Keliru Kahwin Bukan Islam

Oleh isma daud

Saya kongsikan satu e-mel seorang hamba Allah kepada saya di sini untuk kita sama-sama berfikir sebelum berbuat sesuatu.

A'kum ustaz. Saya .....??? ( untuk kehormatan pihak yg bertanya). Semoga ustaz sihat.

Saya nak tanya beberapa soalan kat ustaz. Harap boleh tolong bagi nasihat&pendapat.Ni berkaitan dengan saya juga orang lain.Pada saya lebih baik saya bertanya daripada membuat kesimpulan sendiri yang mungkin tak dapat diterima akal.

1. Saya ada dengar tentang surat 11 yg berkaitan dengan perkahwinan di antara muslim&non muslim. Ada sesetengah negara yang mengikutnya,kecuali malaysia.Kan ada suami isteri daftar kahwin tapi masih mengikut agama masing

2,maksud saya si suami takkan convert islam begitu juga sebaliknya.Adakah perkara seperti ini dibolehkan?Apa kesan pada saya & mungkin anak2 yg bakal lahir.Pernah sekali boyfren saya ajak migrate ke australia sebab kat sana dia tak perlu convert,dan kami boleh hidup dengan agama masing2 tapi sbg suami isteri.Saya jadi takut & keliru,setahu saya perkara seperti ini dianggap bersekedudukan,tinggal bersama org bukan muslim w'pun daftar sebagai suami isteri di negara orang.Mula2 saya fikir perkara ni salah & tak patut tapi,saya jadi keliru semula sebab terdapat juga negara & org islam lain yang buat cth nya kat indonesia.

Ustz,tolong balas ya email saya...saya betul2 perlukan jawapan..tq.

saudari ...???



JAWAPAN:


Waalaikum Salam!
Saudari ....??? (nama dihilangkan) ; Maafkan ustaz kerana lambat membalas persoalan yang diajukan. Saya harap saudari ...??? fikir betul-betul apa yang ustaz tulis di sini;

Perkara (1) :

Saya ada dengar tentang surat 11 yg berkaitan dengan perkahwinan di antara muslim&non muslim. Ada sesetengah negara yang mengikutnya,kecuali malaysia.Kan ada suami isteri daftar kahwin tapi masih mengikut agama masing


Kahwin "muslim&nonmuslim"? Apa yang saudari ...??? maksudkan itu adakah kahwin ahli kitab? Siapa ahli kitab itu? Mereka yang berpegang dengan agama asal yang diturunkan oleh Allah kepada nabi yang terdahulu, yang masih berpegang dengan taurat, zabur dan injil yang asal.Ada tak lagi sekarang ini? Tidak ada negara Islam yang menghalalkan perkahwinan dengan mereka yang musyrik dan kafir.

Firman Allah:


{وَلاَ تَنكِحُواْ الْمُشْرِكَاتِ حَتَّى يُؤْمِنَّ وَلأَمَةٌ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكَةٍ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ وَلاَ تُنكِحُواْ الْمُشِرِكِينَ حَتَّى يُؤْمِنُواْ وَلَعَبْدٌ مُّؤْمِنٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ أُوْلَئِكَ يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَاللّهُ يَدْعُوَ إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ وَيُبَيِّنُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ}
(
221) سورة البقرة

Maksudnya:

Dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan Yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) Dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan Sesungguhnya seorang hamba lelaki Yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan Dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya). Surah Al-Baqarah/ ayat 221.

Ayat di atas sudah jelas membatalkan apa yang telah dibuat oleh sesetengah negara yang pada (andaian kita ada negara Islam spt Indonesia mengamalkannya). Di Indonesia banyak sangat mazhab, tp lebih dahsyat kecelaruan mazhab yang banyak lari dari pegangan syariat kita sebenar. Perkahwinan itu tidak sah dan jika berlaku jelas sekali pasangan itu hidup dalam perzinaan secara berpanjangan. Wal Iyazabillah!!!

Nasihat Ustaz; jangan diikut hati, banyak masalah yang akal timbul dikemudian hari khususnya jika ada masalah seperti status perkawinan mengikut syarak, perceraian, hak2 bersama, hak pendaftran perkahwinan, hak anak-anak dan penjagaan ditambah lagi dengan implikasi perundangan negara sivil atau syariah. Ikutlah perundangan syariat di negara kita dan jangan buat sesuatu yang menyusahkan diri dan keturunan atau zuriat kita pada masa mendatang semata-mata mengejar cinta seorang lelaki. Mana perginya cinta kita kepada Allah dan Rasul? Sedang cinta lelaki itu belum tentu jaminan kebahagiaannya. Jangan mudah terdorong oleh hawa nafsu. Rujuklah kepada ayat yang ustaz nyatakan tadi. Dalam hidup kita jagalah lima perkara ini yang dinamakan di dalam Islam sebagai Maqasid Syar'iyyah iaitulah;


1. Agama 2. Nyawa 3. Akal 4. Nasab / Keturunan 5. Harta


Perkara (2)


"Kan ada suami isteri daftar kahwin tapi masih mengikut agama masing2,maksud saya si suami takkan convert islam begitu juga sebaliknya. Adakah perkara seperti ini dibolehkan?


Jelas sekali cara yang saudari ...??? fikirkan itu bercanggah dengan ayat 221/surah albaqarah tadi. Perkahwinan itu tidak sah mengikut syarak.

Pendaftaran kahwin di Malaysia mesti melalui majlis agama Islam. Mana mungkin kahwin muslim&non-muslim boleh didaftarkan kecuali pendaftaran sivil iaitu kahwin daftar mengikut agama lain spt kristian, budha dan masyarakat Iban sendiri di Pejabat Pendaftaran.

Perkara (3):

"Mula2 saya fikir perkara ni salah & tak patut tapi,saya jadi keliru semula sebab terdapat juga negara & org islam lain yang buat cth nya kat indonesia."

Ya! Tidak ada yang keliru dalam masalah ini. Jelas sekali bukan isu Indo atau mana negara yang saudari ...??? dan pasangan nak pergi? Tapi jelas perkahwinan seperti ini merosakkan aqidah dan tidak diiktiraf oleh Syarak sama sekali. Bolehkah seorang isteri menjamin aqidahnya dengan suami agama yang nyata berlainan. Bila kita kahwin hak suami sangat besar. Bolehkah suami faham dan bertolak ansur dalam perkara agama seperti solat, halal dan haram semasa persetubuhan berlaku, makan-minum bagaimana....? Huh ! Tidak dapat ustaz bayangkan dahsyatnya rumah tangga seumpama itu.

Perkara (4): Rumahtangga adalah tempat suami-isteri berkongsi segalanya. Kebahagian apa yang dapat saudari ...??? kongsikan dalam perkahwinan yang ...??? ciptakan itu. Cabar diri dan tanya diri mampukah aku mempertahanakan sebuah rumahtangga yang jauh dari rahmat Allah SWT ini?

Ustaz harap saudari ...??? dapat fikir sedalam-dalamnya. Berilah peluang kepada pasangan untuk mengenali Islam dan beri bimbingan kepadanya supaya dia faham apa itu Islam? Jangan kahwin semata-mata nafsu sahaja. Setelah dia faham Islam tepuk dada tanyalah iman didada....
Banyakkan solat taubat, Solat Hajat dan Istikharah supaya Allah memberi petunjuk kepada kita...

Akhirnya; Ustaz harap jawapan ustaz dan pandangan ustaz memuaskan. Wassalam!!!

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Berkaitan Dengan Talak Bain Sughra Dan Talak Bain Kubra

Isu Agihan Daging Korban Seekor Lembu , Mestikah 7 Bahagian?

Keliru Soal Mandi Wajib Kerana Was-Was

Lawatan Ke Rumah Seri Kenangan ; Hargai Warga Tua

Sepanduk-Sepanduk Menarik Pelbagai Kategori Sempena Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 1432H/ 2011M

Pekerja Hotel Dan Sisa-Sisa Babi

Hukum Penggunaan Tanduk Rusa

Bila Nak Mulakan Takbir Raya Adha?