Lafaz cerai Nash "Tak Sah"

isma daud: Kes pasangan Nash Dan Sosilawati amat menarik untuk kita renungi khususnya kepada pasangan suami isteri yang lain. Saya hanya ingin melihat dari sudut lahir sahaja bukan persoalan peribadi pasangan ini yang disabitkan mahkamah sebagai sah suami isteri.

Biarpun perceraian itu tidak boleh diambil mudah dan dibuat bergurau, setengah pasangan kadangkala dengan mudah menjatuhkan perkatan talak atau cerai. Namun cerai itu tidaklah semudah yang disangkakan. Boleh jatuh begitu saja. Ada syarat-syarat sah yang mesti diperincikan sebelum sesebuah perceraian itu dapat disabitkan. Diantara syarat-syarat itu seperti: Pasangan bercerai adalah pasangan yang sah pada syarak, dilafazkan cerai dalam keadaan seseorang itu waras serta sempurna akalnya dan mempunyai kuasa memilih yang sempurna dan mencukupi yakni talak sacara paksa tidak jatuh.

Apatah lagi zaman sekarang pelbagai medium boleh digunakan untuk melafazkan cerai seperti talian telifon mahupun SMS saja. Namun diingat cerai secara bertulis dan mesej tidak sah selagi tidak dilafazkan. Percakapan melalui telefon juga perlu ada kesahihan. Di sini juga perlu dihalusi agar tidak ada pihak yang dizalimi.

Oleh itu amat penting sangat kewujudan dua orang saksi walaupun saksi bukanlah syarat sah talak atau cerai. Namun keperluannya adalah mesti demi menegakkan keadilan bagi kedua-dua pihak. Di dalam Islam saksi mesti dua orang; iaitu orang yang adil dan tidak fasiq. Adil maknanya boleh dipercayai dan tidak fasiq maknanya tidak melakukan dosa dosa besar dan tidak mengekali melakukan dosa kecil.

Jadi kepada pasangan yang berkahwin; janganlah jadikan perkahwinan barang cobaan dan perjudian. Suka kahwin , tidak suka bercerai. sesetengah orang menganggap kahwin cerai ni sebagai "jodoh". Sedangkan Allah SWT memberi ruang kepada manusia untuk berikhtiar. Jadi jangan meletakkan persoalan jodaoh sebagai kesilapan Tuhan. Kenapa bercerai ; jawabnya:"Tiada JODOH". Sedangkan perkara itu boleh dielak dan tidak dipermudahkan begitu saja.

Saya berharap kedua pasangan ini bertaubat, berfikir semula dan kembali kepada hidup berumah tangga. Jangan menangkan Syatan yang sentiasa mahukan hidup anak adam berporak-peranda dan bercerai-berai. Apabila mereka kembali kepada perkahwinan, menangislah syaitan kena gagal memperdayakan mereka. Oleh sebab itu rasulullah SAW pernah berpesan bahawa jika berkahwin anak adam, menangislah Syaitan, sempurnalah separuh agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam separuh yang lain agar dia selamat daripada tipu daya syaitan durjana.

Kembalilah kepada Hukum Allah SWT; Moga beroleh keberkatan dan kebahagiaan. Amiin Ya Rabbal 'Alamiin.

____________________________________________

Sosilawati dan Nash





Berita Harian Online
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
fatin@bharian.com.my

Sosilawati gagal kemuka dua saksi penting dengar perbualan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam memutuskan penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash atau Jamaluddin Elias dan Sosilawati Lawiyah, pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages masih pasangan suami isteri yang sah.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohammad berkata, plaintif, Sosilawati, 44, gagal mengemukakan dua saksi penting, Mohamad Yusof Osman dan Ahmad Ibrahim Abdul yang didakwa mendengar perbualan pasangan itu pada malam Nash melafazkan cerai.

Katanya, Sosilawati, sebaliknya hanya mengemukakan seorang saksi iaitu rakan baik Nash, Abdul Jalil Ismail, 49, yang juga seorang penyelenggara syarikat pembangunan.

"Keterangan Abdul Jalil bagaimanapun tidak diterima hukum syarak. Saksi itu tidak melihat sendiri Nash melafazkan perkataan cerai terhadap isterinya secara peribadi. Dia juga tidak dapat menggambarkan keadaan Nash ketika melafazkan cerai itu," katanya.

Abdul Jalil dalam keterangannya sebelum ini memberitahu mahkamah, Nash bukan seorang suami yang bertanggungjawab, selain memaklumkan apabila dia menghubungi penyanyi itu pada 17 September 2007, Nash memberitahunya dia sudah menceraikan Sosilawati.

Wan Mahyuddin sebelum membuat keputusannya turut mengambil kira sumpah nafi untuk mengesahkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Di Halaman Rindu itu, tidak menyebut perkataan cerai terhadap Sosilawati.

Ketika ditemui di luar mahkamah, peguam syarie Datuk Zaidi Mohd Zain berkata beliau hanya menunggu arahan anak guamnya, Sosilawati yang kelihatan tenang, untuk mengambil tindakan lanjut dan enggan memperincikan tindakan susulannya.

Sosilawati yang mengahwini Nash pada November 2007, sebelum ini mendakwa suaminya itu melafazkan perkataan cerai melalui telefon bimbitnya pada malam menyambut Ramadan, 12 September lalu.


Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?