Yoga : Dapatkan Pandangan Pakar

mStar

DALAM kes fatwa Yoga ini, saya cuma berharap para ulama yang berhimpun dan berbincang tentang hukum tersebut, turut sama menjemput pakar yoga terutamanya daripada kalangan pakar yoga Melayu untuk turut sama memberi penerangan dan penjelasan tentang apa yang mereka lakukan dalam aktiviti yoga. Kita tidak mahu ulama menghukum atas dasar "kerisauan yang terlebih-lebih" sedangkan pada hakikatnya, aktiviti yoga yang dilakukan oleh orang Islam seluruh dunia langsung tidak melibatkan bacaan mantera atau pemujaan kepada agama Hindu.

Mungkin pada asalnya ia wujud di kalangan pengamal Hindu, tapi lama-kelamaan, amalan praktiknya tidak lagi berunsur keagamaan dan lebih kepada unsur kesihatan tanpa melibatkan bacaan mantera atau pemujaan agama Hindu.

Benda seperti yang perlu diperjelaskan kerana dikhuatiri ulama menghukum berdasarkan tanggapan buruknya sahaja sedangkan dia sendiri tak pernah beryoga. Menjadi ulama atau pakar agama, tidak bermaksud dia adalah pakar kepada semua perkara dalam dunia ini. Oleh yang demikian, ulama WAJIB RUJUK ORANG YANG ARIF TENTANG YOGA, SEBELUM MENGHUKUM.

Kita tak mahu fatwa yang kurang tepat dikeluarkan sama seperti yang berlaku ke atas insurans hayat di mana pada tahun 1972, sekumpulan ulama telah menfatwakan Life Assurance sebagai haram atas alasan "nyawa manusia tak boleh dijual-beli" dan Life Assurance itu "insurans nyawa" katanya. Sedangkan hakikat sebenar Life Assurance bukan insurans nyawa dan bukan muamalat jual beli wang pampasan seperti yang dinyatakan oleh fatwa 1972 dan fatwa 1979. Menghukum berdasarkan tanggapan buruk, tanpa merujuk kepada pakar pakar berkaitan yang ada, hanya membawa kepada kerisauan yang tak berasas dan kelemahan dalam minda pemikiran orang Islam itu sendiri (kerana terlalu gemar menyempitkan fikiran hinggakan buat satu apa pun diharamkannya). Wassalam.

"BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT"
AZHA SYAZRI AZIZAN



__________________________________________


FATWA YOGA DIUMUM JUMAAT INI


KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan fatwa mengenai hukum senaman yoga - yang dikhuatiri boleh memesongkan akidah, Jumaat ini.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, fatwa itu dibuat selepas kajian mendalam dilakukan selama enam bulan mengenai perkara itu dan setelah tiga kali perkara itu dirujuk kepada panel Majlis Fatwa Kebangsaan.

Fatwa ini berkaitan akidah orang Islam yang mempraktikkan senaman itu, kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemurnian Akidah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Baru-baru ini seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sejak 3,300 sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Dalam pada itu, Wan Mohamad kesal dengan sikap umat Islam di negara ini yang mudah terpengaruh dengan sesuatu budaya dari luar sehingga boleh merosakkan akidah mereka.

"Apabila mereka yang terlibat itu menganggap ianya trend, budaya itu akan membawa kepada jenayah yang lebih besar yang salah dari segi undang-undang syariah dan boleh meruntuhkan institusi keluarga," katanya.

Beliau berkata, ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini yang mengharamkan pengkid iaitu wanita yang menyerupai lelaki sama ada dalam bentuk penampilan atau berpakaian adalah bagi menyelamatkan akidah orang Islam.

Katanya, undang-undang syariah boleh dikenakan kepada orang Islam yang mengamalkan budaya yang boleh memesongkan akidah mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?