Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra
Salam Ustaz, Saya ada kemusyikilan berkaitan dengan perkara di atas ; a) Mungkin ustaz boleh jelaskan secara ringkas perbezaan di antara talak bain kubra dengan talak bain sughra? b) Boleh ke kiranya ustaz memberikan beberapa keadaan yang menunjukkan berlakunya talak bain sughra? Harap ustaz dapat membantu saya di dalam merungkaikan permasalahan ini. Terima Kasih, ustaz. Faizal 28/03/2009 Ulasan dan Jawapan Oleh isma daud Salam kembali saudara Faizal; Talak ni ada dua jenis - Talak Raj'ie dan Talak Bain. Talak Bain pula ada dua iaitu Talak Bain sughra dan Talak bain Kubra. Saya perincikan; (1) Talak Raj'ie iaitu talak atau cerai yang membolehkan suaminya rujuk kembali kepada isterinya tanpa akad nikah yang baru, iaitu talak satu atau talak dua yang belum habis idahnya. (2) Talak Bain Sughra ialah talak satu atau dua yang habis tempoh idah. Jika demikian sisuami kena akad nikah dan mas kahwin yang baru untuk kembali kepada isterinya itu. Antara situasi yang dianggap talak bai
Comments