Rasulullah saw Berjihad Seusia Hayat
Oleh isma daud
Firman Allah SWT;
Rasulullah saw telah menghabiskan masa, tenaga, usianya dalam melaksanakan jihad bagi menegakkan agama Allah swt. Seluruh hayatnya dikorbankan untuk menyampaikan dakwah demi meninggikan kalimah Allah swt di atas muka bumi ini supaya yang makruf itu tertegak manakala yang mungkar pula terkubur binasa. Rasulullah saw telah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT sebagaimana dalam yang saya utarakan tadi. Bahkan Nabi Muhammad saw telah meneruskan semua usaha nabi-nabi terdahulu dalam jihad menegakkan agama Allah SWT.
Allah SWT berfirman;
Begitulah jalan jihad yang ditempuh oleh semua nabi termasuk Nabi Muhammad saw. Bahkan Rasulullah saw bersama para sahabatnya mengisytiharkan bahawa mereka telah menjualkan jiwaraga dan harta benda mereka adalah seluruhnya untuk Jihad. Manakala Allah swt pula memberi kesediaan untuk membeli jualan mereka dengan imbuhan berganda iaitu bayaran Syurga daripada Allah SWT; firman Allah SWT:
إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّ۬ا فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعۡتُم بِهِۦۚ وَذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar". -Surah at-Taubah;ayat(111)
Ini kerana mereka telah melaksanakan jihad dalam kehidupan mereka seluruhnya termasuk jiwaraga dan harta benda yang mereka miliki.
Para sahabat rasulullah juga menzahirkan semangat jihad dalam hidup mereka. Apabila semboyan jihad peperangan Tabuk ditiupkan dalam suasana mereka terpaksa menghadapi pelbagai kesukaran termasuk mengharungi padang pasir yang luas dan cuaca yang panas terik; para sahabat terus istiqamah menyatakan sikap mereka untuk terus berjihad.
Abu Bakar As-Siddiq rhu. telah menginfaqkan seluruh hartanya, Saidina Uthman Bin 'Affan membelanjakan separuh daripada hartanya dan sahabat Rasulullah yang lain turut datang menawarkan diri untuk berjihad dengan berkata; "Ya Rasulullah, kami tiada perbelanjaan untuk berjihad sedangkan kami mahu keluar berjihad, sediakan kepada kami kemampuan harta benda agar kami dapat bersama-sama kamu ya rasulullah. Rasulullah saw menyambut baik hasrat mereka tetapi rasulullah saw menegaskan bahawa dia juga tiada kemampuan harta untuk menampung mereka keluar berjihad". Mereka ini pulang dengan hati hiba dan dukacita kerana tidak mampu keluar berjihad. Bahkan ada yang dikalangan mereka yang sanggup berjihad tetapi tidak diizinkan oleh rasulullah saw sebaliknya mereka ini diperintahkan supaya berbakti kepada kedua ibubapa mereka. Mereka sangat sedih sedangkan hati mereka membara dengan semangat jihad.
Berbanding dengan umat masa kini; berapa ramaikah yang gembira dengan tiupan semboyan jihad? Apakah hati mereka bergembira dengan seruan jihad? Atau akan ramai gembira kalau mereka tidak perlu keluar berjihad? Apakah inilah faktor utama kenapa ummat Islam hari ini lemah? Bahkan mendapat kehinaan dan dihina oleh Allah SWT?
Saidina Abu Bakar rhu ada berpesan;
Sebenarnya kita boleh berjihad dengan berbagai cara. Ada yang berjihad dengan lidahnya, tangan-tangannya, masa, tenaga, pemikiran dan harta bendanya...apa sahaja yang kita zahirkan untuk meninggikan agama Allah SWT akan mendapat pahala Jihad Fi Sabilillah.
Oleh itu marilah kita sama-sama mencontohi mereka yang terdahulu dalam memerangi musuh-musuh Allah SWT dengan semangat jihad yang sebenar.
Golongan muda hari ini mesti mengenal musuh mereka yang sebenar. Mereka tidak sepatutnya menjadi alat kepada golongan kuffar dan Munafiqiin. Golongan ini akan sedaya upaya memperdaya golongan muda-mudi kita supaya terus khayal dengan tipudaya dunia, hiburan dan keseronokan yang melampau. Golongan ini akan sedaya upaya mahu mematikan jiwa yang sanggup berjihad pada jalan Allah SWT kerana mereka tahu jika umat Islam khususnya muda-mudinya kembali kepada jihad yang sebenar; mereka akan menempuh jalan kebinasaan dan akhirat sudah tentu azab yang lebih pedih buat mereka. Golongan ini akan sedaya upaya cuba mematikan semangat berjihad para muda mudi kita supaya hanyut dalam dunia tipu daya ciptaan mereka sehingga mati semangat berlumba mencari ilmu pengetahuan, hasilnya mereka akan terus mundur dan ketinggalan dan bergantungan dengan mereka sepanjang masa. Kejahilan adalah senjata ampuh untuk mereka menjajah jiwa dan minda umat Islam agar terus ketinggalan dalam segala hal...segala urusan politik dan ekonomi akan terus dalam gengaman mereka. Mudahlah mereka mencengkam umat Islam mengikut sesuka hati dan meratah mereka sehabis kehendak mereka.
Pada masa yang sama, tiada lagi kekuatan iman dan lumpuh segala sendi akhlak dan pekerti umat Islam. Ramai yang terjebak dengan budaya hidup yang songsang, pemikiran yang membunuh agama, terlibat dengan pelbagai masalah moral dan nilai akhlak.... sehingga ramai yang tersungkur rebah di lembah penzinaan, dikaki pelacuran, dadah, arak, judi, buli dan sebagainya... Jahiliyyah yang diruntuhkan oleh Rasulullah saw kembali dihidupkan semula dengan nama kemodenan yang pada kita itu semua kerja jahiliyyah cuma yang membezakan masa dan tempatnya. Jahiliyyah tetap Jahiliyyah baik Jahiliyyah dulu maupun sekarang.
Kurangnya ketahanan iman dan dangkal pula dalam pengetahuan agama; akhirnya umat Islam khususnya para muda-mudi kita hanyut dalam dunia khayal dan tidak mengenal lagi erti jihad dan cintakan Islam; agamanya. pada masa itu apa yang dapat kita harapkan lagi daripada mereka?
Kepada yang dewasa; yang bergelar pemimpin, mereka pula rebah dalam dunia alpa yang sama macam muda-mudi tapi medan mereka lebih dahsyat sebenarnya... mereka rebah dalam dunia wanita, takhta dan harta. Kekuasaan dan kekuatan mereka adalah nafsu mereka. Walaupun sudah hidup lama di dunia mereka terus memburu 3 "ta" ini tanpa ingat akan mati dan hisab di hadapan Allah SWT di padang mahsyar nanti. Jihad mereka adalah untuk memenuhkan nafsu yang tidak tahu jalan pulang itu. "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan". Semakin bertambah usia semakin jauh daripada Allah SWT. Semakin bertambah nikmat; menambahkan lagi "istidraj" buat mereka. Ini kerana mereka telah lupakan Allah SWT lalu Allah SWT menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri...
Demi mempertahankan 3"ta" tadi; ramai yang terlibat dengan rasuah; memberi dan menerima rasuah... ada yang takut dengan rasuah lalu diberi jenama baru... politik wang... duit kopi... wang suapan... dll bagi mengharuskan maksud hati yang dikuasai nafsu. Di pihak yang lain pula ada yang sanggup membunuh, menipu dan menjual agama dengan harga yang murah. semuanya bagi memenuhi serakah nafsu yang sedang bertuhan di hati mereka.
Di mana letaknya semboyan jihad dalam hati imat kini? Ingatlah Rasulullah saw dan para sahabatnya telah menunjukkan kepada kita bahawa seluruh hidup mereka diabdikan pada jalan Allah SWT sehingga Allah SWT menghadiahkan kepada mereka kemuliaan hidup di dunia dan di akhirat syurga yang sedang menanti. Allah SWT menjadikan musuh-musuh mereka merasa takun dan gerun sehingga sanggup menyerahkan 2/3 bumi menjadi milik Islam. Bahkan ramai yang memeluk Islam sehingga Islam tersebar seantero alam. Wala' mereka hanya kepada Islam.
Kita Bagaimana? Lihatlah dulu surau dan masjid ditepi kediaman anda? apa nasibnya? Mulakan ke situ dahulu baru merenung akan jihad yang lebih besar. Jika suara dan masjid masih kosong jangan harapkan hasil yang lumayan. Ternyata kita tiada semangat jihad sehingga terperosok dalam rumah dan dunia kita sendiri... Fikir-fikirkan!!!
Firman Allah SWT
Marilah kita menyahut seruan Allah SWT;
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui". - surah at-Taubah; ayat(41).
Walahu a'lam!!!
Firman Allah SWT;
{يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ}
Maksudnya: "Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali". -Surah at-Taubah; ayat(73)Rasulullah saw telah menghabiskan masa, tenaga, usianya dalam melaksanakan jihad bagi menegakkan agama Allah swt. Seluruh hayatnya dikorbankan untuk menyampaikan dakwah demi meninggikan kalimah Allah swt di atas muka bumi ini supaya yang makruf itu tertegak manakala yang mungkar pula terkubur binasa. Rasulullah saw telah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT sebagaimana dalam yang saya utarakan tadi. Bahkan Nabi Muhammad saw telah meneruskan semua usaha nabi-nabi terdahulu dalam jihad menegakkan agama Allah SWT.
Allah SWT berfirman;
{وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاء الزَّكَاةِ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ}
Maksudnya: "Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami". - Surah al-Anbiyaa'; ayat(73).Begitulah jalan jihad yang ditempuh oleh semua nabi termasuk Nabi Muhammad saw. Bahkan Rasulullah saw bersama para sahabatnya mengisytiharkan bahawa mereka telah menjualkan jiwaraga dan harta benda mereka adalah seluruhnya untuk Jihad. Manakala Allah swt pula memberi kesediaan untuk membeli jualan mereka dengan imbuhan berganda iaitu bayaran Syurga daripada Allah SWT; firman Allah SWT:
إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّ۬ا فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعۡتُم بِهِۦۚ وَذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar". -Surah at-Taubah;ayat(111)
Ini kerana mereka telah melaksanakan jihad dalam kehidupan mereka seluruhnya termasuk jiwaraga dan harta benda yang mereka miliki.
Para sahabat rasulullah juga menzahirkan semangat jihad dalam hidup mereka. Apabila semboyan jihad peperangan Tabuk ditiupkan dalam suasana mereka terpaksa menghadapi pelbagai kesukaran termasuk mengharungi padang pasir yang luas dan cuaca yang panas terik; para sahabat terus istiqamah menyatakan sikap mereka untuk terus berjihad.
Abu Bakar As-Siddiq rhu. telah menginfaqkan seluruh hartanya, Saidina Uthman Bin 'Affan membelanjakan separuh daripada hartanya dan sahabat Rasulullah yang lain turut datang menawarkan diri untuk berjihad dengan berkata; "Ya Rasulullah, kami tiada perbelanjaan untuk berjihad sedangkan kami mahu keluar berjihad, sediakan kepada kami kemampuan harta benda agar kami dapat bersama-sama kamu ya rasulullah. Rasulullah saw menyambut baik hasrat mereka tetapi rasulullah saw menegaskan bahawa dia juga tiada kemampuan harta untuk menampung mereka keluar berjihad". Mereka ini pulang dengan hati hiba dan dukacita kerana tidak mampu keluar berjihad. Bahkan ada yang dikalangan mereka yang sanggup berjihad tetapi tidak diizinkan oleh rasulullah saw sebaliknya mereka ini diperintahkan supaya berbakti kepada kedua ibubapa mereka. Mereka sangat sedih sedangkan hati mereka membara dengan semangat jihad.
Berbanding dengan umat masa kini; berapa ramaikah yang gembira dengan tiupan semboyan jihad? Apakah hati mereka bergembira dengan seruan jihad? Atau akan ramai gembira kalau mereka tidak perlu keluar berjihad? Apakah inilah faktor utama kenapa ummat Islam hari ini lemah? Bahkan mendapat kehinaan dan dihina oleh Allah SWT?
Saidina Abu Bakar rhu ada berpesan;
مَا تَرَكَ قَوْم الجهَادَ إلا عَآمّهُمُ الله بِالذُّلِّ وَالفَسَادَ
Maksudnya:"Tidaklah meninggalkan sesuatu kaum itu akan Jihad melainkan Allah SWT akan menimpakan ke atas mereka dengan kehinaan dan kerosakkan yang melata".Sebenarnya kita boleh berjihad dengan berbagai cara. Ada yang berjihad dengan lidahnya, tangan-tangannya, masa, tenaga, pemikiran dan harta bendanya...apa sahaja yang kita zahirkan untuk meninggikan agama Allah SWT akan mendapat pahala Jihad Fi Sabilillah.
Oleh itu marilah kita sama-sama mencontohi mereka yang terdahulu dalam memerangi musuh-musuh Allah SWT dengan semangat jihad yang sebenar.
Golongan muda hari ini mesti mengenal musuh mereka yang sebenar. Mereka tidak sepatutnya menjadi alat kepada golongan kuffar dan Munafiqiin. Golongan ini akan sedaya upaya memperdaya golongan muda-mudi kita supaya terus khayal dengan tipudaya dunia, hiburan dan keseronokan yang melampau. Golongan ini akan sedaya upaya mahu mematikan jiwa yang sanggup berjihad pada jalan Allah SWT kerana mereka tahu jika umat Islam khususnya muda-mudinya kembali kepada jihad yang sebenar; mereka akan menempuh jalan kebinasaan dan akhirat sudah tentu azab yang lebih pedih buat mereka. Golongan ini akan sedaya upaya cuba mematikan semangat berjihad para muda mudi kita supaya hanyut dalam dunia tipu daya ciptaan mereka sehingga mati semangat berlumba mencari ilmu pengetahuan, hasilnya mereka akan terus mundur dan ketinggalan dan bergantungan dengan mereka sepanjang masa. Kejahilan adalah senjata ampuh untuk mereka menjajah jiwa dan minda umat Islam agar terus ketinggalan dalam segala hal...segala urusan politik dan ekonomi akan terus dalam gengaman mereka. Mudahlah mereka mencengkam umat Islam mengikut sesuka hati dan meratah mereka sehabis kehendak mereka.
Pada masa yang sama, tiada lagi kekuatan iman dan lumpuh segala sendi akhlak dan pekerti umat Islam. Ramai yang terjebak dengan budaya hidup yang songsang, pemikiran yang membunuh agama, terlibat dengan pelbagai masalah moral dan nilai akhlak.... sehingga ramai yang tersungkur rebah di lembah penzinaan, dikaki pelacuran, dadah, arak, judi, buli dan sebagainya... Jahiliyyah yang diruntuhkan oleh Rasulullah saw kembali dihidupkan semula dengan nama kemodenan yang pada kita itu semua kerja jahiliyyah cuma yang membezakan masa dan tempatnya. Jahiliyyah tetap Jahiliyyah baik Jahiliyyah dulu maupun sekarang.
Kurangnya ketahanan iman dan dangkal pula dalam pengetahuan agama; akhirnya umat Islam khususnya para muda-mudi kita hanyut dalam dunia khayal dan tidak mengenal lagi erti jihad dan cintakan Islam; agamanya. pada masa itu apa yang dapat kita harapkan lagi daripada mereka?
Kepada yang dewasa; yang bergelar pemimpin, mereka pula rebah dalam dunia alpa yang sama macam muda-mudi tapi medan mereka lebih dahsyat sebenarnya... mereka rebah dalam dunia wanita, takhta dan harta. Kekuasaan dan kekuatan mereka adalah nafsu mereka. Walaupun sudah hidup lama di dunia mereka terus memburu 3 "ta" ini tanpa ingat akan mati dan hisab di hadapan Allah SWT di padang mahsyar nanti. Jihad mereka adalah untuk memenuhkan nafsu yang tidak tahu jalan pulang itu. "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan". Semakin bertambah usia semakin jauh daripada Allah SWT. Semakin bertambah nikmat; menambahkan lagi "istidraj" buat mereka. Ini kerana mereka telah lupakan Allah SWT lalu Allah SWT menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri...
Demi mempertahankan 3"ta" tadi; ramai yang terlibat dengan rasuah; memberi dan menerima rasuah... ada yang takut dengan rasuah lalu diberi jenama baru... politik wang... duit kopi... wang suapan... dll bagi mengharuskan maksud hati yang dikuasai nafsu. Di pihak yang lain pula ada yang sanggup membunuh, menipu dan menjual agama dengan harga yang murah. semuanya bagi memenuhi serakah nafsu yang sedang bertuhan di hati mereka.
Di mana letaknya semboyan jihad dalam hati imat kini? Ingatlah Rasulullah saw dan para sahabatnya telah menunjukkan kepada kita bahawa seluruh hidup mereka diabdikan pada jalan Allah SWT sehingga Allah SWT menghadiahkan kepada mereka kemuliaan hidup di dunia dan di akhirat syurga yang sedang menanti. Allah SWT menjadikan musuh-musuh mereka merasa takun dan gerun sehingga sanggup menyerahkan 2/3 bumi menjadi milik Islam. Bahkan ramai yang memeluk Islam sehingga Islam tersebar seantero alam. Wala' mereka hanya kepada Islam.
Kita Bagaimana? Lihatlah dulu surau dan masjid ditepi kediaman anda? apa nasibnya? Mulakan ke situ dahulu baru merenung akan jihad yang lebih besar. Jika suara dan masjid masih kosong jangan harapkan hasil yang lumayan. Ternyata kita tiada semangat jihad sehingga terperosok dalam rumah dan dunia kita sendiri... Fikir-fikirkan!!!
Firman Allah SWT
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ قَلِيلٌ}
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak". - Surah at-Taubah; ayat (38).Marilah kita menyahut seruan Allah SWT;
{انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ}
Maksudnya:"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui". - surah at-Taubah; ayat(41).
Walahu a'lam!!!
Comments