Kadang-kadang hati juga berbisik
Oleh isma daud
Malam ini saya mengambil kesempatan merehatkan diri daripada menyampaikan kuliah. Syukur juga Allah SWT merehatkan saya dengan orang lain mengambil alih ruang kuliah saya. Cuma menjadi kemusykilan saya mengapa malam kuliah saya kerap dijadikan malam keraian lebih besar dengan ceramah sedangkan malam lain masih ada kekosongan. Kebetulan kot???
Sepanjang saya menyampaikan kuliah kekadang yang datang cukup bilangan dua belah jari saja. Bunyi sibuk berkuliah setiap malam namun berapa orang yang sudi mendengar dan menalaah kitab bersama saya. Ramai yang memberi alasan akan kesibukan mereka. Tapi apa yang berlaku ialah jika ada ceramah sesekali tu mengapa ramai yang datang. Lelaki, perempuan, pemuda, pemudi sehingga tiada alasan kesibukan dan kesempitan masa. Hari sama, masa sama. Secara mudahnya saya simpulkan betapa orang tidak suka kepada kuliah saya.
Kadang-kadang hati saya berbisik; mengapa saya perlu terhegeh-hegeh menyampaikan ilmu kepada mereka yang tidak berapa sudi??? apa yang saya harapkan? Kekadang memandu kereta sendiri menempuh perjalanan sepanjang kuliah yang saya sampaikan,dan sepanjang kuliah itu pula; usahkan hal-hal lain, sediakan air sejuk pun tidak. Paling tidak pun saya masih menghargai ahli jamaah yang mengucapkan terima kasih ustaz, harap minggu depan datang lagi.
Ketidaksudian orang tampak bila tiada siapa yang mempertahan malam kuliah saya sedangkan malam lain masih ada yang kosong tanpa pengisian. Beberapa surau buat begitu. Mungkin satu isyarat jelas kepada saya agar saya berhenti....
Saya hanya mengajar ilmu berkaitan solat sahaja. Kitabnya "Munyatul Musalli" sahaja. Ada tempat tertentu pakai kitab "Fiqh Manhaji; Feqah Mazhab syafie" sahaja. Rendah sangatkah apa yang saya ajarkan mereka? Memang ada yang memandang rendah kepada saya. Semasa solat maghrib ramai berjamaah tetapi terus pulang atas mana-mana tujuan mereka tanpa sudi mendengar kuliah agama. Bukan kuliah agama tetapi tidak mahu mendengarkan saya yang tidak tahu isyarat benci mereka kepada saya.
Sewajarnya saya memikirkan agar saya berehat dahulu. Tapi bagaimana jika sesaat saya berehat itu datang undangan maut dan saya meninggalkan amanah Allah SWT dalam keadaan saya tidak menyampaikan keterangan dan ayat-ayat Allah SWT, bagaimanakah mampu saya menjawabnya??? Ya Allah!!! Jangan Engkau bebankan aku dengan perkara yang aku tidak mampu. Astaghfirulahal 'Aadziim!!!
Kekadang hati ini berbisik juga....

Masih terngiang ditelinga saya bila saya menyampaikan kuliah disebuah masjid; seorang jamaah berkata "Baliklah!!!" menzahirkan kebenciannya kepada saya. Apa salah saya???
Saya hanya mengajar ilmu berkaitan solat sahaja. Kitabnya "Munyatul Musalli" sahaja. Ada tempat tertentu pakai kitab "Fiqh Manhaji; Feqah Mazhab syafie" sahaja. Rendah sangatkah apa yang saya ajarkan mereka? Memang ada yang memandang rendah kepada saya. Semasa solat maghrib ramai berjamaah tetapi terus pulang atas mana-mana tujuan mereka tanpa sudi mendengar kuliah agama. Bukan kuliah agama tetapi tidak mahu mendengarkan saya yang tidak tahu isyarat benci mereka kepada saya.
Sewajarnya saya memikirkan agar saya berehat dahulu. Tapi bagaimana jika sesaat saya berehat itu datang undangan maut dan saya meninggalkan amanah Allah SWT dalam keadaan saya tidak menyampaikan keterangan dan ayat-ayat Allah SWT, bagaimanakah mampu saya menjawabnya??? Ya Allah!!! Jangan Engkau bebankan aku dengan perkara yang aku tidak mampu. Astaghfirulahal 'Aadziim!!!
Kekadang hati ini berbisik juga....
Comments
Wallahu a'lam.
Saya mengeluh bukan kerana putus asa. Saya buat kerja macam biasa... Yang saya mengeluh tu sikap orang Sibu itu sendiri. Yang datang kuliah saya jika diperiksa mereka tu ramainya orang Semenanjung juga. Adalah beberapa kerat orang yang asal Sibu ke, Sarawak ke..
Kita ada sasaran dalam berdakwah, kita mahu orang tempatan; jika saya di Sibu saya mahu orang Sibu itu berilmu. Ada orang yang mampu memimpin mereka kearah agama itu pemimpin Sibu. asda kemahuan dan kehendak untuk beragama itu orang Sibu. Orang lain yang datang ke sini akan datang dan pergi... orang Semenanjung habis tugas mereka akan kembali ke Semenanjung.
Berapa lama orang Sibu tidak mahu membina kesedaran beragama,,, kesedaran lain itu bukan main lagi... kita yang beragama Islam ni sudahlah minoriti tapi tidak sedar-sedar diri. seorang dua yang berjaya tidak mahu berjuang melalui agama... takut tidak cukup makan. Ramai yang tewas dan lari dari jalan berdakwah secara serius. Maaflah kalau ada orang Sibu ke, sarawak ke.. kalau terasa. Orang lain tidak mahu kata, biar saya kata. Saya tiada kepentingan apa-apa.. Saya pun sampai masa akan pergi jua. Tapi pa yang akan menimpa umat Islam Sibu jika mereka tidak berjuang untuk agama.
Saya sedih bila ada pelajar Islam yang sekolah di aliran agama sengaja menggagalkan diri dalam peperiksaan khususnya bahasa arab, syariah islamiyah atau pendidikan Islam kerana tidak mahu menyambung belajar dalam bidang agama, mahu lari ke aliran lain. Sampai bila kita mahu relakan memtaliti ummat kita sebegini. Mana semangat juang untuk bela agama dan bangsa kita?
Ini yang membuat hati saya sedih. Menambah sedih saya mereka ini tidak berapa suka ke masjid atau surau. Yang saya nampak ialah orang Semenanjung jugalah yang ramai khususnya kawasan bandar nilah.
Saya tidakmahu bentuk sokongan kepada dakwah itu dalam kertas saja. Sokong dalam emel atau blos saja. Tapi mari kita berjamaah dan beramal jamaie secara praktikal.
Mana pergi orang Islam ni yang surau masjid tinggal beberapa orang berjamaah dan dengar kuliah. Yang lain tu dah alaim sangat dah, cukup ilmu dah... saya periksa anak-anak orang Islam dekat sekolah ramai tidak tahu hal-hal solat, mana yang wudhuk mana solal mandi wajib... soalan fardhu ain tidak lepas lagi ni... nak kata dah bijak sangat pun?
Saya akui sudah banyak pihak berusaha dan kita telah bekerja sama dengan pelbagai pihak samada badan kerajaan atau NGO; tapi kalau orang Islam dekat Sibu ni sendiri masih mahu duduk di tahap lama , apa boleh kita buat...
Bukan persoalan pendekatan; tapi soal mentaliti masyarakat... mungkin mereka sudah lama dibiarkan hidup kosong dengan janji mengejar kemewahan yang tidak seberapa mereka perolehi. Bangun pagi mereka fikir macamana nak hidup lebih senang dari hidup susah mereka. Terlalu mencari yang lebih sikit itulah akhirnya agama terabai begitu saja.
Kepada pihak pemerintah... buatlah sesautu yang lebih membina umat dan generasi yang lebih memikirkan nilai kemanusiaan daripada nilai kebendaan. 60Bilion tu agihkan kepada membagunkan nilai memanusiakan manusia lebih banyak.
Apalah sangat yang dapat saya lakukan jika saya hanya seorang ustaz di sekolah, seorang blogger yang mesti jadi blogger untuk melebarkan dakwah..
Saya harap orang tidak faham saya kecewa kerana saya putus asa. Tidak!!! Cuba hayati betul-betul bila saya berkata "kadang-kadang Hati berbisik Juga..."
Wassalam!!!