Tuduh Angkasawan Negara kumpul RM1.2 juta "satu tragedi besar"

isma daud: Kalau Dr SMS tidak tuntut bayaran macam tu, siapa yang makan duit tu? Orang tengah?

"Jika untuk sekolah, mereka akan datang terus kepada saya atau abang saya yang lain, dan di sini jelas tidak ada wang, tetapi bila melalui badan bukan kerajaan dan sektor swasta, terdapat banyak orang tengah yang mungkin memanipulasi keadaan dan di sini, wujud perkara-perkara yang tidak telus, yang seterusnya membolehkan wujud tuduhan-tuduhan seperti ini," katanya.

Harap siasat secara telus hal ini, tidak cukup dengan melahirkan rasa sedih dan kecewa sahaja. Ini duit rakyat.

"Di sini saya nampak mereka langsung tidak menghargai perjuangan kita ke angkasa lepas sedangkan negara Islam lain turut berbangga dengan pencapaian beliau (Dr Sheikh Muszaphar)," katanya.

Pergi angkasa dengan duit rakyat dan Dr SMS ke sana-ke mari adalah untuk rakyat .

"Saya berharap agar Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mempertahankan anak saya memandangkan beliau boleh dianggap sebagai 'a son of negara'," katanya.

Rakyat tidak mahu Dr SMS dipertahankan begitu saja tanpa siasatan. Jika ada keraguan dan tuduhan; hal ini kena siasat.

Tajuk berkaitan :
  1. Ceramah Sheikh Muszaphar RM8,000 sejam?
  2. MOSTI masih siasat pendapatan Sheikh Muszaphar – PM
  3. Ceramah RM8,000 sejam: Mosti minta maklumat awam bantu siasatan
  4. Ceramah RM8,000 sejam: Tempoh dua minggu dedahkan bukti

mStar

baca terus di mStar »

KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha hari ini melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan dakwaan sebuah akhbar bahawa angkasawan negara itu mengumpul dana sebanyak RM1.2 juta melalui siri ceramah yang dilakukannya sejak tahun lepas.



Abangnya, Sheikh Taufik Shukor Al Masrie berkata, sejak setahun lepas, angkasawan negara itu bertungkus lumus bergegas ke sana ke mari semata-mata untuk berkongsi pengalamannya ketika di angkasa lepas dengan generasi muda dan sesiapa sahaja yang mahu mendengar.

"Kami tidak minta apa-apa kredit diberikan untuknya, tetapi sedih apabila beliau dituduh sebegini rupa," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai "satu tragedi yang amat besar" kerana disiarkan akhbar parti pembangkang yang kononnya memperjuangkan kesucian agama Islam.

"Di sini saya nampak mereka langsung tidak menghargai perjuangan kita ke angkasa lepas sedangkan negara Islam lain turut berbangga dengan pencapaian beliau (Dr Sheikh Muszaphar)," katanya.

Sheikh Taufik Shukor Al Masrie berkata, dakwaan yang menyatakan adiknya menerima bayaran sebanyak RM8,000 sejam untuk satu ceramah adalah tidak benar sama sekali.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ramai yang menjadi orang tengah atau pihak ketiga dalam usaha mendapatkan angkasawan negara itu untuk memberikan ceramah atau motivasi.

"Jika untuk sekolah, mereka akan datang terus kepada saya atau abang saya yang lain, dan di sini jelas tidak ada wang, tetapi bila melalui badan bukan kerajaan dan sektor swasta, terdapat banyak orang tengah yang mungkin memanipulasi keadaan dan di sini, wujud perkara-perkara yang tidak telus, yang seterusnya membolehkan wujud tuduhantuduhan seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar milik pembangkang yang mendakwa Dr Sheikh Muszaphar mengenakan bayaran sebanyak RM8,000 untuk satu jam berceramah.

Menurut laporan akhbar berkenaan, angkasawan itu telah menjana pendapatan sebanyak RM1.2 juta secara purata daripada 150 badan korporat sejak kembali dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Oktober 2007.

Kelmarin, angkasawan itu menafikan beliau menetapkan bayaran untuk siri ceramah yang dilakukannya sejak tahun lepas.

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili dipetik sebagai berkata kedua-dua angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar dan Mejar Dr Faiz Khaleed mempunyai kontrak dengan kementerian sehingga 31 Disember ini yang secara spesifiknya menyatakan bahawa mereka tidak boleh mengenakan bayaran bagi ceramah atau program motivasi.

Sheikh Taufik Shukor Al Masrie berkata, memang beliau berhasrat menjawab laporan yang dikeluarkan akhbar berkenaan berhubung adiknya, tetapi beliau dinasihat supaya melupakan hasratnya kerana tindakan itu hanya membuang masa.

Beliau berkata, Dr Sheikh Muszaphar juga banyak mendapat undangan daripada pelbagai pihak, tetapi angkasawan negara itu amat berhati-hati memilih mana yang ingin dihadirinya kerana tidak mahu dikenali sebagai penghibur, sebaliknya ingin dikenali sebagai seorang pendidik.

Sementara itu, bapanya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor menafikan orang ramai atau mereka yang menghadiri ceramah anaknya dipaksa membeli buku berjudul "My Journey To Space" yang mengandungi catatan pengalaman angkasawan negara itu ketika menjalani latihan serta berada di ISS.

"Saya berharap agar Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mempertahankan anak saya memandangkan beliau boleh dianggap sebagai 'a son of negara'," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?