidak jemu saya ingatkan pelajar saya agar mereka sentiasa gigih menghayati ajaran Islam walaupun seberatmana sekalipun.
Saya sering berpesan supaya sentiasa menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan dan sentiasa mengingatkan akar mereka menjaga aurat masing-masing. Saya sentiasa ingatkan bahawa batasan aurat lelaki dan batasan aurat perempuan. Saya selalu ingatkan bahawa menutup aurat adalah perintah Allah SWT.
Namun apa yang saya lihat ini adalah murid saya. Murid yang pernah saya ingatkan tentang dosa dan pahala. Selalu saya ingatkan.
Selesai dia makan bersama teman-temannya; saya cuba mendekatinya. Biarpun dia buat tidak hirau dan kenal dengan gurunya; sya tetap menghampirinya jua. Lantas saya bertanya kenapa dia tidak berbaju sekolah? Mengapa memakai pakaian mendedahkan aurat?
Dengan pantas anak murid saya itu menjawab: "Saya sudah di gantung asrama, saya sudah tidak bersekolah di sini, jadi saya tidak terikat dengan peraturan sekolah lagi" . Lantas saya bertanya; "termasuk pantas derhaka kepada Allah SWT, pantas mendedahkan aurat begitu sahaja".
Dia diam. Nasib baik dia diam. Tanpa rasa rasa bersalah; dia pergi, dia berlalu tanpa peduli....
Saya menyebut kepadanya betapa saya kecewa dengan cara jawab dan cara fikirnya. Seorang pelajar yang berada di Tingkatan Enam, sebegitu sikap dan pendiriannya. Paling mengecewakan saya saya tahu dia datang dari sekolah menengah agama sebelum masuk ke sekolah kebangsaan biasa.
Saya kecewa kerana tidak masuk ajaran dan iman ke dalam jiwanya biar pun bertahun berada di SMK Agama tidak mampu menghayati ilmu dan ajaran agamanya sendiri. Namun Saya berdoa kepadanya agar dia insaf dan cepat ingat dan bertaubat. Cepat keluar daripada rasa ego dan terikut dengan kata hatinya.
Biarpun hidayah itu milik Allah SWT; saya tetap berdoa agar dia cepat kembali kepadaNya. Taubat kepadaNya. Amiin, Ya Rabbal 'Aalamiin.

Comments
Sedihnya bila baca rintihan enta. Kat srwak ni mmg menutup aurat tiak menjadi keutamaan. Sgt tidak menjadi keutamaan. Budak sekolah agama lagila dikesalkan. Begitulah perjuangan di bumi swak. Panjang jalannya, banyak duri dan onak. tuntusan kesabaran adalah cukup tinggi. Semoga sentiasa sabar dan tabah dalam dakwah.
Sahabat Mu
UiTM Melaka.
WMH.